"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 18 Mei 2009

Indada sijil kawin



Mr. aki abad 21 berkata;
Sabah paling luasa kawasaan hutan, sama juga d sarawak ini kalau d bandingkan negeri2 d malaysia. Jadi inda bikin hairan kalau banyak jenis binatang yang d buru pakai anjing, pakai jerat, pakai sinapang buatan ( bakakuk )...macam sinapang karajaan, kadang2 sinapang buatan ini lebih cantik diurang buat. Macam mana buli mereka buat ? banyak sabap diurang buat.. pertama untuk jaga ladang, kedua untuk bikin memburu, ketiga mereka inda mampu beli sinapang karajaan.. jadi atas sabap2 d atas diurang buat ini bakakuk indada sijil nikah.. bapa ada tapi indada ibu ertinya anak luar nikah.Las2 kana tangkap masuk pinjara, mangkali bagus pihak karajaan buat satu undang2 untuk mereka yang kana tangkap gara2 buat sinapang ini.. ajar diurang buat sinapang butul2 inda juga banyak duit kita keluar gara2 beli sinapang, kita buat sendiri macam Kurita poroton. Apa macam ?
PGM rampas 36,000 peluru, senapang angin dan bakakuk
18th May, 2009 - sabah times


TAWAU: Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 36,000 butir peluru, selaras senapang angin dan selaras senjata api buatan sendiri (bakakuk) hasil pemeriksaan ke atas sebuah bot penumpang dari negara jiran Indonesia, di kawasan Laut Pelabuhan Tawau, kira-kira jam 6.00 petang Jumaat lepas
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, berikutan itu pihaknya menahan empat orang terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang kesemuanya berusia awal 40-an, yang berada di dalam bot terbabit.
“Tiga daripada mereka adalah warga Indo-nesia dan seorang warga Malaysia,” katanya da-lam sidang media ringkasnya di sini.
Bagaimanapun begitu jelasnya, pihaknya tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes tersebut memandangkan siasatan masih giat di-jalankan.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 8 (a), Akta Senjata Api 1960 dan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM