"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 11 Julai 2009

bapa kemunduran ...anak2 d salut emas


Urang2 kota marudu patut bagi galaran MAXIMUS ini sabagai
BAPA KEMUNDURAN ...!!!
SADAP2 KO MAKAN AAAAAA



ULASAN MR. AKI- beruntung butul kawasan2 MP/ADUN d sabah yang wakil rakyat dia cukup bagus, pintar mencari peruntukan atau rakyat dia... kalau d banding dengan MP kota marudu '' AYAM MATI '' suda bebarapa pangal dia tawan Kota Marudu tapi HABUK pembangunan pun indada....tapi bukan alang2 urang2 dia kaya raya... kurita berganti-ganti setiap ada kamasukan dalam pokit baju...SIAL PUNYA KARAJA !!! inda apa kalau purijik2 yang dia buat butul2 100% ikut palan, ini cukup2 saja ada sikit2 gaya palan JKR pun d kali LULUSSSSSSSSS kejadian ini bukan 1, atau 2 d kota marudu tapi lebi dari 3 ini dalam pangatahuan mr. aki ....urang2 kota marudu tingok purijik dapan pejabat pendaftaran kelahiran/kematian purijik buat parit...menurut sumber yang dapat c MAJIAH URANG NOLOTAN peruntukan dengar2 lebih seratus ribu...kerja kamu tingok sendiri...!!! inilah tukang2 kipas c max macam dia saja urang yg lain antu...tambirang butul, dulu mr.aki suda kasi taling dia ...jangan sampai mr. aki kasi taling lagi sampai MAMPUS..

purijik2 d km urang2 yang sama saja yang dapat...macam dia saja yang mengundi satu urang..pasal ini MAX mr. aki galar dari sikarang untuk dia BAPA KEMUNDURAN UNTUK KOTA MARUDU..!!!

Mengubah nasib rakyat


Mohd. Shafie Apdal menyampaikan enjin bot sangkut kepada nelayan-nelayan di daerah Semporna, baru-baru ini.


SEMPORNA 10 Julai - Kata pujangga ada berpesan, jika kita ingin mengubah nasib seseorang, bukan ikan yang harus kita berikan tetapi berikanlah pancing.

Rasionalnya mudah. Jika diberi ikan, ia hanya dapat menampung keperluan dalam masa singkat. Habis ikan, nasib orang yang dibantu itu kembali seperti biasa.

Namun jika diberikan pancing, ia akan membolehkan individu tersebut memperoleh ikan setiap hari, jika berusaha.

Mungkin inilah falsafah yang cuba diterapkan dalam program bantuan kepada penduduk miskin di daerah ini anjuran pejabat Ahli Parlimen Semporna di sini baru-baru ini.

Pada majlis itu, pejabat berkenaan menyampaikan bantuan enjin sangkut bernilai lebih RM4,000 kepada 65 penduduk dari beberapa kampung di daerah itu.

Majlis penyerahan bantuan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Secara umumnya, Semporna yang terletak di pantai timur Sabah terbahagi kepada dua kawasan iaitu tanah besar Semporna dan gugusan pulau yang bertaburan di kawasan sekitarnya.

Terdapat 49 pulau secara keseluruhannya yang menjadi tapak kepada 119 kampung orang-orang tempatan dan pulau terbesar dikenali sebagai Pulau Bum-Bum.

Sejak dahulu lagi Semporna memang terkenal sebagai pengeluar bahan laut yang berkualiti tinggi. Sifat perairannya yang tenang tanpa gelombang di Lautan Sulu dikatakan satu faktor menyebabkan kawasan itu kaya dengan hidupan laut.

Dengan anggaran keluasan 113,412 hektar ia kini dihuni lebih 120,000 penduduk. Kebanyakan tinggal di tepi laut dan menjadikan laut sebagai nadi kehidupan.

Melihat kepada sosio budaya masyarakat setempat yang kebanyakannya menjadikan laut sebagai sumber pendapatan, maka bantuan tersebut amat tepat dan dinanti-nantikan.

Malah, rasa bersyukur dan gembira tidak terkata jelas terbayang pada wajah penerima sebaik enjin sangkut tersebut diserahkan kepada penerima yang layak.

''Saya telah lama menanti bantuan ini. Ia sangat diperlukan bukan sahaja untuk mencari nafkah tetapi untuk kehidupan seharian," kata Mad Sarang Kuang, 49.

Beliau yang berasal dari Kampung Labuan Tengah memberitahu, telah mengemukakan permohonan mendapatkan enjin sangkut itu sejak lima bulan lalu.

''Dengan pendapatan sekitar RM20 hingga RM40 sehari tidak mungkin saya mampu untuk membeli enjin sangkut ini," katanya.

Seorang lagi penerima, Bangsalan Dassa berkata, kebanyakan nelayan tradisional di situ menggunakan dayung mencari nafkah di sekitar perairan Semporna.

Katanya, ketiadaan enjin membataskan hasrat mereka untuk pergi lebih jauh ke kawasan yang lebih banyak ikan.

''Dengan enjin ini kami berani pergi lebih jauh untuk mencari lebih banyak ikan. Kalau menggunakan dayung sangat berbahaya untuk pergi jauh," katanya.

Beliau yang berasal dari Kampung Hamparan yakin bantuan enjin itu mampu menambah pendapatan dan mengubah nasib mereka selepas ini.

Mahmud Urugan, 57, dari Kampung Selakan menambah, kehidupan penduduk di situ banyak dipengaruhi oleh laut.

''Bot dan perahu ibarat kereta. Tanpa bot dan perahu kami tidak boleh bergerak. Ada bot tidak ada enjin pun tidak bermakna kerana tidak banyak yang boleh dilakukan. Oleh itu, bantuan enjin ini amat tepat dan bermakna," katanya.

Beliau menambah, pendapatan mereka juga tidak menentu kerana bergantung kepada hasil tangkapan serta faktor-faktor lain seperti cuaca dan sebagainya.

Nabi Ajak, 60, berkata, bantuan enjin sangkut itu amat diharapkan bagi menambah pendapatan dan memudahkan urusan keluarga.

Beliau yang mempunyai 27 anak hasil daripada lima perkahwinan menambah, enjin tersebut akan digunakan bersama-sama anaknya untuk menangkap ikan sekitar perairan Semporna.

''Memang ini (memiliki enjin sangkut) adalah angan-angan saya. Nampaknya angan-angan saya telah tercapai," katanya yang berasal dari Kampung Perigi Baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM