"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 23 April 2009

Pangawal vs Malaikat ?


Macam mana kasi tumpa ' SETIA ' pada pemimpin kalau pemimpin itu inda setia. Betul apa yang Pak Najib cakap, muda2an ini bukan ucapan saja tapi menjadi kenyataan dan amalan... Rakyat kalau setia indada gunanya juga kalau inda d tulung, rakyat bagi undi tapi bila rakyat berjumpa dan bersalam dengan menteri itu, tangan inda sampai... itu tangan kempunan bersalam, apa lagi d bagi ruang bercakap... gara2 pangawal peribadi buat keraja butul2 , inda apa kalau bersikap mesra dan lembut ini main2 tolak2, bila berpakaian lain2 d siasat, bila nampak ada surat d tangan d rampas. Mr. aki nasihatkan pada pak menteri ini.... bagi tau pada pengawal jangan main kasar pada urang, kalau takut bos dia inda salamat... mampukah dia tolak malaikat maut ketika dia mencabut NAPAS bos dia ? kamu urang jawbalah...jadi kasi lungar2lah inda semua yang mau jumpa itu minta tanda tangan PURIJIK, dan kalau minta tanda tangan pun bagi peluang... dapat inda dapat yang penting urang itu puasa ati dapat jumpa menteri dan dapat tandatangan...urang kampung kalau dapat barsalam dngan menteri apa lagi PM sampai mati dia kanang dan ingat.

Baik d balas baik, buruk d balas buruk. MR. AKI

Najib hargai kritikan

KUALA LUMPUR 22 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau menghargai setiap kritikan tetapi ia hendaklah dibuat dengan cara yang betul, di tempat dan masa yang bertepatan.

Malahan, kata Perdana Menteri, jika tiada ruang untuk kritikan membina mahupun pertentangan pendapat yang dilakukan dengan cara yang betul dan dengan niat yang baik, ia akan merugikan kerajaan.

"Dalam perkhidmatan kerajaan, sebagai contoh, semestinya seseorang itu perlu setia kepada pemimpin. Tetapi seseorang itu hendaklah setia selagi pemimpin itu juga setia, komited kepada tugas dan berdedikasi," katanya dalam laman blog beliau, www.1malaysia.com.my, mengenai nilai kesetiaan dan penerimaan sebagai satu daripada nilai utama 1Malaysia.

Najib berkata, kesetiaan tidak bermakna seseorang itu tidak boleh mengkritik pemimpin.

"Saya menghargainya, sama ada ianya diasaskan kepada perhubungan peribadi atau dalam konteks rakan sejawatan, bahawa akan ada peluang dan waktu untuk mereka memberikan pandangan yang membina, malahan kritikan, yang pada saya, adalah diperlukan.

"Pada saya telah berlalunya hari-hari bila mana kesetiaan disalah anggap sebagai kepercayaan membuta tuli atau memiliki kuasa penuh dari segi perhubungan peribadi yang mana anda boleh melakukan apa saja yang anda mahu dan tidak dipertanggungjawabkan. Pada saya itu adalah salah," katanya.

Namun, kata Najib, kesetiaan hendaklah disertai dengan keupayaan dan kemajuan.

"Anda tidak boleh memberikan ganjaran kepada seseorang itu hanya kerana dia setia, tetapi lupa bahawa kesetiaan tanpa kemajuan dan keupayaan adalah tidak mencukupi. Benar, kesetiaan adalah penting tetapi ia perlu disertai dengan pertimbangan lain juga," katanya.

Katanya, rakyat perlu beralih daripada konsep toleransi semata-mata kepada penerimaan kerana konsep penerimaan akan memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa sesuatu perkara itu akan diterima sepenuhnya secara positif berbanding toleransi di mana sesuatu itu akan tetap diterima walaupun tidak menyukakannya.

"Jika anda sanggup menerima sebarang perkara, anda mengambil perkara itu dengan kerelaan, maka saya rasa kapasiti untuk melihat kepada semua perkara secara lebih positif adalah lebih baik berbanding toleransi semata-mata," katanya.

Katanya, konsep penerimaan adalah penting kerana rakyat tidak lagi merasa terbeban dan tidak dipengaruhi sebarang tanggapan negatif malah mahukan khidmat terbaik.

"Inilah yang kita perlukan untuk Malaysia. Kita perlu mendapatkan yang terbaik daripada bangsa Melayu, terbaik daripada bangsa Cina, bangsa India, kaum lain dan mengadun semua ini agar secara terkumpulnya akan menjadi lebih besar berbanding bilangan kelompok kaum secara individu," katanya.

Beliau berkata, dalam memupuk konsep penerimaan, kerajaan perlu memulakan polisi yang adil dan dilaksanakan dengan cara yang mencerminkan komitmen kerajaan seperti membantu orang miskin dalam semua golongan.

"Maka semua program dan peruntukan kewangan wajib mencerminkan keperluan mengatasi masalah golongan miskin merentasi lapisan etnik dan kaum," katanya.

Najib berkata, peluang seperti pendidikan, biasiswa dan bantuan kewangan perlu mencerminkan bahawa setiap rakyat Malaysia berupaya membangunkan diri tanpa mengira jantina dan tidak terdapat sebarang had.

"Had tidak ditentukan kerana latar belakang etnik anda, ia ditentukan kerana keupayaan peribadi anda sendiri," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM