"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 18 Jun 2009

anifah aman masuk rumah sakit ...


ULASAN MR. AKI- Kalau sakit sikit2 saja... inda payalah wakil2 rakyat jadikan alasan untuk itu ini...banyak lagi rakyat yg sakit tanat wajib d kasi ubat. BAGUSlah macam itu datuk, karaja d utamakan.. lagi pun datuk baru lagi menteri, kasi bukti dulu datuk punya kapakaran d mata dunia...


18 Jun, 2009 00:26 AM

Keracunan Makanan Tidak Halang Anifah Laksana Tugas

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Walaupun mengalami keracunan makanan dan dimasukkan ke hospital, Menteri Luar Datuk Anifah Aman tidak menjadikan masalah kesihatannya itu sebagai halangan untuk menghadiri majlis makan malam rasmi pertamanya Rabu - dengan ketua perwakilan asing di Malaysia.

Anifah, yang masih dirawat di wad, berkata beliau mendapat kebenaran daripada doktornya untuk keluar selama beberapa jam dari hospital bagi menghadiri makan malam yang disifatkannya sebagai penting.

Dengan tangan kanannya masih mempunyai plaster, beliau cuba menunjukkan wajah yang ceria walaupun kelihatan pucat.

"Saya mahu berkongsi sesuatu dengan anda semua Tuan Tuan Yang Terutama. Saya dimasukkan ke hospital kerana keracunan makanan. Tetapi kerana majlis ini penting bagi saya, saya sama sekali tidak akan menundanya," katanya pada majlis yang asalnya dijadual pada April tetapi ditunda atas sebab-sebab tertentu.

Anifah dijangka dibenar keluar dari hospital esok. Beliau bagaimanapun enggan menyatakan nama hospital beliau dirawat.

Terdahulu dalam ucapannya, Anifah berkata dengan kerjasama dan penyelarasan yang baik antara negara, langkah domestik yang berkesan akan membawa kepada kesan positif di peringkat serantau dan antarabangsa.

"Saya berharap untuk meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan negara-negara anda semua dalam usaha mengatasi kesan negatif akibat krisis ekonomi yang dihadapi dunia kini," katanya.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan akan sentiasa berhubung rapat dengan masyarakat perniagaan negara-negara yang mempunyai wakil di Malaysia dalam usaha mencari jalan untuk memudahkan rangkaian pelaburan dan meningkatkan perdagangan.

Anifah juga berkata hubungan antara negara tidak semestinya terhad kepada aktiviti ekonomi sahaja.

"Malaysia mengekalkan hubungan dan kejasama yang baik dengan negara anda semua dalam pelbagai bidang seperti politik, kebudayaan, pertahanan, sains dan teknologi serta pendidikan," katanya.



-- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM