"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 14 Jun 2009

Manek Urai jadi ‘anak emas’ BN

ULASAN MR. AKI - Sangat bagus... kasi tunailah apa yang suda rakyat dengar, jangan sampai rakyat kata itu janji pulitik, janji ketika mau itu kuasa .... mr. aki bukan apa, cuma kasi ingat pada karajaan, kasi ingat pada pemimpin, kasi ingat pada yang salalu lupa....kasi ingat yang pura2 lupa...

Jangan sampai pihak pembangkang yang teriak pada karajaan dan pemimpin2 ...oleh itu biarlah mr. aki duluan tariak....lagi pun mr. aki ini ada kehalian UMNO ( No Ahali 0162695x (yang tanda x nanti mr. aki kasi cukup dakat2 pilihan raya d tandik...kajutan untuk untuk YB kamik...) masuk saja UMNO d sabah mr. aki suda masuk...dulu USNO. nah..kanal suda kamu kan siapa mr. aki ... ? ) jangan main2 mr. aki punya keahalian TULIN...inda main kopi2. kalau bukan ahali dan sayangkan ini UMNO minta maap mr. aki buat taguran ...

biar mampus dan rata d karajakan, mr. aki cakap ini macam pasal ada pemimpin2 d sabah cakap saja pandai '' Rakyat d kasi duluan '' indada tambirang saja ....Kamu tingoklah d kota marudu dan tandik... !!!



http://www.sinarharian.com.my

SHAH ALAM – Kerajaan Pusat akan menjadikan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai ‘anak emas’ atau ‘DUN angkat’ sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil DUN tersebut 14 Julai ini.

Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan berkata, seluruh pemimpin BN akan berpusat di kawasan Manek Urai bagi memastikan kemenangan sekaligus membawa perubahan kepada rakyat kawasan tersebut.

“Pastinya tumpuan seluruh pimpinan BN akan berpusat di Manek Urai jika BN menang di kerusi itu. Malah, kemenangan BN akan bakal membawa perubahan kepada rakyat Manek Urai yang pastinya akan dijadikan seumpama ‘anak emas’ atau DUN angkat BN,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurut Ahmad, beliau yakin pengundi di Manek Urai termasuk penyokong Pas dan pengundi ‘atas pagar’ akan membuat pilihan bijak pada hari pembuangan undi nanti.

“Rakyat Manek Urai akan mengambil kira dan menyedari hakikat bahawa segala pembangunan yang ada merupakan jasa dan khidmat budi kerajaan BN menerusi :Lembaga kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain,” katanya.:

Dalam pada itu, kaedah komunikasi atau penera-ngan bersemuka seperti dilakukannya akan diteruskan dalam usaha mendekati kehidupan sebenar rakyat di kawasan tersebut selepas pendekatan terbabit mendapat reaksi positif penduduk tempatan.

“Rata-rata penduduk kampung mengatakan gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan boleh digambarkan melalui program rapat berjumpa rak-yat seperti kita lakukan.

“Baru-baru ini saya bersama-sama dengan 120 penduduk Kampung Budi, Manek Urai menjayakan aktiviti gotong-royong membersihkan jalan dan kubur. Malah saya sendiri telah bersama memotong rumput menggunakan mesin hampir sejam sehingga selesai majlis.

“Pada sebelah malam tadi saya sempat menziarahi 11 buah rumah penduduk yang tua, sakit dan daif di sekitar kawasan peti undi Manjor dan Manek Urai Lama selain meluangkan masa solat berjemaah dan minum di warung di Kampung Karangan,” katanya.

Katanya, jika BN menang di Manek Urai tidak akan membawa sebarang perubahan kepada kerajaan negeri yang masih diterajui oleh Pas.

Kerusi DUN Manek Urai diisytiharkan kosong berkuat kuasa 23 Mei lalu setelah penyandangnya, Ismail Yaacob meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 22 Mei lalu kerana sakit jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala pengundian dijalankan pada 14 Julai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM