"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 30 Mei 2009

Inikah Muka2 Pejuang ?


Kamu urang tingok muka2 duirang inda malu kan ? adakah d antara mereka ini bakal HERO d kota marudu atau paling kecil pun HERO Tandek atau HERO kampung2.. pada mr. aki mustahil indada d antara mereka ini jadi Pang Lima, cuma saja inda baraniiii...masuk d galangang kemudian tariak '' akulahhhhh HERO diabilang '' kalau ada awal2 urang kampung cakap 'GILA BABI' tapi sabanarnya ada masa kalau mau jadi pejuang angkat diri dia sendiri dulu ...supaya urang nampak sisik/taling dia, ini cara urang kampung nilai...kalau urang bandar lain pulak bah caranya..Pen ada, utak ada ..ciptalah sesuatu yg luar biasa, supaya taling/taji kanampakan..baru urang angkat tangannnnn... KOU MR. AKI INDADA GAYA JADI HERO ATAU PEMIMPIN.. bikin sibuk saja gambar kou di sanaaaa....


Inipun gambar urang kota marudu..biar pindik2 tagap tapi ada utak tarap DUNIA, cuma mereka ini inda beraniiiii.. kalau ada yang berani pun inda dapat sukungan, budu butul ini pengundiiii.. inda nampak permata dan kaca.. tahi dan minyak wangi.. antam kamulah urang tandik, urang kota marudu...yang hidung kamu d tarik2 sampai kambang, inda juga malawan....



mr. aki punya pikiran.. dunia perjuangan ini hanya urang yang berjuang layak kasi carita erti perjuangan butul2, derita perjuangan, maki hamun perjuangan, sanjungan perjuangan, kemiskinan perjuangan, sakit demam perjuangan... tapi kalau hanya kita baca karangan urang, baca sejarah perjuangan urang ..itu baru ilmu bacaan... tapi kalau mahu jadi pejuang terjunlah di dunia ini, bercakaplah di dunia ini, duduk dan makanlah d dunia ini... dunia perjuangan ini luas. Masuk d dunia perjuangan ini bukan parasyaratnya kou ada sijil tingi2 , indada guna sijil tingi2 kalau panakut dalam perjuangan inda mahu urang ini...yg d mahunya ada sijil tapi berani...

Kalau SUKARNO minta 10 pemuda untuk sama2 berjuang, Mr. aki minta 5 urang saja untuk tumbangkan KOTA MARUDU dan TANDIK ... tapi d mana mereka ?



http://geomotivator.blogspot.com/
1. Ibu-ibu, bapa-bapa, abang-abang, kakak-kakak, adik-adik, saudara saudari yang saya hargai sekalian... hari ini mari bersama saya berbincang soal perjuangan. Ya, saya akui bukan mudah mengupasnya. Hanya seorang pejuang sejati yang layak membelah dan mengeluarkan intipati tajuk ini. Siapa pejuang yang sejati itu? Mereka adalah yang berjuang menegakkan yang hak dan meruntuhkan yang batil hanyasanya kerana Penciptanya, serta telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi perjuangan. Sogokan kemewahan, kekangan, cacian, ugutan, penjara, kesempitan, kesakitan dan ancaman terhadap nyawanya dan keluarganya. Ternyata mereka berjaya melepasi semua itu. Merekalah pejuang sejati.

2. Dan, saya bukan orangnya. Malahan, saya tidak tahu bahawa saya ini layak atau tidak digelar pejuang. Apatah lagi pejuang sejati. Bagaimanapun, atas sebab rasa tanggungjawab sebagai sesama insan, rasanya tidak salah kita saling bertukar-tukar fikiran. Baik... setelah didedahkan senarai Permata Bangsa di dalam blog Suara Anak Marudu (SAM) baru kita menyedari bahawa kita tidak ketandusan orang-orang berkebolehan yang boleh disandarkan harapan soal masa depan bangsa dan rakyat khususnya di kawasan Kota Marudu. Kalau Presiden Soekarno perlukan hanya 10 orang pemuda dan beliau kata akan goncangkan dunia, kita ada lebih daripada itu. Tapi soalnya sekarang, kita tidak butuhkan kuantiti. Yang kita dambakan adalah kualiti. Dan, kita mahu mencari seorang Soekarno untuk memimpin permata-permata berkualiti ini agar bisa digoncang Tandek, Kota Marudu dan bahkan Malaysia!

3. Saudara perasan bukan, permata-permata yang disenaraikan bangun dan menyuarakan isi hati mereka. Walaupun bukan semua. Sehinggakan blog tersebut bingit seketika dengan pekikan-pekikan batin mereka. Malah tidak kurang juga yang memulakan langkah pertama mereka dengan membuat blog peribadi sebagai medan pemufakatan bersama dengan permata-permata lain. Lahirnya percikan idea perjuangan dari pelbagai dimensi dan harapan. Mereka merasakan diri mereka dihargai dan diperlukan. Dan, mereka telah mula bangun dan betul-betul sedar bahawa sebenarnya diri mereka itu adalah permata. Bukan kaca atau serpihan batu di jalanan.

4. Namun, di celah-celah jeritan itu kedengaran luahan halus beberapa permata yang lain. Mereka berkata, mereka perlu berjuang untuk diri mereka dan keluarga mereka terlebih dahulu. Mendapatkan kerjaya yang baik. Dan, barangkali juga kalau boleh selain ada pekerjaan perlu juga ada kereta besar, rumah besar dan semuanya yang besar-besar. Atau dalam istilah yang lebih mudah, biarlah kita tunggu kehidupan kita senang baru kita ingin memulakan langkah perjuangan membela bangsa dan rakyat. Saudara, saya ingin tegaskan di sini bahawa luahan-luahan seperti ini sebenarnya bukan mereka sahaja yang alami. Saya percaya, sebahagian besar golongan muda punya isu yang sama. Dilema yang sama juga melanda segelintir manusia yang tidak sedar bahawa diri mereka semakin senja. Sebenarnya mereka tidak salah sedikitpun kerana memberikan luahan seperti itu. Luahan itu merupakan isyarat bahawa jiwa mereka perlu difahami dan diri mereka perlu didampingi. Persoalannya sekarang, betulkah premis mereka ini bahawa `tunggu kaya baru mau berjuang`?

5. Ini persoalan yang bagi saya sukar dirungkaikan. Tapi secara peribadi saya ingin katakan bahawa memburu harta dan menjadikan material itu sebagai pengukur kelayakan seseorang untuk terjun dalam perjuangan adalah tidak tepat. Sebaliknya jika kita memburu ilmu dan menjadikan gabungan ilmu, pengalaman dan kemahiran kita untuk bekal sebagai pejuang dalam semua sudut kehidupan, itu tepat. Tapi, ia perlu berjalan seiring dengan perjuangan membela nasib bangsa dan rakyat. Mesti seiring. Semasa saya menjadi Pemimpin Mahasiswa dulu, saya diajar supaya menjadikan perjuangan kemahasiswaan itu No. 1 dan akademik BUKAN No. 2.

6. Maknanya apa? Maknanya ia kena seiring. Sama-sama penting. Kalau tidak seiring, kita risau akar perjuangan itu akan tercabut dari hati kita. Kita risau umur kita tidak panjang lalu semua hasrat kita untuk membawa perubahan terkubur bersama-sama dengan jasad kita. Kita risau kita akan lalai dengan kemewahan lantas malas dan takut untuk berjuang. Kita risau ada golongan yang tidak bertanggungjawab atau tidak cekap memimpin kita lalu deritalah rakyat dan hancurlah bangsa. Kita risau Ph.D tidak dapat, harta entah ke mana. Lalu, bangsa dan rakyat di tempat kita kekal macam begitu juga. Malah mungkin semangkin bobrok. Pada masa itu menangis air mata darah sekalipun tidak ada gunanya lagi... Ya, saya pun mengakui bahawa harta itu penting. Tapi harus diingat ia bukan syarat dan matlamat dalam dunia perjuangan.

7. Kita lihatlah sendiri pemimpin-pemimpin yang hebat di dunia. Tiada pemimpin di dunia sehebat Utusan-UtusanNya. Cuba lihat kehidupan mereka. Sederhana kan... Cara hidup Utusan-Utusan inilah yang Tuhan perintahkan kita mengikutinya. Lihat saja kehidupan Khalifah Umar al-Khattab yang cucunya (Khalifah Umar Abdul Aziz) menjadi kebanggaan dan idola Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang. Bajunya bertampal-tampal. Makanannya roti kering berminyakkan minyak jelanta. Rumahnya amat sederhana. Tapi, pemimpin yang mungkin kita pandang sebelah mata ini telah menguasai sebahagian besar dunia dan disenaraikan sebagai manusia ke-4 paling berpengaruh di dunia oleh penulis Barat.

8. Jadi, permata-permata sekalian... Ayuhlah bangkit dari kealpaan kita yang panjang demi masa depan bangsa dan rakyat khususnya di tempat kita sendiri. Di tempat-tempat lain tidak perlulah kita menyibukkan diri. Di sana sudah ada pejuang-pejuang yang gagah perkasa membela bangsa dan rakyat mereka. Langkah pertama, kenali kekuatan diri kita dahulu. Selepas itu baru kita akan tahu di aspek mana kita boleh menyumbang. Yang mahir menulis, menulislah. Yang mahir seni, bersenilah. Yang mahir bertani, bertanilah. Yang mahir berniaga, berniagallah. Yang mahir berpidato, berpidatolah. Yang mahir mengajar, mengajarlah. Dan, yang mahir memimpin, memimpinlah.

9. Tidak boleh semua berada di saf hadapan. Bermaksud, berjuanglah mengikut kemahiran dan kekuatan kita masing-masing. Umpama seekor burung helang. Ada kepala, sayap, badan, kaki dan kukunya. Kalau semua kemaruk mahu menjadi kepala, burung itu bukan sahaja tidak boleh terbang tapi akan mati. Setiap kita ada peranan tersendiri. Yang penting lagu dan irama kita sama. Berpadu menuju destinasi yang satu. Dengan tekad kuat di hati, memperjuangkan nasib bangsa dan rakyat Kota Maru

6 ulasan:

  1. ades... aki, pedas juga. apapun, tahniah atas teguran. mudah2an semua kita ambil tindakan. 5 orang sajakah? hebat... ini barulah! teruskan..

    BalasPadam
  2. Macam sia nampak itu bayang2 hero km dalam gambar yang kedua itu tau.Kalau sia tidak silap itu gambar saudara kembar si Mr Aki itu.Paling ngam lah dia itu jadi hero sebab banyak sudah dia punya pengalaman memperjuangkan hak-hak orang mualaf dan lain-lain.Sia sukung panuh kau bos.

    BalasPadam
  3. umar al-longobi
    mana ada lada inda padas..semua lada padas, mr.aki makan kalau indada lada inda masuk itu nasi c odu kasi idang...lada lada mr.aki iklas

    BalasPadam
  4. Kyro..kalau ko turun d km lain x jangan lupa jumpa mr.aki aaaaaa...keturunan mr. aki ini banyak d sabah bah, jangan2 kyro ini keturunan mr. aki yg ke 2 heheh bgtu juga umar al-longobi

    BalasPadam
  5. ya... sy pun setuju. itu urang yg sdr. kyro cakap tu amat sesuai dikedepankan. sekurang2nya sbg SENATOR utk mualap. kalau dia ni naik, sy percaya dia tidak akan lupa org2 miskin. bah, pembulaiyo keno gimbaran Tumundanu al-dusuni! :-)

    BalasPadam
  6. bagus juga banyak makan lada opodos, supaya mempercepatkan pencernaan dalam perut...

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM