Tuhan cinta agung, perjuangkan Tuhan”
Gerakan hidupkan Al-Arqam melalui Internet?
KUALA LUMPUR 12 Jun - Mungkinkah masih wujud usaha untuk cuba mengembalikan gerakan kumpulan Al-Arqam secara halus?
Persoalan itu timbul berdasarkan beberapa klip video yang mengagungkan bekas pemimpin ajaran sesat itu, Ashaari Muhammad secara melampau yang dimuat naik ke laman web YouTube oleh pihak tertentu.
Ada antara klip video itu mengandungi nyanyian memuji Ashaari yang menimbulkan polemik antara pengunjung laman web berkenaan dan beberapa individu dipercayai pengikut Ashaari.
Malah, ada antara komen yang dihantar mendakwa Jabatan Agama Islam negara ini adalah sesat dan mengikut fahaman sekular.
Klip video itu dikesan dimuat naik sejak tiga tahun lalu dengan yang terbaru pada 4 Februari lepas.
Salah sebuah klip video berkenaan mengandungi lagu nyanyian penyanyi wanita dan dimulakan dengan logo sebuah syarikat perniagaan yang dikaitkan dengan kumpulan bekas Al-Arqam.
Berikut adalah lirik salah sebuah lagu di dalam klip video tersebut yang dimuat naik pada 20 April 2008:
Dia insan pilihan tuhan
yang dijanjikan di akhir zaman
Dia dilantik oleh tuhan
memperbaharui urusan agama di zamannya
Ilmunya, luar biasa.
Mampu menyelesaikan segala permasalahan dunia tanpa merujuk kepada sesiapa
kerana ilmunya ilham dari tuhan.
Dia tiba di awal kurun
Berperanan jua di awal kurun.
Dia hadir membawa rahmat seluruh alam seperti mana hadirnya Rasulullah ke dunia ini
Hingga terasa oleh semua makhluk di zamannya dan kehadirannya digeruni oleh musuh.
Namun tidak dapat ditewaskan dirinya kerana di belakangnya ada tuhan yang menjadi sumber segalanya.
Kepimpinannya amat disanjungi.
Yang kasih padanya terlalu kasih
Yang benci pada dirinya terlalu benci
tiada ciri yang dimiliki oleh pemimpin lain di dunia.
Dialah yang utama. Paling dicintai tuhan
Kerana dia jua amat mencintai dan takutkan tuhan
Keperibadiannya amat membayangi Rasulullah
kerana itulah dia digelar Rasuli Rasul
Dia hadir di kala dunia amat memerlukan keberkatannya.
Dia memperbaharui segala sistem dunia yang sedia ada yang ternyata tidak menyelamatkan dunia, lalu digantikannya dengan sistem baharu iaitu sistem tuhan yang selamat dunia dan akhirat, dan dialah seorang manusia luar biasa.
Dialah putera bani tamim.
Berdasarkan carian di laman web, lagu itu dipercayai dicipta daripada sebuah puisi berjudul Dialah Putera Bani Tamim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...