"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 27 April 2009

Pelajari bahasa ibunda, kata Pairin


Butul itu bos, siapa lagi yang barcakap bahasa sendiri kalau bukan bangsa itu sendiri. Namun bikin hairan juga urang2 kita, yang kadang2 inda pandai cakap bahasa sendiri.. sumbang mambang dia barcakap, Macam bukan dusun. Kadang2 bersikap tambirang pun ada.. ada juga malu2 barcakap bahasa dusun padahal tambuni dia urang dusun...bapa mama dia makan tingaton/pinapa ( makan pinang/bersuntil ). Kita risau juga ini bos ( aman )kejadian anak2 kita... lama2 tingal nama dusun lagi, bahasa urang putih, urang cina, urang malayu...baru aramai itiiiii MR. AKI

26th April, 2009

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Joseph Pairin Kitingan mahu masyarakat KadazanDusun mempelajari bahasa ibunda dari suku masing-masing kerana ia mempunyai fungsi dan peranan yang penting.

Huguan Siou dan Presiden Persatuan Kebudayaan itu berkata, penguasaan bahasa ibunda itu sendiri di kalangan generasi muda amat penting memandangkan pengaruh zaman moden yang begitu kuat sekali sehingga menghakis identiti bangsa itu sendiri.

“Bahasa Kadazandusun mempunyai fungsi dan peranan yang tersendiri khususnya dalam memahami cara hidup, kebudayaan, kesenian dan latar belakang yang banyak terkandung dalam kesusasteraan Kadazandusun seperti cerita ‘tangon-tangon’.”

“Kita perlu memberi perhatian serius terhadap perkara ini kerana ianya mempunyai implikasi tehadap bangsa kita di masa akan datang sekiranya tidak ditangani lebih awal. Jangan sehingga bahasa kita dilupakan kerana bahasa melambangkan bangsa, hilang bahasa keturunan kita turut hilang identiti, maka bangsa menjadi tidak bermaya lagi,” jelasnya.

“Dari semasa ke semasa kita perlu diberi peringatan agar kebudayaan dan adat istiadat tidak akan terus dilupakan,” ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Mukim Patau anjuran gabungan lapan buah kampung di Balairaya Kampung Bambangan, dekat sini pada Jumaat.

Turut hadir Pegawai Daerah Tambunan, Thomas Angor, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Laiwon Dalus, Penolong Pegawai Daerah Pentadbiran, Dr Joanis Yajuni, Pengerusi Perhubungan KDCA Tambunan, Daniek Kinsik dan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Yuing Pandong.

Katanya, di dalam tangon-tangon (cerita) terkandung segala khazanah bangsa, kepandaian, budaya, adat resam, sejarah serta susur galur bangsa KadazanDusun selain mempunyai unsur teladan dan tauladan kepada generasi muda. Semuanya patut dipegang kuat dan diperturunkan kepada genarasi muda.

Menurut Pairin, pada masa dahulu, ibu bapa akan bercerita kepada anak-anak sebelum masuk tidur dan ini merupakan satu bentuk pendidikan tidak formal kepada anak-anak untuk mempelajari bahasa, memahami adat-istiadat, memperturunkan kemahiran disamping dapat mengeratkan hubungan kasih sayang diantara anak-anak dan ibu bapa.

Meskipun bahasa Kadazandusun diajar di sekolah dan peringkat pengajian tinggi termasuklah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang turut menawarkan pengajian bahasa ini bagaimanapun masih kurang daripada kalangan bangsa KadazanDusun yang ingin mempelajarinya.

Pairin menegaskan, sebagai pemunya (penutur) bahasa tersebut perlu memberi penekanan terhadap penguasaan bahasa KadazanDusun. Kurang penggunaan bahasa ibunda dalam pertuturan seharian di rumah merupakan antara punca mengapa generasi hari ini gagal menguasai bahasa KadazanDusun.

Justeru itu, katanya, rumah haruslah menjadi sekolah pertama untuk anak-anak kita mempelajari bahasa ini dan ibu bapa mempunyai peranan untuk mengajar anak-anak seterusnya membudayakan bahasa ibunda sebagai bahasa komunikasi di rumah.

1 ulasan:

  1. Babanar ino Mr aki,isai po momoros iti boros tokou ong okon ko tokou kondiri.

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM