"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 19 April 2009

RAKYAT TIDAK TOLAK BN: NAJIB

DR. Max ini indada guna dia punya Dr pasal inda pandai mengubat panyakit pangundi, kota marudu kampunan erti kemajuan dan pambangunan. Nama saja menteri penuh, tapi pokit2 rakyat kosong daripada kamajuan...inda tau d mana utak dia simpan, sapatutnya dia ada kuasa... kanapa inda mati2an minta peruntukan kasi maju ini kota marudu ? kalau takut kamik rakyat ada d balakang bah... pangal demi pangal ini kota marudu serupa juga macam dulu.... tampat2 lain suda maju, bikin panassssss .... tapi bila kamik cakap pasal max... ada urang2 dia yang bacakap kasi inda butul cakap kamik...Dayus butul pada bangsa sendiri, daerah sendiri, kampung dia sendiri.. macam buta itu mata dia. Kanapa inda cakap kebanarannya ? takut ilang jawatan kan ?


Butul apa yang d cakap oleh Pak Najib. UMNO bukan d tolak oleh rakyat, yang rakyat tolak adalah pemimpin satampat yang lupa rakyat, kumpul arata untuk keluarga, inda tingok kawasaan. Dan kalau pigi tingok pun main pili2 tampat... pili kasi, kurang asam butul... ini yang rakyat inda suka, bikin sakit ati.. Mr. aki buli kasi bukti bahawa rakyat cukup sayang ini UMNO... d sabah palui2 macam mana pun kamik punya YB pun kamik kasi manang juga...tapi inda taulah masa akan datang... ada lagi kasian2 atau tandang2an, air mata mr.aki banyak kali keluar bila pikir hal pati dan pemimpin yang lupa rakyat.

Jadi pada mr. aki memang layak mana2 YB2 sama ada daripada BN atau Pakatan Rakyat yang buruk parangai latak jawatan, kalau kata bikin abis wang pasal balik2 pilihan raya... kamu urang pamimpin diam2 saja lagi bagussss... duit rakyat bah itu, dan itulah rakyat mau....bikin puas ati rakyat. Kalau inda mau balik2 pilihan raya... kamu karajalah bagu2.
Mr. aki





19th April, 2009- Sabah Times


PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati mereka dan bukannya menolak Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, oleh itu pemimpin BN perlu bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Perdana Menteri berkata, sekalipun berlaku tsunami politik semasa pilihan raya umum 2008, namun kejayaan beliau mendapat majoriti besar di Parlimen Pekan iaitu 26,464 undi, majoriti yang dilihat menongkah arus pada pilihan raya umum lepas itu, membuktikan rakyat senang dengan pemimpin yang selalu mendekati mereka.

“Maknanya rakyat tidak tolak BN tapi hanya menolak pemimpin yang tidak dekat di hati rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan meraikan perdana menteri peringkat Parli-men Pekan di sini kelmarin sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Najib berkata, pemimpin BN kini perlu mencontohi pemimpin terdahulu yang sentiasa ber-sama rakyat dan mengutamakan kepentingan rakyat.

“Ayahanda saya, Tun Abdul Razak (perdana menteri kedua), sanggup menyingsing seluar, rabat (panjat) tangga untuk melawat rakyat, jadi zaman sekarang ini, wakil rakyat tak perlulah “berbush jacket” lagi, gunakanlah pendekatan yang dekat di hati rakyat, abdikanlah diri kepada rakyat,” katanya.

Pada sidang media di kediamannya selepas itu, Najib berkata, konsep abdikan diri itu ialah para pemimpin perlulah sentiasa melaksanakan gerak kerja yang mengutamakan rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat tanpa menunggu menjelangnya pilihan raya.

“Kita mesti mendampingi rakyat dan meng-utamakan rakyat dalam gerak kerja kita sebagai wakli rakyat Parlimen atau negeri, ada jawatan atau tidak dalam kerajaan, kalau kita berbuat demikian kita bukan sahaja mendekatkan hubungan dengan rakyat tapi dapat tahu masalah rakyat dan dapat meleraikan kekusutan yang dihadapi rakyat tanpa perlu menunggu pilihan raya, buat kerja tanpa menunggu (adanya) pilihan raya,” kata Najib.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis sambutan itu, Najib melahirkan rasa terharu dengan sambutan lebih 15,000 warga Pekan yang menyambut kepulangan pertamanya selepas dilantik sebagai Perdana Menteri.

Najib berkata sepanduk parti PAS yang turut mengalu-alukan pelantikkannya sebagai Perdana Menteri yang dipasang di persimpangan Tanah Putih menghala ke bandar Pekan turut menyentuh hatinya.

“Saya tahu orang Pekan tetap sokong saya, cuma adalah sekali mereka ‘menegur’ saya pada 1999 (pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau hanya menang dengan 241 undi majoriti),” katanya.

Dalam ucapannya itu Najib turut menyorot kembali pembabitannya dalam arena politik sejak 33 tahun lepas apabila mula-mula bertanding (menang tanpa bertanding) pada pilihan raya kecil Parlimen Pekan pada 1976.

“Mungkin Tuhan gerakkan hati saya, biarlah saya tawar diri bertanding, seolah-olah dicampak ke kolam air yang dalam, tapi berbekalkan keya-kinan, saya iltizam untuk buat yang terbaik,” katanya.

Najib juga sempat berseloroh kerana ‘orang Pekan’ sekalipun sudah 33 tahun bersalaman dengan beliau, tapi kepulangannya kali ini mereka dilihat benar-benar mahu “bersalaman” dengannya.

“Dah 33 tahun bersalaman dengan saya, tapi kata mereka, salam kali ini lain macam sikit,” katanya.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

1 ulasan:

  1. SYARAT MENJADI WAKIL RAKYAT PKR
    (selepas perletakan jawatan oleh Fairus)


    1. Kalau perempuan, syaratnya sertakan gambar BOGEL dengan dua kaki terkangkang.

    Kalau lelaki, syaratnya GAGAP. Gambar tidak diperlukan bagi lelaki.


    2. Tak bersunat tak apa, janji pandai putar belit al-Quran.


    3. Pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Boleh berceramah di Gereja, Masjid dan Kuil -asalkan pakar mengutuk BN dan kerajaan Malaysia.

    4. Penjenayah dan bekas banduan diutamakan.

    Keturunan dari pembunuh dan perogol dipertimbangkan.


    5. Memiliki SPM dan lesen memandu lori.


    6. Tahu kelentong bos. Khusus dan latihan diberikan selepas pengesahan jawatan selama setahun seperti Fairus.


    7. Pintar - dalam pembahagian tanah dan projek untuk kaum kerabat. Lulusan dalam bidang ekonomi dipertimbangkan terutamanya major dalam sains rumahtangga.


    8. Memiliki sifat penderhaka dan tidak suka kesultanan Melayu.

    Exam khas akan diberikan terutamanya mengenai persoalan bagaimana hendak menjadikan Malaysia sebuah negara Republikan.


    9. Berpengalaman dalam menyentuh buntut bagi lelaki, atau pernah memegang anu lelaki bagi perempuan.

    Bekas peliwat yang berpengalaman amat dialukan. Kaki raba dipertimbangkan.


    10. Pernah pergi UMRAH bersama-sama dengan Nik Aziz atau tidak, ia Bukan keutamaan tetapi akan dipertimbangkan.


    SESIAPA YANG BERMINAT DAN MEMILIKI KELAYAKAN DI ATAS, SILA DAFTARKAN DIRI SECEPAT MUNGKIN DI MANA-MANA BAHAGIAN PKR MALAYSIA.


    CALON INI DIKHASKAN KEPADA PKR. YANG TIDAK MEMPUNYAI PENGALAMAN MELIWAT, PERNAH BERKHALWAT PUN AKAN DIBERI PERTIMBANGAN.

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM