"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 16 Jun 2009

Tiga Bulan Najib.. ?


Taling dia sabagai urang kedua terpanting d dalam UMNO bulum marata d sabah....d kl inda tahu. Mangkali d kl sapu rata, bini urang KL kan ...kalau d AF 3 minggu punya perjalanan.. banyak suda PENYINGKIRAN, KELUAR DARI CARTA ...!!! banyak peminat manangis karana sayang, karana suka, karana peminat fanatik ...


Najib ketika datang d sabah d sambut oleh wakil2 rakyat..dengan permaidani merah juga, mana urang2 kampung sambut ? mungkin inda kanampakan, sanaaaaa d luar berjamur berpanas pukul gong, pukul kompang...kempunanlah urang2 kampung bersalam dengan PM kalau balik2 muka2 ini juga yang d dapan...cuba buat kejutan, urang2 kampung d depan...wakil2 rakyat sanaaaaaaa balakang !!!


ULASAN MR. AKI- Kanapa pak lah d nanti2 oleh para wartawan ? dan jadi tumpuan .. ? pak lah suda 3 bulan meningalkan kursi PM dan meningalkan p.jaya, indada apa2 lagi yang d risaukan oleh puak2 yang barcakap pak lah itu ini dan sabagainya ... dan 3 bulan jugalah najib berada d kursi PM mendayung malaysia ke perjalanan 2020, namun bulum ada satu kejutan besar yang buli kasi gagar puak2 penyamun...kalau hanya kejutan pigi d beberapa tampat awam.. d sakitar KL itu pak lah punya kejutan..kalau mengimamkan solat itu juga pak lah punya kejutan..kalau slogan "Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". ini bulum kanampakan jelas d mata rakyat ...jadi apa kejutan besar untuk malaysia, kita tungu 3 bulan dari sikarang lagi !!!


Abdullah tarik tumpuan ramai -utusan malaysia

KUALA LUMPUR 15 Jun - Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi pada sidang Dewan Rakyat pada hari ini mencuri tumpuan banyak pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepala Batas tiba di Dewan Rakyat beberapa minit selepas sidang dewan dimulakan pada pukul 10 pagi.

Kehadiran Abdullah ke Dewan Rakyat yang agak lewat menyebabkan para jurugambar terlepas mendapatkan gambar beliau.

Ini kerana kumpulan jurugambar yang merakamkan detik Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang sudah meninggalkan dewan ketika Abdullah masuk ke dalam Dewan Rakyat.

Namun, kumpulan jurugambar tetap menanti dengan sabar di lobi Parlimen bagi memastikan mereka tidak terlepas gambar Abdullah keluar dari dewan.

Jika sebelum ini, tempat duduk Abdullah dalam dewan begitu hampir dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia iaitu di sebelah kanan Pandikar kini Abdullah duduk menghadap Speaker.

Abdullah kini berjiran dengan Ahli Parlimen Kulai, Tan Sri Ong Ka Ting dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.

Di belakang beliau pula ialah Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau tidak menghabiskan masa yang panjang di Dewan Rakyat pada hari ini apabila dilihat meninggalkan dewan sebelum sidang ditangguhkan untuk makan tengah hari.

Jurugambar yang berkumpul di lobi Parlimen tidak melepaskan peluang untuk merakamkan gambar beliau pulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM