"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 15 April 2009

JKKK


Pairin

Tiwas, tasir... siapa suru lantik pengerusi JKKK yang inda pandai bakaraja..? ( budu ) d jadikan ketua.. pandai sangat mengalakan menteri pun inda buli juga pasal ada d sabala kampung mr.aki diapunya pengerusi jkkkk bukan alang2 pandai sampai menginjak-injak kapala urang kampung... tambirang bukan alang2 ... yang kita mau biar budu yang mau belajar, biar yang pandai kasi tunduk2 itu kapala macam padi mangkin berisi makin menunduk... baru salamat, baru d sayang rakyat, baru kakal itu jawatan... silap2 sampai mati itu jawatan.. nama menjadi harum macam minyak wangi, tapi kalau masi idup itu nama macam tahi kerabau apa guna ? OK.. lah.. cukup sampai d sini dulu mr.aki punya ulasan pasal ini kanyataan Pairin, ada masa d kasi sambung.....



JKKK gagal laksana tanggungjawab ditegur - Utusan Malaysia

TAMBUNAN 14 April - Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah hari ini menegur Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat gagal melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan.

Menterinya, Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, sikap sesetengah JKKK yang tidak mengutamakan tugas tetapi hanya tahu memohon projek daripada kerajaan amat dikesali.

"Banyak JKKK yang tidak menjalankan tugas yang diamanahkan seperti jarang mengadakan mesyuarat untuk menilai prestasi JKKK selain tidak menyimpan rekod, profil dan dokumen penting kampung.

"Rekod atau profil adalah penting kerana ia mengandungi data terperinci seperti jumlah penduduk dan kegiatan ekonomi. Sekarang belum ada satu buku pun disimpan oleh JKKK," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB) Kawasan Tambunan di Tandarason Resort And Club, di sini hari ini.

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, sekiranya keadaan tersebut berlarutan, usaha kerajaan untuk membangun kawasan luar bandar akan terbantut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan itu berkata, lebih mengecewakan apabila kegagalan JKKK melaksanakan tugas diletakkan di bahu pemimpin dan pejabat daerah.

Beliau berharap, JKKK di sini akan mengubah sikap kerana mereka adalah mata dan telinga kerajaan selain ejen penyampai maklumat kepada rakyat.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan bagi menetapkan kelayakan akademik untuk melantik JKKK pada masa akan datang.

Katanya, tumpuan pada masa kini adalah bagi memastikan JKKK memainkan fungsinya dengan sebaik mungkin.

"Apa yang penting buat masa sekarang ialah pihak JKKK dapat membantu kerajaan dalam melaksana program pembangunan dan juga menjelaskan polisi dan dasar kerajaan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya menimbang semula elaun dan keperluan lain JKKK.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM