DATUK Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin diarah membuka kain lilit kepala bertulis 'Bubar DUN' selepas majlis angkat sumpah menjadi kecoh angkara beliau melaungkan perkatan 'Bubar DUN Perak' di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Salim Shaari ( SUMBER BERITA HARIAN )
KELUAR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan dua anggota pembangkang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Pas-Bukit Gantang), Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) meninggalkan Dewan Rakyat selepas enggan membuka ikatan kepala bertulis 'Bubar DUN' pada persidangan pagi ini. Antara mereka yang turut memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang). - Foto Bernama ( SUMBER BERITA HARIAN )
Bung Moktar: Konsep ‘Satu Rumah Satu Keluarga’ bantu penduduk miskin
KINABATANGAN: Konsep ‘Satu Rumah Satu Keluarga’ akan dilaksa-nakan di kawasan Parlimen Kinaba-tangan bagi membantu penduduk miskin luar bandar memiliki rumah sendiri tanpa berkongsi dengan anggota keluarga lain.
Ahli Parlimennya Datuk Bung Moktar Radin berkata pemberian 100 buah rumah oleh kerajaan untuk setiap kawasan Parlimen di bawah konsep itu perlu ditambah memandangkan bilangan itu tidak mencukupi.
“Usaha melaksanakan konsep ini mengambil masa yang lama tetapi ia perlu dimulakan secara berperingkat,” katanya di sini kelmarin.
Bung Moktar berkata beliau bersama Ketua Pengarah Unit Penyelarasan dan pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Khalid Ramli telah meninjau masalah perumahan di beberapa buah kampung di daerah Kinabatan-gan dan daerah kecil Tongod pada Sabtu.
Hasil lawatan itu, katanya, Khalid telah meluluskan pembinaan 50 hingga 60 buah rumah di daerah ini dan Tongod setelah melihat sendiri kesesakan yang dialami dalam sesebuah rumah yang dihuni lebih dari satu keluarga.
Katanya daripada 165 kampung di kawasan Parlimen Kinabatangan, terdapat sebanyak 2,368 Ketua Isi Rumah Termis-kin (KIRT) manakala hanya 210 unit ru-mah telah siap dibina melalui program pe-rumahan rakyat sejak empat tahun lepas.
Saya diam ja, tapi sakit juga dalam hati ni.. Bukan benci dengan YB, tapi sedih... huhu..
BalasPadamWhere is The Love???