"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 11 Jun 2009

UMNO perjuangkan hak Melayu - Mempertahankan Agama - Pas tahu !!!!


MR. AKI- kamu bincanglah baik2 jangan sampai balik2 bincang tapi indada hasil untuk agama, nagara dan bangsa malaysia...itupun bikin habis DUIT rakyat juga itu... tapi masakan 100 x bincang indada hasil dia ... ? siapa inda setia... dan siapa tikam balakang ini ? mr. aki punya kira2 sanang saja bah... yang inda setia buang, yang tikam d balakang juga buang ... bikin SAMPA dan SAMAK saja... urang2 macam ini pastikan indada dalam perbincangan nanti.....



DAP kian gusar dan mempelawa PAS mengkaji semula hubungan dalam ikatan PR kerana mereka merasakan pendedahan secara terus terang mengenai pendedahan oleh Pas mengenai rundingan tentang kerajaan Perpaduan menikam mereka dari belakang.

Inilah yang dikatakan Melayu, yang benar - benar berjiwa Melayu bukan nya Melayu yang bertopengkan kuasa dan penipuan seperti PKR yang sanggup membunuh Melayu. Melayu sejati tidak akan membiarkan maruah bangsa Melayu dan agama tergadai. Melayu sejati tidak sanggup bekerjasama dengan orang yang mahu membunuh bangsa Melayu. Tidak akan hilan g Melayu di dunia.

Bagi Pemuda umno, mereka telah mencadangkan agar Pas bermuzakarah dengan UMNO bagi kepentingan orang Melayu dan ketepikan segala kemelut politik. Mereka juga perlu mengelakkan dari polimik syak wasangka yang buruk -buruk terhadap UMNO kerana UMNO tidak mengharapkan sangat akan kerajaan Perpaduan ini. Namuin bagi kepentingan Melayu Muzakarah ini adalah penting .

PAS pasti tahu , bahawa UMNO sememang nya tidak berganjak walaupun setapak dari mempertahankan hak orang Melayu. Walaupun terpaksa menghadapi tentangan hebat berdiri musuh dan walaupun terpaksa menongkat arus , namun Melayu tetap akan dipertahankan.

PAS tentu menyedari hakikat bahawa UMNO tidak pernah tunduk kepada desakan yang perlu melutut kepada mana -mana kaum sekali , demi maruah bangsa, UMNO bukan seperti PKR yang terpaksa hipokrit dan terpaksa mengorbankan hak Melayu kerana mahukan sokongan bangsa asing. Inilah satu-satu warisan peninggalan pejuang Melayu dahulu yang ada pada UMNO. UMNO juga tidak akan mengorbankan hukum hakam Allah SWT kerana mahu menghalalkan yang haram kerana mahu meraih sokongan bangsa asing.

UMNO tetap tegas dan teguh berdiri menjunjung panji-panji yang di perjuangkan selama ini. Jika PAS mahukan sebuah kerajaan Perpaduan , UMNO akan membuka pintu rundingan demi bangsa dan agama. PAS seharusnya kembali ke landasan yang sebenar sebagai sebuah parti yang telah matang.Pas tidak patut duduk dalam PKR dan diperkotak-katik oleh Anwar Ibrahim. Tanpa PAS nescaya, PR akan condong kerana PKR bukan sebuah parti Melayu. Selamat bermuzakarah UMNO - PAS

http://www.kpmu.net/2009/06/umno-perjuangkan-hak-melayu-mempertahankan-agama-pas-tahu/


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM