"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 21 Mei 2009

mana urang kaya2 ...

gambar mualaf kota marudu. sumber suara mualaf sabah.
Alhamdulillah gawat2 pun masi ada manusia berhati mulia buat masjid.. sikap ini harus d puji, Allah pun suka karaja macam ini, seoal yang berkaitan dengannya...biar Allah bagi bintang. kita manusia inda layak bagi bintang.. kalau macam ini sikap urang kaya2 d malaysia terhadap karja2 islam mr. aki rasa permasalahan umat islam yang inda d ambil perhatian oleh barkaitan.. pasti akan terbangun... kawan mr. aki ' suara mualaf sabah ' contohnya pihak2 berkaitan d sabah inda berapa mangambil tindakan perkara yang d bangkitkan oleh ( SMS )
http://nazri-suaramualaf.blogspot.com/ kamu masuk ini buluk baru kamu tau.. perkara yang barkaitan mr. aki cakap, para mualaf wajib para dermawan bantu mereka ini..kalau balik2 pulitik saja talinga kita kambang kempis mendengarnya, namun d dapan mata kita inda kita bantu... apa p erti perjuangan kita d sisi Allah ? kali ini mr. aki cabar para urang2 kaya agar pigi lihat kadaan para mualaf d sabah... kemudian pikirkan barapa banyak kamu mau bantu, macam datuk siti atau d sabaliknya ?
Kalau ada menteri.. kita main kajar2 , main tinggi2 kita buat sumbangan, d depan urang.... masuk surat kabarrr lagi. kanapa inda tapuk2 buat sumbangan untuk agama islam...


Siti Nurhaliza, suami sumbang RM1.5 juta bina masjid


SUNGAI PETANI 20 Mei - Penyanyi popular, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa bersetuju memberi sumbangan peribadi sebanyak RM1.5 juta bagi membiayai pembinaan sebuah masjid baru di Tikam Batu di sini.
Pembinaan Masjid Permatang Pasir, Tikam Batu itu akan dimulakan Julai ini dan dijangka siap sepenuhnya Julai tahun depan.
Siti Nurhaliza dan suami serta ibu mertuanya, Siti Zainab Hanafi yang mewakafkan tanah untuk tujuan tersebut hari ini menghadiri majlis taklimat ringkas berhubung pembinaan masjid itu.
Hadir sama Mufti Kedah, Datuk Sheikh Hasbullah Sheikh Abdul Halim, Pegawai Agama Kuala Muda, Sheikh Yusoff Abdul Majid, imam masjid berkenaan, Mahmud Rejab dan ahli jawatankuasa masjid berkenaan.
Khalid ketika ditemui selepas majlis itu berkata, beliau dan Siti Nurhaliza gembira kerana hasrat untuk membina masjid berkenaan akhirnya dimakbulkan Allah SWT.
''Masjid tersebut yang dapat menampung lebih 1,000 jemaah berbanding kira-kira 800 orang sebelum ini turut dilengkapi kemudahan lain bagi memudahkan penduduk terbabit menunaikan solat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Katanya, masjid baru itu dibina bagi keselesaan jemaah berikutan masjid sedia ada semakin uzur malah memerlukan kos pembaikan yang tinggi.
Sebelum ini pembiayaan bagi membaiki masjid berkenaan turut disumbangkan oleh Khalid dan isteri.
Bagaimanapun Khalid berkata, beliau tidak menghalang pihak lain untuk turut menyumbang pembinaan masjid tersebut.
Sementara itu Siti Nurhaliza berkata, beliau gembira dengan niat ikhlas suaminya untuk membina sebuah masjid bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk kampung berkenaan.
Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana impian untuk membuat kebajikan bersama suami sejak dulu lagi sudah tertunai dan akan terus menjadi amalan keluarganya.
"Siti harap kebajikan seperti ini dapat diteruskan bersama-sama suami dan ahli keluarga lain pada masa akan datang," ujarnya.
Khalid sebelum ini pernah menyumbangkan dana untuk membina sebuah masjid di Kuala Lumpur dan Pattani di Thailand.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM