"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 18 Jun 2009

Nasharudin dipelawa sertai UMNO

sumber gambar http://minag_jinggo.fotopages.com

Timbalan Ketua PAS Pusat, Sdr Nasruddin Hassan yang akan mengambil alih tempat Salahuddin sebagai Ketua.

Mr. Aki - Cuba kou keluar dari PAS apa diurang rasa ...? dunia perjuangan bukan saja dalam PAS..dunia perjuangan inda parna terikat oleh kumpulan dan wilaya..!!!




Nasharudin dipelawa sertai UMNO - utusan malaysia

KUALA LUMPUR 17 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa dipelawa menyertai UMNO kerana beliau tidak lagi dihargai oleh parti pembangkang itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu seharusnya dilakukan kerana UMNO menyediakan ruang yang luas untuk Nasharudin berjuang bagi kepentingan umat Islam.

"Saya selaku Ketua Pemuda berpendapat bahawa sekiranya Nasharudin tidak lagi dihargai oleh Pas dan dihalau keluar, lebih baik beliau meneruskan perjuangan bersama UMNO," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini supaya Nasharudin meninggalkan parti itu dan meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok jika masih inginkan kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Abdul Aziz, isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada Pas kerana perkara itu tidak pernah dibincangkan di peringkat dalaman parti itu sebaliknya ia adalah lontaran idea peribadi.

Dalam pada itu, naib ketua pergerakan itu, Datuk Razali Ibrahim berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu adalah perkara yang malang bagi parti berkenaan kerana ia akan menyebabkan mereka kehilangan pemimpin yang bijak.

Beliau berkata, cadangan mengenai kerajaan perpaduan adalah satu idea dan tindakan yang bagus kerana ia mencetus ke arah kebaikan bukan saja bagi parti itu sendiri malahan semua pihak yang terbabit.

"Niat baik Nasharudin disalah terima oleh Menteri Besar Kelantan dan kenyataan yang dikeluarkan beliau itu sangat berat untuk diterima.

"Idea yang dicadangkan Nasharudin itu patut dikaji semula kerana beliau adalah seorang pemimpin yang bijak dan saya yakin tujuannya adalah untuk kebaikan semua dan beliau ikhlas dalam perjuangannya.

"BN sentiasa terbuka malahan sering mengadakan gerakan untuk menarik minat ramai dan kami menyambut baik penyertaan ahli baru terutamanya mereka yang mempunyai pucuk kepimpinan yang tinggi," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pertelingkahan antara Nik Abdul Aziz dan Timbalan Presiden parti itu adalah isu dalaman Pas.

"Saya lihat tindakan Nasharudin tiada salahnya. Idea ini sepatutnya diterima dengan hati terbuka kerana ia mencerminkan pandangan majoriti ahlinya.

"Bersama siapa atau pihak mana perundingan kerajaan perpaduan harus dilakukan tidak perlu ditimbulkan. Apa yang penting adalah ia memberi kesan yang positif terhadap semua pihak terbabit dan bukan demi keuntungan individu.

"Janganlah kita menutup atau menyekat kesemua jalan kebaikan yang kita r

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM