"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 18 Mei 2009

Budu Kou Inda Ambil ..

Urang kampung yang paling banyak jumpa Pak Lah atau urusan perjuangan ' suara mualaf sabah ' ketika pak lah berada d atas dia buli minta apa saja dengan pak lah.. seperti yang d saksi oleh sdr. yunus ismail dalam pertemuan SMS dengan Pak Lah tapi beliau inda minta untuk dirinya.. mr. aki hormat sama SMS pasal kou inda jual kehormatan DUSUN , inda jual nama kamik ... seperti yang terjadi sebelum ini.

Pak Lah

Mohd Azman Abdullah
blogger Gelombang Bayu



Md. Nazri Abdullah
Blogger suara mualaf sabah (SMS)



( Gelombang Bayu )
Hari ini secara rasminya Malaysia telah pun memiliki seorang lagi Perdana Menteri yang baru. Sekaligus Perdana Menteri yang kelima akan beransur-ansur hilang dari ingatan kita. Saya merasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu didalam blog ini mengenai Pak Lah yang saya kenali. Mulai hari ini juga Pak Lah seperti yg dijangka, telah pun bergelar "TUN". Tetapi saya yakin dan percaya walau apapun gelaran yg diberikan kepada beliau,peribadinya tetap sama dan tidak akan berubah.Saya mengenali beliau lebih dekat,sejak mengikuti saudara sms,rakan blog yg mewakili muaalaf Sabah,sekaligus saya banyak mengenali beliau melalui pengalaman dan pandangan saudara sms sendiri. Tetapi apa yang saya lihat Pak Lah punya peribadi yang sangat menyentuh diri saya.Belum pernah saya melihat seorang Perdana Menteri yang begitu merendah diri,boleh berbicara dan mendengar apa saja yang hendak disampaikan oleh rakyat dengan tenang. Tiada langsung kelihatan sifat kebangsawanan beliau. Komitmen beliau untuk menyatupadukan orang melayu tidak pernah lekang dari minda beliau.Saya sendiri secara peribadi,pernah terlibat didalam usaha-usaha menyatupadukan orang melayu ini dengan mewakili beliau secara tidak langsung. Sifat kebergantungan beliau kepada Allah sangat tebal. Walaupun dikiri kanan depan belakang beliau,musuh-musuhnya tidak pernah berhenti untuk menikam beliau,tetapi beliau tetap yakin dan percaya dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu kita dapat melihat dari riak wajahnya langsung tidak mengambarkan keresahan. Beliau kan sentiasa tetap tersenyum.Sebagai seorang yang sangat komited dengan perjuangan Islam, saya merasakan Pak Lah banyak membantu didalam menggalakan lagi usaha-usaha dakwah ini. Tetapi sayangnya diketika era beliau,badan-badan dakwah yang ada seolah-olah kehilangan idea dan buntu untuk menyambut apatah lagi menggunakan peluang yang ada,dan ada yang lebih malang memandang prejudis dengan Islam Hadhari yang beliau lagangkan.Walhal diketika era beliaulah sepatutnya badan dakwah samaada rasmi ataupun bernaung dibawah NGO menggunakan peluang itu untuk menyebarkan dan mengimarahkan aktiviti agama dengan jayanya. Tetapi semua ini tidak berlaku.Kini Pak Lah telah pun meninggalkan kepimpinan negara ini secara rasmi pada hari ini. Tiada lagi kata-kata prejudis yang akan berlegar disekiling beliau. Beliau meninggalkan kepimpinan ini dengan hati yang tenang dan sabar. Walaupun banyak lagi kerja-kerja yang masih tidak selesai tetapi apa kan daya,sudah begitu kehendak takdir.Apa yang penting,adakah idea dan saranan beliau selama ini akan dapat disambung oleh pengganti beliau. Sama-samalah kita melihatnya nanti. Saya tidak dapat menggambarkan hati dan perasaan saya kala ini. Sedih rasanya untuk berpisah dengan beliau. Sudah pasti saya akan merindui senyuman manis wajah beliau dan lemah lembut bicaranya.Selamat Jalan Pak Lah...selamat bertugas Najib

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM