Datuk rugi RM1 juta dirompak trio penyamun
|
KIRI: Tiga penyamun itu memakai penutup muka ala Zorro semasa menyamun. |
KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk kerugian RM1 juta selepas rumah teres dua tingkat miliknya diceroboh trio penyamun di Jalan Pandan Indah, Ampang dekat sini semalam.
Jurucakap polis berkata, semasa kejadian pada pukul 3.45 pagi, tiga penyamun berusia 30-an dengan memakai topeng ala Zorro telah menceroboh rumah itu melalui pintu depan kaca yang diumpil.
Menurut beliau, ketiga-tiga suspek kemudian masuk ke bilik tidur Datuk dan isterinya menyebabkan pasangan tersebut terjaga.
"Suspek-suspek mengarahkan pasangan itu supaya diam dengan mengacukan parang.
"Pasangan itu kemudian diikat sebelum penyamun itu mengambil seutas jam tangan Rolex, wang tunai dan barang kemas," kata jurucakap polis itu.
Beliau memberitahu, pasangan yang tidak melawan tidak dicederakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...