"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 20 Jun 2009

Program SDSI terus diperkasa: Musa


Suda jadi YB. ANITA BARANTING - Lawa suda, ada suda duit bali itu ini.... rakyat bagai mana !!!



Anita Baranting - macam kamik juga bah...urang kampung, ini sebelum jadi YB



Gambar mau calun suda


ULASAN MR. AKI - Datuk musa, cuba kou datang dulu d kota marudu dan tandik bah.. tingok karaja YB kou, butul2 ka diurang karaja untuk rakyat ? atau siapa ? barabis suda kamik antam supaya diurang ingat dan sadar .... tapi nampaknya indada perubahan. tulunglahhhh datuk.... lagi pun kota marudu ini bukan asing bagi datuk kan ? dulu2 datuk parna jadi pamangku bahagian UMNO kota marudu .... !!!


P2b-19_6
TERTARIK ... Musa tertarik dengan parang buatan tempatan yang turut dipamerkan pada showcase itu.
19th June, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan terus memperkasa dan mempertingkatkan pembangunan Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di seluruh negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman.

Katanya, langkah pertama ialah dengan menggembleng peranan Jawatankuasa Program SDSI peringkat negeri dan daerah dari segi perancangan penyelarasan dan pelaksanan bagi memastikan program berkenaan mencapai matlamat dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh para pengusaha yang terlibat.

“Langkah kedua pula, ialah mengadakan program khusus seperti menganjurkan inisiatif promosi dan pemasaran seperti Showcase seperti yang diadakan hari ini,” katanya ketika berucap merasmikan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) di Sabah Trade Centre di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, langkah ketiga ialah dengan melaksanakan inisiatif bagi meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman melalui kursus-kursus tertentu dan peningkatan dan pembangunan pembungkusan (packaging), pelabelan (labelling) dan penandaan (branding) serta khidmat nasihat dan bimbingan dengan kerjasama agensi-agensi Kerajan Persekutuan yang berkaitan.

Dalam konteks itu, katanya, beliau menyeru kepada semua pihak yang terlibat da-lam program berkenaan agar memberi tumpuan secara khusus bagi menjana pembangunan ekonomi negeri seterusnya merangsang pembangunan keusahawanan dalam kalangan kaum Bumipu-tera terutamanya di peringkat daerah.

Musa berkata, bagi tempoh 2009-2010 kerajaan memperuntukkan sebanyak RM23 juta bagi meningkat dan memperkembangkan lagi program SDSI di bawah pelaksanaan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

Ia katanya, memfokuskan kepada usaha-usaha untuk mengeluar dan memper- kembangkan lebih banyak jenis produk dengan kualiti yang tinggi di semua daerah dan daerah kecil di negeri ini.

“Strategi ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dengan memberi bantuan dari segi akses kewangan, pemasaran dan promosi, peningkatan keupayaan pengeluaran dan kemahiran, pengetahuan, peningkatan kualiti dan penampilan produk yang dihasilkan,” katanya.

Musa berkata, beliau yakin program SDSI itu bukan sahaja akan melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera yang berjaya, bahkan menambah nilai ekonomi negeri, mengwujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mempercepatkan pembangunan wilayah dan seterusnya berupaya membasmi kemiskinan di kalangan rakyat di negeri ini.

Showcase SDSI itu diadakan selama empat hari yang bermula hari ini dan akan berakhir pada 21 Jun ini disertai oleh seluruh daerah di negeri ini dengan mempamerkan produk-produk keluaran daerah-daerah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM