"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 22 Jun 2009

Pemuda Jangan Jadi PUNDAN ...


PEMUDA BN - jangan jadi PUNDAN atau JADI LELAKI LEMBUT, jika ini barlaku dalam pemuda jangan hairan kalau dia bersipat 'anguk2, tunduk2' pemuda masti tangkas, pemuda masti bertnaga, pemuda masti berani, pamuda masti ligat dan cepat... pikiran masti laju dari ketua bahagian ( yang suda tua2 ) tapi kalau main ikut2 saja ... macam garabak kurita api, lebi baik latak jawatan dan bagi urang lain ... maksud mr. aki kekuatan berpikir itu masti terkini sesuai dengan nama PEMUDA. barulah TANDAHA , barulah AYAM JANTAN... Jangan ayam mati ... !!!


Setiap lapuran atau parancangan mastilah kasi untung jangka masa panjangggg 50th akan datang punya....tapi kalau balik2 lapuran jenis buku tiga lima (555 ) punya tabal dan nipis apa ertinya pemuda ...itu buku utang kadai kampung2, sikarang punya buku utang bukan lagi macam itu...buku utang sikarang main one line oooooo... kemudian bacaan suhu pulitik juga masti campin buat bacaan, agar inda sala bartindak... yang kawan d katakan lawan ' mampussssss' ini barlaku.... dalam PEMUDA...!!!




ULASAN MR. AKI - Rakyat punya masalah d jadikan no 1 bukan no 100 sampai mati indada perubahan... mr. aki nampak seorang pemuda PBS mantang2lah dia balanja meja kamik minum langsung inda pandai jaga ( ADAB ) parasaan urang2 keliling ...sanang2 saja dia kasi tayang dumpit dia berisi duit tabal 50puluh2 .... macam dia saja ada DUITTTTTT.....hal ini juga masti kana balajar bah... nasiplah mr. aki ini bukan SPRM kalau inda alamat mr. aki seoal dia dari mana duit sebanyak itu dia dapat .............!!! Ruma urang2 d keliling dia pun inda dapat dia bantu kasi bagi PPRT ... apa macam ?



Pemuda Umno digesa bina wawasan capai kecemerlangan

22nd June, 2009-sabah imes

KINARUT: Pemuda Umno Sabah digesa agar berusaha membina satu wawasan untuk mencapai kecemerlangan.

Ketua Penerangan Umno Sabah Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata pergerakan itu harus menyedari tentang cabaran yang bakal dihadapi.

“Tiada istilah relaks dalam perjuangan parti dan Pemuda perlu berusaha membina wawasan bagi mencapai kecemerlangan,” katanya ketika menyampaikan ceramah pada bengkel anjuran pergerakan tersebut di sini kelmarin.

Bengkel tersebut turut disetai oleh Ketua Pemuda Umno Sabah Azman Ruslan dan Naib Ketua Pemuda Umno Sabah Haji Awang Kadin. Serta semua ketua-ketua Pemuda Umno negeri Sabah

Sapawi berkata dalam membina wawasan itu, Pemuda memerlukan strategi bagi merangka rancangan mencapai kecemerlangan.

Beliau berkata perancangan strategic dan pemimpin pemuda perubahan itu penting khususnya dalam memastikan sokongan dan keyakinan rakyat kepada parti terus kukuh dan mantap.

Katanya sasaran ketika ini ialah memastikan Umno terus menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya ke-13.

Menurutnya untuk mengekalkan Umno sebagai tunggak BN, adalah penting setiap anggota parti mainkan peranan yang diamanah-kan.

“Banyak isu-isu yang harus diberikan perhatian dan juga tindakan…kita tidak boleh mengambil sikap relax atau menjadi pemerhati,” katanya dan menambah ba-hawa pembangkang ketika ini telah mempergiatkan usaha untuk mempengaruhi rakyat.

Katanya pembangkang pada ketika ini berusaha untuk terus mempengaruhi generasi muda dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menurutnya dengan cara itulah pembangkang berjaya memesong-kan pemikiran rakyat dengan menimbulkan kekeliruan melalui laman blog dan teknologi maklumat yang terkini..

“Perkara ini memperlukan perhatian dan tindakan…kerana itu kita melihat betapa Pemuda memainkan peranan penting untuk parti,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun mengingatkan tentang pentingnya Pemuda mendukung kepada barisan kepimpinan parti dan bukannya bersikap pembangkang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM