"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 15 Disember 2010

Hantu Agama ?

Pikiran AKI; Kalau d pikir2kan urang2 agama ni bagus2 semua bah .. kan diurang yang lebih tahu perkara2 agama, hukum dan berkaitan mala tukang bagi hukum, tukang kasi hukum .. ini halal dan ini haram... tapi lain pulak cerita x ini dan bukan x pertama cerita2 macam ini kita dengar, lihat dan jumpa mala banyak x , apa pun kana ingat juga mereka bukan wali mala wali pun ada kisah mereka tergelincir saat makam mereka d atas ... iblis inda kanal siapa kita, bagai iblis semua manusia dia bantai untuk ikut kemahuan dia ... syurga neraka ada kerana adanya tukang jahattttt dan urang2 baik. Kesimpulannya hati2 berurusan dengan jabatan agama .. diurang pulak jangan tahu cakap saja aaaaaaaaa tapi buat keraja itu ini juga .. Sabah juga inda terlapas ada urang2 macam ini x aaaaaaaaaa ?


lasan makan duit haram


Hassan Basri


IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.

Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.

Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.

Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM