"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 24 Jun 2009

Ketua Bahagian UMNO Lain Tidur Ka .. ?

ULASAN MR. AKI- Antara ketua bahagian UMNO sabah yang karap kali keluar akhbar adalah Datuk Sapawi dengan macam2 progrm.. ketua bahagian lain mana ... ? TIDUR KAAA !!! atau inda tahu buat program ... ? atau buat program diam2 inda bagi tahu surat khabar.. bah, oklah baitu... mr. aki keluar masuk juga mencari buluk ketua2 bahagian UMNO sabah tapi berapa ekur saja yang punya buluk.... takut mangkali kana tarajang oleh ahli2 '' kalau takut kana lambung ombak jangan buat rumahlah d pantai ''

Anggota Umno semua peringkat perlu terus dekati rakyat: Sapawi

Lead-9b-23_6
KETAATAN…Sapawi menerima cenderakenangan daripada Ketua Umno Zon Kebajang Abdullah Matrais.
23rd June, 2009-sabah times

BEAUFORT: Anggota parti pada semua peringkat perlu terus mendekati akar umbi dan berusaha untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi.

Ketua Umno Bahagian Sipitang Datuk Sapawi Ahmad berkata kekuatan dan ke-mantapan Umno Sabah harus terus dipertahankan dan dipertingkatkan dengan bekerja keras memenangi hati rakyat.

“Apa yang berlaku pada pilihan raya lalu menyaksikan Umno terus kukuh hanya kekuatan dalam Barisan Nasional tergugat disebabkan kemerosotan sokongan kepada parti-parti komponen,” katanya ketika me-rasmikan mesyuarat cawangan Umno berkelompok Zon Lupak dan Kabajang dekat sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut termasuklah Timbalan Ketua Umno Sipitang Kamarlin Ombi, Pemimpin Kemajuan Rakyat Lumadan merangkap AJK Umno Sipitang Ahmad Mumin, Naib Ketua Pe-muda Matbali Musah, Ketua Puteri Umno Sipitang merangkap Exco Puteri Umno Pusat Maimunah Sidek, Ketua Umno Zon Lupak Mohd Sidi Manan dan Ketua Umno Zon Kebajang Abdullah Matrais.

Sapawi berkata pencapaian itu harus tidak membuat anggota parti pada semua peringkat bersikap sambil lewa.

Sebaliknya sokongan dan kepercayaan rakyat terhadap Umno perlu diperkukuh dan dipertingkatkan, katanya dan menambah apa yang berlaku di Semenanjung harus tidak berlaku di Sabah .

Menurutnya masalah itu perlu diberikan perhatian dan tindakan untuk mengatasinya hendaklah dilakukan.

“Pada masa yang sama kita pastikan akar umbi tidak dipengaruhi oleh dakyah pembangkang…segala isu yang dilemparkan hendaklah diperjelaskan.

“Perkara ini perlu dilakukan dan tidak dibiarkan kerana kita mahu rakyat tidak berada dalam keadaan keliru yang boleh menyebabkan sokongan dan kepercayaan rakyat kepada Umno tergugat,” katanya.

Sapawi yang juga Ketua Penerangan Umno Sabah menasihatkan agar cawangan Umno sentiasanmengemaskini datang keahlian masing-masing.

Katanya pemaskinian ahli itu penting bagi memastikan pentadbiran dan pengurusan cawangan berjalan dengan lancar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM