"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 7 September 2009

Rumah Agnes Newton Keith penghargaan pengarang buku 'Land Below The Wind'

ULASAN MR. AKI - setiap kita urang punya sajarah....cuma inda d tulis, detiap kita karana malas dan inda tahu manulis...atau juga tahu manulis, cuma inda mahu manulis pasal sejarahnya amat kutur, sejarahnya panuh dengan dosa, panuh dengan parangai2 antu...namun kita kasi tapuk macam mana pun dos2 kita tatap ALLAH tahu ..... bulan puasa ini marilah TAUBAT banyak2 ....!!! kasi ubah parangai, kasi bagus solat, kasi bagus itu akal, kasi bagus itu ati.....jangan buruk sangka, jangan d mulut lain d hati lain.............jangan kasi sarung sagala parangai kita dngan kebaikan, tapi rupanya panjahat .


0609-maz_6
KEHADIRAN pelawat ke rumah berkenaan amat menggalakkan.
6th September, 2009-sabah times

Terletak di atas Bukit Jalan Istana tersergam indah di belakang perbandaran Sandakan sebuah rumah kerajaan peninggalan bekas pemerintah kolonial British yang dipanggil ‘Newands’. Rumah ini satu masa dahulu pernah dihuni oleh seorang yang sangat terkenal iaitu Agnes Newton Keith.

Pada tahun 2001, Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti telah memulakan kerja-kerja restorasi terhadap rumah tersebut dan merupakan tanggungjawab yang sangat mencabar sekali. Rumah ini telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 26 April 2004 iaitu sebuah anugerah Sabah kepada pemenang pengarang Amerika dan ini telah menandakan bahawa proses pengisytiharan anugerah itu telah sampai ke mercu kemucaknya.

Sejak dulu lagi beliau dikenali dengan bukunya yang pertama bertajuk Sabah ‘Land Below The Wind’, Agnes Newton Keith tentunya terharu atas anugerah daripada Kerajaan Malaysia ini sebagai memperingati jasanya iaitu membaik pulih dan menghidupkan semula nostalgia rumah bekas kediamannya serta menamakan rumah tersebut sempena dengan namanya iaitu Agnes Newton Keith.

Buku karyanya yang bertajuk ‘Land Below The Wind’ telah membuatnya terkenal pada tahun 1939 dan buku ini juga telah memasyhurkan Sabah sehingga ke hari ini. Buku ini ditulis secara jelas dan penuh jenaka, buku ‘Land Below The Wind’ juga menceritakan mengenai kehidupan terutama di kalangan masyakat tempatan, semasa pemerintahan British.

Selepas itu banyak dua buku lagi menyusul selepas kejayaan hasil karyanya yang pertama iaitu ‘Three Came Home’ pada tahun 1946 dan ‘White Man Returns’ pada tahun 1951. Kedua-dua buku ini telah ditulisnya di rumah yang terletak di kawasan dataran atas bukit di mana kelihatan pemandangan Teluk Sandakan serta lautan Sulu di belakang rumah berkenaan.

Rumah kayu ‘Newlands’ ini telah dibina semula di antara tahun 2946-1947 dan merupakan rumah kerajaan yang pertama diperbuat daripada kayu dibina selepas Perang Dunia Kedua.

Pembinaan dilakukan semula selepas tapak asalnya musnah akibat peperangan. Agnes Newton Keith dan suaminya Henry (Harry) George Keith seorang Konservator Hutan dan anaknya George menetap di rumah ini selepas ia selesai dibina semula. Namun Harry, telahpun berada di Sabah sejak tahun 1925 dan telah berkahwin dengan Agnes pada tahun 1934. Mereka menetap di rumah terletak di atas bukit ini sepertimana yang diungkapkan oleh Agnes bahawa adalah menjadi impiannya untuk menetap di sebuah rumah yang terletak di kemuncak bukit.

Keluarga Keith telah meninggalkan Sabah pada tahun 1952 dan tidak kembali lagi. Rumah ini telah didiami oleh pengganti baru iaitu Konservator Hutan, pegawai perhutanan, pekerja sukarela dari luar negara dan lain-alin lagi. Rumah berkenaan sering kali digelar sebagai ‘Rumah Agens Keith’ oleh para pelawat yang berkunjung ke rumah berkenaan.

Kebanyakan daripada mereka menganggap bahawa rumah ini sudah melambangkan ‘Agnes Newton Keith’ serta mengaitkan keadaan masa lampau. Para penduduk tempatan sehingga kini juga menganggap beliau sebagai ‘duta’ kepada melalui hasil karyanya. Sehingga kini buku tersebut masih lagi dibaca di seluruh pelusuk dunia.

Dalam pada itu, kepada mereka yang belum lagi melawat rumah Agens Keith ada boleh berkunjung ke rumah berkenaan. Masa pembukaannya bermula jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Bayar masuk RM2 seorang kepada pelawat tempatan manakala pelancong asing dikenakan bayaran RM15 seorang.

Sabtu, 5 September 2009

Balalang Padang Pasir

ULASAN MR. AKI - Gadapi ini balalang padang pasir yg d geruni kerana dia inda parna tunduk pada mana2 pemimpin dunia ...sebutlah apa2 saja sinjata parang terkini yang d kaluarkan oleh kilang2 senjata canggi dunia.... semua ada d nagaranya. kekayaan buminya butul2 d gunanya untuk keperluan nagarnya.... butul2 pintar ini balalang. nagara2 yang bergantung minyak pada libia terpakasa tunduk dengan syarat2 yang c balalang ini minta...bukan macam pak arab yang panakut.....!!!

Libya cadang hapus Switzerland


GADDAFI


TRIPOLI – Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menghapuskan Switzerland dan membahagikan kepada negara-negara jiran itu, lapor sebuah akhbar semalam.

Cadangan itu bakal diusul sejurus Libya mengambil alih jawatan Presiden Perhimpunan Agung PBB (UNGA) pada Selasa ini.

Sebelum ini beliau menyuarakan hasrat sama pada Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan (G8) di Itali pada Julai lalu.

Pada persidangan itu, Gaddafi, 67, mendakwa Switzerland sebagai mafia dunia dan bukan sebuah negara.

Katanya: “Ia dibentuk daripada komuniti tiga buah negara dan sepatutnya dikembali kepada Perancis, Jerman dan Itali.”

Beliau turut merujuk Switzerland seperti pengganas kewangan antarabangsa yang sepatutnya dibubar dan dipulangkan kepada tiga buah negara jirannya itu mengikut bahasa pertuturan rasmi yang digunakan penduduk.

Libya dan Switzerland tidak menjalin hubungan yang baik sejak beberapa tahun lalu.

Hubungan bertambah renggang apabila anak lelaki Gaddafi, Hannibal, 35, dan isterinya yang sedang mengandung ditahan di Geneva Julai tahun lalu kerana didakwa menyerang pekerja hotel. – Agensi

Jumaat, 4 September 2009

Minum Kupi ?

ULASAN MR. AKI - nampaknya kupi hitam yang tarkanal ini bukan lagi alang2 ... tua2 pun masi lagi d utak dia yang luar biasa, tapi terpikirka kita kanapa singapur ambil dia ini ? kalau sakadar utak dia mr.aki rasa masi banyak lagi manusia berutak dan pintar2 salain c kupi itam ini bukan ? tapi tantu ada udang d sabalik batu .... ada wayang gambar bakal d tayang yang bikin takut pada asia, YAHUDI adalah pangaranya dan c KUPI ITAM ini adalah palakunnya...yang manjadi sitaringgggggg, mangsanya adalah ASIA dan nagara2 islam.... bila indun dalam kanyataannya bagi tahu dalang bagi latupan bom d indon adalah nagara ARAB.....tiba2 singapur kasi kaluar kanyataan palintakan c KUPI ITAM dalam masa yang sama....ini barmakana pangarahan suda barmula....!!! palakun2 nya suda barada di medan layar...hati2lah kita.




Kofi Annan dilantik profesor Singapura


Kofi Annan


SINGAPURA – Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan dilantik sebagai profesor di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew di sini bermula Februari tahun depan, lapor akhbar The Straits Times semalam.

Pemimpin berusia 71 tahun itu yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung PBB dari 1997 hingga 2007 tersebut akan menduduki kursi Li Ka Shing yang pertama kali diperkenalkan di sekolah itu.

Pengumuman mengenainya dibuat Dekan Kishore Mahbubani kelmarin pada malam gala ulang tahun kelima Sekolah Lee Kuan Yew di bawah Universiti Nasional Singapura (NUS).

Kursi profesor itu mengambil sempena nama manusia terkaya Asia Timur, Li Ka Shing yang mendermakan AS$100 (RM352.8 juta) kepada tabung sekolah itu pada Mac 2007.

Annan dan PBB secara bersama menerima Hadiah Keamanan Nobel pada 2001 kerana berusaha ke arah hak asasi manusia dan penyelesaian konflik global.

– Agensi

Khamis, 3 September 2009

38 tan kunu ?


Ulasan Mr.Aki;

1. kerusakan karapkali jalan2 d sabah dan sarawak karana faktor bumi dan akibat urang2 tamak yang mangunakan jalan...angkat barang labi dari muatannya, bukan lagi 38tan tapi mancapai ratus tan diurang angkat mengunakan luri2 antu yang bagarak pada masa malam.

2. indada kawalan bertarusan oleh pihak2 berkaitan sapanjang jalan2 utama untuk pantau antu2 malam, yang buli d katakan mereka inilah panyumbang utama kerusakan jalan.

3. bukan satakat lori2 yang tapuk2 angkat barang2 barat... ada juga lori2 kayu balak ikut jalan ASPAL ini...ini bikin hairan bah, kata 38tan saja d bulikanangkat barang....ini kayu balak bah, tapi diurang sanang2 saja limpas.

4. kanapa lori2 ini inda d saman abis2an ? atau ada pelembut yang naik itu rori2







Usaha kenalpasti jalan di Sabah dan Sarawak bagi had muatan 53 tan

2nd September, 2009-sabah times


SIBU: Satu kajian akan dijalankan bulan ini bagi mengenal pasti jalan raya di Sabah dan Sarawak yang mampu menampung muatan 53 tan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, berkata usaha itu merupakan langkah bagi memanjangkan had bagi muatan 53 tan bagi lori enam gandar yang kini hanya terpakai di Semenanjung, kepada kedua-dua-dua negeri itu.

Pada masa ini pengusaha lori di Sabah dan Sarawak hanya boleh membawa muatan maksimum 38 tan.

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, Lau berkata kementeriannya akanmenjalankan kajian itu selama lapan bulan.

Apabila selesai, jika berat dengan muatan lebih tinggi dibenarkan, para pengusaha boleh memohon untuk menggunakan had muatan baru itu dengan Bahagian Kejuruteraan Automotif di Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Semasa tempoh kajian, pengusaha lori di kedua-dua negeri itu boleh memohon dengan Ibu pejabat JPJ bagi pengecualian berhubung had muatan sekarang.

Bagaimanapun, sebarang keputusan terhad kepada jalan raya dan barangan tertentu sahaja,” katanya.

Lau berkata buat masa ini had muatan 38 tan masih kekal.

“Tetapi ada perjanjian antara JPJ dan persatuan-persatuan lori di Sabah dan Sarawak bahawa mereka tidak akan mengeluarkan saman ke atas lori yang membawa muatan melebihi 10 peratus daripada had itu.

“Jika mereka membawa muatan melebihi 10 hingga 35 peratus, ia akan mengeluarkan saman kepada mereka tetapi ia boleh dikompaun,” katanya.

Lau mengingatkan mereka yang membawa muatan melebihi 35 peratus daripada 35 tan, mereka akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, beliau meminta pengusaha lori supaya bersabar sementara kajian itu dijalankan.

“Harap bekerjasama dengan JPJ, polis dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.
Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM