"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 8 Disember 2010

Dunia itu BULAT

RUMAH berbentuk telur yang didiami Dai Haifei di Beijing baru-baru ini.

DUNIA INI BULAT - hari ini kita d atas esok ke bawa ... siapa sangka ciptaan urang ini menjadi perhatian dan juga d jadikan contoh akhirnya, mungkin satu masa nanti rumah2 kampung menjadi mcm ini juga ... siapa tau kan ?

BEIJING - Seorang siswazah, Dai Haifei membina sebuah kabin berbentuk telur dengan menggunakan buluh, rumput dan kayu kerana tidak mahu dibebani kos sewa rumah yang mahal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Kabin unik itu menarik perhatian ramai di China dan di luar negara.

Pada minggu lalu, pemuda berusia 24 tahun itu berkata, dia membina kabin tersebut kerana tidak mampu membayar sewa selain dapat tinggal berhampiran dengan tempat kerjanya.

Namun, pada Jumaat lepas beberapa saksi melihat Haifei dan rakan-rakannya memindahkan kabinnya ke atas sebuah lori.

Dia menyatakan, rumahnya itu dibawa oleh syarikatnya yang merupakan sebuah firma reka bentuk kerana ia kelihatan unik.

Namun, kini terdapat khabar angin bahawa rumah itu sengaja dibina untuk tujuan promosi. - Agensi ( KOSMO )












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM