"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 7 Julai 2009

Lajim cadang tubuh pasukan ICT pantau fitnah


ULASAN MR. AKI- pada pandapat mr. aki bagus juga buluk2 yang ada d pantau 24 jam.. supaya karajaan dan pemimpin setampat tahu suara ati rakyat, d ingatkan juga bukan semua buluk yang ada inda TULUS dan IKHLAS cuma saja inda d baca oleh pemimpin yang berkaitan... TAMBIRANG saja kalau butul2 diurang baca buluk2 yang ada, kalau ada pun paling2 dia punya S/U pulitik atau urang2 akhbar mereka ... banyak x juga mr. aki cadangkan supaya tiap2 wakil rakyat satampat jadikan para pembuluk sabagai SAHABAT, sabagai KAWAN dan pangil mereka ini d mana2 program YB atau bincang2 d pejabat YB .... ada kamu YB buat ? pangalaman mr. aki sabagai pembuluk d lihat oleh para pemimpin macam SAMPA adalah ... !!! pasan mr. aki pada pemimpin TUKUL inda berbunyi kalau indada d kasi TUKUL2 , RUMPUT inda guyang kalau indada ANGIN ... !!! PIKIRkan ...!!!


6th July, 2009- sabah times

BEAUFORT: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk La-jim Haji Ukin mencetuskan idea agar Umno dapat menu-buhkan pasukan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di setiap negeri, bahagian dan cawangan bagi membendung dan memantau penyebaran fitnah yang dibuat menerusi laman blog.

Beliau berkata, pasukan itu juga akan menjawab segala fitnah dan propaganda pembangkang dan pada masa yang sama bertanggungjawab men-yebarkan maklumat tepat berkaitan perancangan kerajaan untuk membela rakyat.

‘‘Umno perlu lebih proaktif untuk menyaingi perkembangan teknologi kerana banyak laman blog yang dibuka oleh pihak tertentu digunakan bagi menyebarkan berita sama ada positif atau negative sebagaimana yang berlaku semasa pilihanraya umum lepas terutamanya di semenanjung Malay-sia yang memberikan kesan kepada kekuatan parti,” kata-nya semasa ditemui pemberita selepas melancarkan Kaunter Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort dekat sini pagi kelmarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Is-nin Aliasnih, Naib Ketua Ba-hagian Datuk Kimjus Duim, Setiausaha Bahagian, Jusih Haji Sarin dan Ketua Pene-rangan Umno Bahagian Beaufort, Samin Haji Ungki

Menurut Lajim pihak pembangkang atau individu tertentu kini lebih gemar menggunakan laman blog untuk men-yampaikan mesej dan menabur fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan kerana ianya lebih mudah dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini.

“Walaupun di Sabah per-kembangan budaya menabur fitnah terhadap individu pemi-mpin dan kerajaan melalui laman Blog masih terkawal, namun kita perlu bersedia lebih awal agar sindrom ini tidak merebak sehingga merosakan pemikiran rakyat,” katanya Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini, menegaskan, bagi memastikan keberkesanan fungsi pasukan itu, Umno perlu melatih lebih ramai ahli supaya mahir dalam bidang ICT baik di peringkat negeri,bahagian dan cawangan

‘‘Penubuhan pasukan khas ICT ini diyakini dapat memberi impak positif terhadap usaha mengatasi maklumat yang kurang tepat dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang,’’ katanya.

Mengulas program tersebut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, ianya merupakan nilai tambah kepada penyaluran maklumat yang tepat kepada rayat serta ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berhubung dengan isu isu semasa termasuklah dasar dan program pembangunan kerajaan.

“Di peringakat Parlimen kita telah pun menyediakan Laman Blog yang merangkumi program-program kerajaan dan parti bagi memberikan maklumat serta isu semasa yang tepat dan terkini untuk di makluman rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau mahu konsep kaunter penerangan termasuk pengwujudan Laman Blog di peringkat cawangan-cawangan juga diwujudkan bagi membudaya ahli celik ICT dan dapat berinteraksi setiap masa bagi memperolehi maklumat yang terkini dan terpentas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM