"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 17 Mei 2009

Balik2 muka kou saja...

Dr. max balik2 suda mr. aki kasi pos muka kou inda juga beruba ini kawasan kou...

Pitas satu masa dulu inda terkanal d malaysia tapi bila pak lah buat lawatan satu masa dulu, pitas kini suda d kenali d malaysia, apa lagi turunnya peruntukan RM 100 juta oleh kerajaan persekutuan untuk kasi bangun kehidupan rakyat..bertama terkanallah lagi pitas.. Alhamdulillah. Kalau dulu terkanal juga ini pitas d kalangan pemburu payau / rusa liar.. apa indanya ada d antara pemburu masa itu.. dalam masa 1 malam dapat 3 atau 4 ekor payau zaman 80an dulu, itupun hanya isi yang d ambil..itulah pitas ketika itu, bagi pemburu2 suda tentu selapas ini indadalah tempat mereka berburu...tinggal kasi gantung sagala tanduk payau d dinding rumah sabagai kanangan.. apabila hutan tebal bertukar hutan getah nanti.



Namun mr. aki cemburu dengan urang2 pitas yang mendapat nikmat.. pasal pitas dan tandik bukan jahu jaraknya, tapi kamik d kasi lumpat2 oleh peruntukan yang basar ini.. sadangkan tampat mr. aki merupakan daerah paling miskin d malaysia.. tapi mr. aki paham jugalah ini kepintaraan pemimpin setampat.. berbanding d tampat kamik. Bah Dr. Max apa lagi lawanlah pitas...kasi bawa peruntukan untuk rakyat.





PITAS TERIMA RM100 JUTA UNTUK BUKA LADANG GETAH
17th May, 2009 - Sabah Times


PITAS: Sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan oleh Krajaan Prsekutuan bagi tujuan pembukaan ladang getah manakala RM120 juta lagi bagi pembinaan 1,700 buah rumah kos rendah dan kemudahan asas di daerah tersebut.
Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, usaha-usaha pembangunan yang dibawa oleh kerajaan jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana daerah di negeri ini daripada menikmati arus pembangunan semasa.
Menurut beliau, kerajaan benar-benar komited untuk membawa pembangunan yang lebih menyeluruh di daerah Pitas dengan memberikan fokus terhadap usaha-usaha membasmi kemiskinan serta meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.
“Bagi mencapai matlamat ini, daerah Pitas telah dipilih sebagai program pembangunan agropolitan dengan program mega yang bersifat holistik yang memberi fokus terhadap program peningkatan ekonomi seperti tanaman getah dan akuakultur.’
“Saya yakin dan percaya bahawa semua usaha ini tidak akan berjaya jika rakyat sendiri tidak memberi sokongan, kerjasama atau melibatkan diri bagi menjayakan program pembangunan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmi Pesta Bengkoka 2009 di Dataran Bengkoka, dekat sini kelmarin.
Pesta tahunan bagi suku kaum Rungus yang merupakan etnik majoriti di daerah Pitas itu dihadiri kira-kira 10,000 pengunjung termasuk pelancong asing.
Hadir sama, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Skitar merangkap Penaung Pesta Bengkoka 2009, Bolkiah Haji Ismail.
Musa berkata, daerah Pitas merupakan di ntara daerah yang menerima peruntukan paling besar di bawah Pakej Rnsangan Ekonomi dan peruntukan khas kerajaan yang berjumlah RM1 bilion.
Ktanya, pada tahun ini sebanyak lima buah jalan utama serta projek bekalan air di daerah tersebut telah diluluskan dengan kos mencecah hampir RM40 juta.
Beliau berkata, inilah komitmen sebenar krajaan Barisan Nasional yang ingin memastikan kepentingan rakyat di seluruh negeri terus mendapat pembelaan.
Pada majlis itu beliau turut mengumumkan bahawa Kabinet negeri telah meluluskan pewujudan Majlis Daerah Pitas.
“Dengan adanya majlis daerah ini diharap daerah Pitas akan dapat ditadbir dengan lebih berkesan serta berupaya memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat di kawasan ini,’ katanya, Beliau berharap agar kakitangan majlis daerah akan sentiasa meningkatkan sistem penyampaian yang baik dan berkualiti.
Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Banggi, Maijul Unaini serta Pegawai Daerah Pitas merangkap pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Bengkoka 2009, Sapdin Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM