"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 3 April 2009

Rakyat Mau Tingok ?

PESANAN MR. AKI

  • Suru bini ko tutup aurat.
  • Sembahyang taubat banyak2.
  • Jaga solat 5 waktu jangan tinggal.
  • Jamaah menteri baru, yang islam kasi suru juga buat taubat.
  • Bini2 menteri yang islam suru tutup aurat.
  • Belajar jadi imam
  • Belajar baca al-quran, kalau belum tahu.
Cukup dulu 7 perkara Mr. Aki suru buat pada Pak Najib dan kasi turun ini pesanan pada menteri2 baru, Mr. Aki doakan semoga Agama Islam terus d utamakan, Negara selamat daripada segala kejahatan. Penduduknya aman makmur.


Najib angkat sumpah Perdana Menteri ke enam

03/04/2009 10:36am

KUALA LUMPUR 3 April — Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. - Bernama

1 ulasan:

  1. aki,

    sia sotuju juga tu yg 7 perkara. bagus! kalau org bukit tau, mustahil juga bah org yg tinggal di lumpur tidak tau perkara basic mcmni..

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM