"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 1 April 2009

Pikir2 kan ...


Bah jumpa lagi kita, kali ini Mr. Aki mau cakap pasal pemuda UMNO ,tapi sebelum itu Mr. Aki bagi tau kamu urang samananjung, pasal lida urang bukit manyabut UMNO ini lain cikit .UMNO jadi AMUNO bererti ' Tidak mau suda ' jadi kamu urang jangan mara2 ...itulah lida diurang bukit menyebut pati kasayanag kamik UMNO . aikk macam inda percaya pulak kamu kamik sayang AMUNO... Sabah manang basar bah pilihan raya lalu, tempat Mr. Aki biar pun calun dia bukan cilam ( islam ) tapi kamik sukung juga demi perpaduan.. aaaa baru kamu tau kan ?

OK.. lain carita pulak, si KJ ni d bantai kanapa ? inda puas ati pasal dia main pulitik wang, inda puas ati pasal dia duduk d kursi No. 1 pemuda. Kemudian ada palan kasi bunu pulitik dia, kamu urang ini, suda2lah buat karaja inda katantuan... dia suda manang, angkat dan hormatlah dia. Pasal dia main2 wang ka, beli undia ka, inda paya kamu ulang2 .. guru no 1 main wang ada, kamu tau juga siapa urang ini ...Pada Mr. Aki ada guru ada muridnya ... cakap pun indada guna, tungang langang semua...

Tugas kita sikarang kasi bagus ini pati, kasi bagus perangai pemimpin, kasi bagus semua yg inda bagus ....Kasi kuat iman.



Khairy sanjung Khir dan Mukhriz

KUALA LUMPUR 31 Mac - Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyanjung tinggi sokongan dua bekas pesaingnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir demi perjuangan pergerakan itu dan UMNO.

Malah, beliau menyifatkan kesediaan Mohamad Khir dan Mukhriz memberi sokongan melambangkan kematangan dan kebijaksanaan mereka kerana sanggup mengetepikan kepentingan peribadi.

Katanya, sokongan itu sangat diperlukan bagi membolehkan usaha pengukuhan Pemuda dilakukan dengan segera selepas wujud pertandingan tiga penjuru dalam pemilihan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO baru-baru ini.

"Saya amat menghargai sokongan dan kesediaan mereka untuk membantu Pemuda.

"Ini jelas menunjukkan kematangan serta kebijaksanaan mereka yang sanggup mengenepikan perjuangan peribadi demi keutuhan sayap pergerakan paling kanan dalam UMNO," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khairy berkata demikian sebagai mengulas kesediaan Mohamad Khir memberi sokongan kepada beliau selagi Ahli Parlimen Rembau itu tidak melencong dan berjuang di jalan agama, bangsa dan negara.

Sebelum ini, Mukhriz turut menyatakan beliau akan terus komited dalam perjuangannya bersama Pemuda UMNO dan menyokong Khairy

Tambah Mukhriz, beliau juga akan memberi cadangan ke arah penambahbaikan Pemuda jika diminta berbuat demikian.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, sokongan terbuka oleh Mohamad Khir dan Mukhriz itu sebagai isyarat kepada akar umbi agar memberi peluang kepada beliau membuktikan kemampuannya.

"Lihat ke hadapan kerana perwakilan telah memberi kepercayaan kepada saya. Semua termasuk akar umbi perlu berkerjasama untuk memperkasa Pemuda," jelasnya.

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO menyaksikan Khairy memenangi jawatan itu dengan memperoleh 304 undi, Mohamad Khir 254 undi manakala Mukhriz, 232 undi.

1 ulasan:

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM