"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 4 Jun 2009

Pak Turut Kasi Buang .. ?


Mr. Aki - Baguslah kalau butul2 ahli d bagi peluang untuk bagi pandangan. Dalam pangalaman mr. aki Masyuarat cawangan.. banyak ketua2 cawangan main isi borang2 persidangan saja,untuk d antar ke bahagian.. manakala wakil bahagian pulak hanya sukung saja... ini inda butul dan inda ikut undang2...sampai bila ketua cawangan main isi burang saja....!!! d paringkat bahagian pulak hanya ketua cawangan yang pak turut, penjilat, main anguk kapala dan membuntut ketua saja dapat berucap... yang butul2 punya pikiran besar dan power lugai2 d kasi simpan sana sudut dewan.... ( pintu tertutup untuk mereka ini ) apa ini ?

Kalau UMNO d pimpin oleh PAK ANGGUK DAN PAK TURUT alamat UMNO bagaikan tin kosong yang indada isi....kita mau UMNO ini terisi kepimpinannya dengan macam2 pemikiran dan kepintaran, agar apa saja permasalahan bisa d tangani dengan cermat ...

Ahli boleh beri pandangan

PUTRAJAYA 3 Jun - Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka.

''Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan.

''Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok Mesyuarat cawangan UMNO Putrajaya di sini malam semalam.

Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka.

Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti.

''Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,'' katanya.

Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan.

''Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,'' katanya.

Mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, beliau berkata, satu lagi pasukan petugas dihantar hari ini bagi menyusul pasukan awal diketuai Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berada di kawasan itu sejak semalam.


2 ulasan:

  1. Adalah dimaklumkan bahawa Cawangan Cawangan UMNO bahagian Kota Belud ditentu bedasarkan ketetapan berikut:

    Tarikh : 16/5/2009
    Tempat : Dewan Mini
    Jam : 2 Petang

    Saya datang pukul 1.30 petang, tiada seorang pun yang hadir. Selang 3 hari kata ketua cawangan, mesyuarat atas kertas dah selesai. Seronok betul jadi ketua, tak susah-susah mesyuarat, hanya panggilan talipon wakil bahagaian, katanya selesaikan saja atas kertas.

    BalasPadam
  2. Mr. aki banyak x bagi tahuran..karaja2 macam ini, nampaknya mereka inda juga buat karaja ikut undang2 ... baru nampak siapa kasi rusak UMNO

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM