"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 6 Mei 2009

Mr. aki sukung pada CM pasal dia cakap sabah boleh d kasi jadi contoh pasal perpaduan kaum, pasal sabah inda sama d samananjung kalau pasal ini perpaduan.. contoh yang paling katara d sabah yang inda balaku d samananjung adalah... kamik masi buli makan2 dan minum2 d kalangan kawan2 urang2 pas, pkr bukan itu saja macam mr. aki banyak kawan2 urang2 pkr dan pas d sabah dan salalu sama2 makan dan minum, katawa sama2, bincang sama2, buli tidur d rumah mereka dan sabagainya... kamik inda kisah sangat pasal pulitik.. itu masing2 punya pagangan... kawan tatap kawan.

cm kata kita kurangkan banyak cakap tapi kasi kuat karaja untuk rakyat... ini juga bagus, cuma mr. aki masi lagi ragu2 pasal kanyataan cm tersabut pasal bulum barlaku secara jelas dan menjadi amalan d kalangan YB2 kamik... ada lagi YB2 kamik yang pandai saja barcakap tapi buat karaja inda pandai... inda apa kalau inda pandai karaja mau balajar... mau tarima kamik punya cadangan, ini inda...macam dialah paling pintar yang lain budu2 balaka..

pak najib pulak dalam ucapan d padang kota kinabalu baru2 ini dia kata inda paya kasi porotokol sangat ini menteri2, inda paya kasi pukul gong dan kumpang...ini juga bagus, apalah ertinya kapit merah, pukul gong, pukul kompang...bunga kasi sisip d pokit kalau rakyat punya poket baju kosong... kalaparan, mandarita kasakitan...inipun mr. aki bulum nampak barlaku, mangkali tahun dapan baru mereka buat dan amal....yang pasti rakyat mau menteri2 ini sanang d jumpa, sanang d kasi tegur dan d ajar... baru ngam satu hati satu jiwa...



KM: Sabah boleh jadi ‘role model’ konsep 1Malaysia


6th May, 2009 – Sabah Times

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman berkata, adalah sesuai sekali sekiranya Sabah dijadikan sebagai ‘role model’ di bawah konsep dan gagasan 1Malaysia yang ditekankan oleh Perdana Menteri, Da-tuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Ini kerana katanya, di negeri ini, kita dapat menyaksikan rakyat berlainan aga-ma, masyarakat dari pelbagai bangsa boleh hidup sebumbung, bersatu padu tanpa mengira kaum, aman damai dan hidup dengan keharmonian.

“Perlu diingat bahawa rakyat kini bu-kan sahaja ingin menikmati pembangunan yang dilaksanakan kerajaan, tetapi mereka juga hendaklah kehidupan yang selesa, yang penuh dengan nilai kesejahteraan, bersatu padu dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhim-punan Rakyat Bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Padang Merdeka, di sini yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.

Justeru itu, katanya kita harus mengelakkan daripada terus berpolitik dengan berpolemik, kerana kini adalah masanya untuk kita bekerja dan menunaikan tanggungjawab sebagai pemimpin dan kerajaan demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.

Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional(BN) Negeri berkata, untuk me-mastikan kita dapat melakukan perkara tersebut, maka kita perlu sentiasa mengamalkan pendekatan kurangkan bercakap tetapi banyak bekerja.

Dengan ini, katanya, barulah seluruh tenaga, minda dan masa kita dapat di-tumpukan sepenuhnya kepada usaha-usaha membantu, memahami dan seterusnya menyelesaikan masalah rakyat.

Menurutnya, di negeri ini, sama pe-mimpin politik dan penjawat awam, semuanya sedang dan akan terus melipatgandakan usaha bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan yang disalurkan kerajaan khususnya menerusi Rancangan Malaysia Kesembilan RMKe-9, Koridor Pembangunan Sabah (SDC), peruntukan khas RM1 bilion dan peruntukan dalam Pa-kej Rangsangan Ekonomi Pertama dan Kedua.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama padu di semua peringkat, khususnya antara pemimpin dengan penjawat awam, iaitu antara golongan penggubal dengan pelaksana dasar-dasar kerajaan akan terus di-perkukuhkan.

Ini katanya, bagi menjamin kelicinan dan kejayaan pelaksanaan program-program pembangunan yang telah dirangka bagi membela nasib rakyat jelata seluruhnya.

Dalam konteks ini, katanya, semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan, terutamanya jabatan dan agensi pelaksana pembangunan akan sentiasa mempertingkatkan kerjasama dan koordinasi bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian kerajaan di semua peringkat.

Dalam pada itu, katanya, usaha-usaha ke arah penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan akan terus dipertingkatkan .

“Justeru itu, kami menyokong penuh pelaksanaan mekanisme Petunjuk Utama Prestasi (KPI) bagi mengukur pencapaian prestasi perkhidmatan awam dan pembangunan kepada rakyat,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM