"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 13 Ogos 2009

al-fatihah

ULASAN MR. AKI - semoga kita mendapat iktibar .... mr. aki sanjung kematiannya walaupun HITAM sejarahnya ...!!! kamu paham juga maksud mr. aki bukan ?




Mayat Ibrohim disangka Noordin


JENAZAH Ibrohim dikebumikan di tanah perkuburan Pondok Ranggon, Jakarta semalam.


JAKARTA - Polis Indonesia semalam akhirnya mengesahkan bahawa mayat lelaki yang ditembak mati di Temanggung, Jawa Tengah pada Sabtu lalu ialah pengganas yang dikenali sebagai Ibrohim, 37, yang terlibat merancang dan mengatur pengeboman di Hotel JW Marriott dan Ritz Carlton di sini pada 17 Julai lepas.

Pengesahan identiti Ibrohim adalah hasil ujian DNA yang dijalankan ke atas mayat lelaki itu, kata Ketua Pusat Pengecaman Identiti Mangsa Bencana Polis Indonesia, Brig. Jen. Eddy Saparwoko pada sidang media di sini semalam.


KERATAN Kosmo! Ahad 9 Ogos 2009.


Mayat tersebut sebelum ini pernah dilaporkan kemungkinan sebagai Noordin Mohammad Top, pengganas yang paling dikehendaki di Indonesia yang dikatakan menjadi dalang beberapa serangan bom di negara ini.

Eddy berkata, ujian DNA dengan sampel daripada keluarga Noordin didapati tidak sepadan tetapi sebaliknya sama dengan sampel daripada keluarga Ibrohim yang tinggal di Kuningan dan dengan itu mayat berkenaan disahkan sebagai Ibrohim.


IBROHIM


Menurut polis, Ibrohim atau Boim yang bekerja sebagai penata bunga di Hotel JW Marriott dan menghilang sejak 17 Julai menjadi buruan kerana disyaki membawa bom dalam tiga kotak masuk ke hotel itu dengan menggunakan van pengangkut bunganya.

Bom dalam tiga kotak itulah yang diletupkan oleh dua orang pengebom berani mati pada pagi Jumaat itu, yang meragut sembilan nyawa (termasuk dua pengebom) dan mencederakan lebih 50 orang yang lain.

Ketua Perhubungan Awam Markas Besar Polis Indonesia, Nanan Soekarna pula berkata, polis tidak pernah memberi keterangan sebelum ini bahawa lelaki itu adalah Noordin, pengganas yang berasal dari Malaysia yang menjadi buruan di Indonesia sejak sembilan tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM