"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 3 September 2009

38 tan kunu ?


Ulasan Mr.Aki;

1. kerusakan karapkali jalan2 d sabah dan sarawak karana faktor bumi dan akibat urang2 tamak yang mangunakan jalan...angkat barang labi dari muatannya, bukan lagi 38tan tapi mancapai ratus tan diurang angkat mengunakan luri2 antu yang bagarak pada masa malam.

2. indada kawalan bertarusan oleh pihak2 berkaitan sapanjang jalan2 utama untuk pantau antu2 malam, yang buli d katakan mereka inilah panyumbang utama kerusakan jalan.

3. bukan satakat lori2 yang tapuk2 angkat barang2 barat... ada juga lori2 kayu balak ikut jalan ASPAL ini...ini bikin hairan bah, kata 38tan saja d bulikanangkat barang....ini kayu balak bah, tapi diurang sanang2 saja limpas.

4. kanapa lori2 ini inda d saman abis2an ? atau ada pelembut yang naik itu rori2







Usaha kenalpasti jalan di Sabah dan Sarawak bagi had muatan 53 tan

2nd September, 2009-sabah times


SIBU: Satu kajian akan dijalankan bulan ini bagi mengenal pasti jalan raya di Sabah dan Sarawak yang mampu menampung muatan 53 tan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew, berkata usaha itu merupakan langkah bagi memanjangkan had bagi muatan 53 tan bagi lori enam gandar yang kini hanya terpakai di Semenanjung, kepada kedua-dua-dua negeri itu.

Pada masa ini pengusaha lori di Sabah dan Sarawak hanya boleh membawa muatan maksimum 38 tan.

Dalam satu kenyataan di sini kelmarin, Lau berkata kementeriannya akanmenjalankan kajian itu selama lapan bulan.

Apabila selesai, jika berat dengan muatan lebih tinggi dibenarkan, para pengusaha boleh memohon untuk menggunakan had muatan baru itu dengan Bahagian Kejuruteraan Automotif di Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

“Semasa tempoh kajian, pengusaha lori di kedua-dua negeri itu boleh memohon dengan Ibu pejabat JPJ bagi pengecualian berhubung had muatan sekarang.

Bagaimanapun, sebarang keputusan terhad kepada jalan raya dan barangan tertentu sahaja,” katanya.

Lau berkata buat masa ini had muatan 38 tan masih kekal.

“Tetapi ada perjanjian antara JPJ dan persatuan-persatuan lori di Sabah dan Sarawak bahawa mereka tidak akan mengeluarkan saman ke atas lori yang membawa muatan melebihi 10 peratus daripada had itu.

“Jika mereka membawa muatan melebihi 10 hingga 35 peratus, ia akan mengeluarkan saman kepada mereka tetapi ia boleh dikompaun,” katanya.

Lau mengingatkan mereka yang membawa muatan melebihi 35 peratus daripada 35 tan, mereka akan didakwa di mahkamah. Sementara itu, beliau meminta pengusaha lori supaya bersabar sementara kajian itu dijalankan.

“Harap bekerjasama dengan JPJ, polis dan agensi kerajaan berkaitan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM