"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 4 Jun 2009

Pak Turut Kasi Buang .. ?


Mr. Aki - Baguslah kalau butul2 ahli d bagi peluang untuk bagi pandangan. Dalam pangalaman mr. aki Masyuarat cawangan.. banyak ketua2 cawangan main isi borang2 persidangan saja,untuk d antar ke bahagian.. manakala wakil bahagian pulak hanya sukung saja... ini inda butul dan inda ikut undang2...sampai bila ketua cawangan main isi burang saja....!!! d paringkat bahagian pulak hanya ketua cawangan yang pak turut, penjilat, main anguk kapala dan membuntut ketua saja dapat berucap... yang butul2 punya pikiran besar dan power lugai2 d kasi simpan sana sudut dewan.... ( pintu tertutup untuk mereka ini ) apa ini ?

Kalau UMNO d pimpin oleh PAK ANGGUK DAN PAK TURUT alamat UMNO bagaikan tin kosong yang indada isi....kita mau UMNO ini terisi kepimpinannya dengan macam2 pemikiran dan kepintaran, agar apa saja permasalahan bisa d tangani dengan cermat ...

Ahli boleh beri pandangan

PUTRAJAYA 3 Jun - Lebih 20,400 cawangan UMNO di seluruh negara diberi peluang mengemukakan pandangan berhubung draf pindaan Perlembagaan UMNO yang akan dibentangkan pada Perhimpunan Agung Khas parti pada Oktober ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, langkah tersebut adalah bagi membolehkan semua ahli parti meneliti draf pindaan dan seterusnya memberikan maklum balas mereka.

''Saya difahamkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan UMNO telah menghantar surat kepada semua ketua cawangan.

''Ini bagi membolehkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi memberikan maklum balas ke atas kerangka pindaan yang telah disiapkan itu dan melihat apa bentuk perubahan yang akan dilakukan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian berkelompok Mesyuarat cawangan UMNO Putrajaya di sini malam semalam.

Rangka draf pindaan Perlembagaan UMNO adalah membabitkan rombakan sistem pemilihan jawatan, kuota dan perubahan terhadap Pergerakan Wanita dan Pemuda.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilaporkan berkata, pindaan itu turut mengandungi cadangan sama ada setiap pengerusi badan perhubungan negeri dilantik secara automatik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT).

Perubahan membabitkan kaedah pemilihan parti termasuk isu kuota dibangkitkan oleh para perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2008 pada Mac lalu.

Perhimpunan Agung UMNO 2009 akan berlangsung dari 13 hingga 16 Oktober ini.

Tengku Adnan berkata, pihaknya difahamkan ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan diberikan tempoh selama sebulan untuk memberikan maklum balas mereka.

Beliau memberitahu, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini hanya akan berlangsung selama dua hari bagi memberi laluan kepada proses pindaan perlembagaan parti.

''Selepas perasmian Perhimpunan Agung UMNO oleh Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, kita akan tangguhkan mesyuarat untuk dijadikan Perhimpunan Agung Khas bagi kita membentangkan pindaan itu,'' katanya.

Justeru katanya, pada perhimpunan agung kali ini, hanya usul ucapan Presiden sahaja akan dibahaskan.

''Jadi usul agama, ekonomi dan pendidikan tidak akan dibahaskan,'' katanya.

Mengenai persiapan Barisan Nasional (BN) menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan, beliau berkata, satu lagi pasukan petugas dihantar hari ini bagi menyusul pasukan awal diketuai Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan yang berada di kawasan itu sejak semalam.


D Balakang Jadi Apa ...

' KEPIMPINAN MELALUI TAULDAN, BERSIH CEKAP DAN AMANAH, JAUHI DADAH ' ini antara slogan kerajaan.. dan banyak lagi. yang semua kasi ingat pada rakyat supaya jangan buat dan buat ..( IMAN TAK DAPAT D WARISI, OLEH SEORANG AYAH YANG BERTAKWA - Nazrey Raihan )- Mr. Aki

Jadi tingok2lah anak kita, jadi apa d balakan kita... jadi alim ka, jadi penyamun ka atau jadi2an..!!!


Dadah: Anak ahli politik didakwa


Irfan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu

semalam atas tuduhan memiliki pil kuda dan Eramin 5.


KOTA BHARU - Seorang anak pasangan ahli politik di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pil kuda dan pil Eramin 5.

Irfan Ismail, 27, dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Wakaf Bata di Machang kira-kira pukul 1.30 pagi pada 23 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Mengikut kertas pertuduhan, Irfan dikatakan memiliki 1,050 biji pil kuda anggaran berat 105.6 gram dan pil eramin 5 dengan berat kira-kira 12 gram yang disyaki mengandungi dadah jenis Metaphetamine.

Pil tersebut dijumpai di dalam kereta milik tertuduh di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Machang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Rabu, 3 Jun 2009

Pemburu Hantu


Siapa cakap urang tandik suka parangai mereka ? lihat tulisan urang tandik yang tinggal d jipun.. juga senada dengan suara2 kampung tandik mahukan ketulusan, mahukan keadilan, mahukan perubahan, mahukan pembangunan..tapi jangan TIPU Bin ALBUYUK rakyat suka2... d tandik sikarang kolam2 linta darat samakin menjadi-jadi membiak ..penternakan BELUT pun samakin ramai, TOYOL berani suda mencuri siang2 dan d dapan2 mata..Tapi ingat ada juga kumpulan d tandik sikarang berkarja sabagai' PEMBURU HANTU ' macam di tv astro lengkap dengan peralatan GOS BASTEH , alat perakam yg memancar 24 jam ..




Jangan ko mara sama mr. aki pasal ambil ko punya gambar dan karangan ko ini aaaaa

http://illie-tingkalanon.blogspot.com/

Suda lama tompipiris inda menyengat,bukan inda suka bah tapi rasa kasian sama urang yang disengat itu masi ada..tapi apabila kana kacau juga..terpaksa lah mau kasi tunjuk sikit tu sengat..biarpun sengatan tompipiris inda lah sepedas makan lada kokou . Sia selama ini kalu bulih bersikap berkecuali daripada menimbulkan isu2 mengenai keadaan politik di Tandek,namun kesabaran sia sampai ke label nya.Selama ini juga sia sering mendengar suara2 ketidak puashati terhadap gaya pentadbiran YB N.5 Tandek .Tapi saya cuma mengikuti perkembangan melalui komen2 pada blog kawan2.Kalu bulih sia inda mau ungkit soal politik dalam blog sia ini.Apabila sampai kemuncaknya,sia juga rasa tersinggung mengapa YB harus memerlakukan urang2 Tandek seperti ini?apa dosa2 urang Tandek?..kalu YB mengatakan urang Tandek tidak suka sama YB..suda tentu YB tidak akan berada ditempat sekarang..suda tentu urang2 Tandek tidak akan memilih dan mengangkat seorang wanita yang bernama ANITA BARANTING untuk menjadi YB N.5 Tandek. Sebelum pilihanraya ke-12 pun banyak kita dangar berita,khabar2 angin yang mengatakan calon BN/PBS akan kalah kerana meletakkan seorang wanita sebagai wakil mereka di N.5..namun setelah keputusan diumumkan calon ini masi menang dan menjadi YB.Ertinya rakyat kawasan Tandek masi menyokong calon BN walau siapa saja yang bertanding. Kita tengok sejarah keputusan pilihanraya kawasan N.5 Tandek sejak persempadan semula dilakukan dengan mengabungkan N.5 Tandek dan N.6 Langkon bermula pada pilihanraya pada tahun 1999:
JOE SANTI BERSEKUTU 463 DR MAXIMUS JOHNITY ONGKILI - PBS
SAIBUL BIN SUPU BN 4,412
DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI PBS 5,671

(Incumbent: Saibul Supu - BN) Maj. 673

Ketika ini calon BN mendiang Datuk Saibul Supu telah tewas kepada Dr.Max kerana pada taun tersebut terlalu tebal sentimen2 yang dimainkan oleh PBS dan secara kebetulan rakyat dikawasan Tandek masi lagi fanatik pada PBS.Sentimen kebencian kepada BN masi tebal kerana telah merampas hak PBS dalam pemerintahan negeri Sabah.

Keputusan pilihanraya tahun 2004

N. 05 TANDEK (14,517)
M: 15% C: 4.8% I: 0.4%
B/Sab: 79.1% B/Swk: 0.4% L: 0.3%

1. Datuk Dr. Maximus Ongkili (BN) 5,069
2. Abd. Kahar Abd. Rahman (Keadilan) 592
3. Datuk George Sangking (Bebas) 2,356
4. Ungas Bodok (Bebas) 685
5. Anthony Mandiau (Bebas) 692

Majoriti: 2,713
Undi rosak: 446 Peratus undian: 67.78
Penyandang: Datuk Dr. Maximus Ongkili (PBS)
Majoriti: 1,259 undi


(PBS menyertai BN pada 2000)

Pilihanraya kali ini menyaksikan PBS bertanding atas tiket BN dan Dr.Max masi berjaya mengekalkan kemenangan walaupun mendapat tentangan sengit malah majoriti semakin bertambah berbanding dengan pilihanraya sebelumnya.Ini membuktikan rakyat kawasan Tandek sentiasa peka kepada perkembangan semasa.Rakyat Tandek masih percaya kepada PBS untuk menjadi wakil mereka walaupun seketika PBS sangat benci kepada BN.Penyokong2 fanatik PBS masih sanggup menjilat ludah yang mereka sendiri.Inilah istimewanya PBS.

Dengan harapan agar kawasan Tandek terus menjadi perhatian kerajaan negeri,orang2 Tandek terus memberi sokongan kepada BN/PBS.Kerana dahagakan pembangunan orang2 Tandek memastikan kawasan N.5 terus diperintah dan diwakili oleh BN.

Sejurus pembubaran DUN & Parlimen pada tahun 2008,kawasan Tandek sekali lagi menjadi tumpuan kerana talampau banyak suara2 sumbang dikalangan pembangkang yang kononnya mahu menawan Tandek.Kemahuan Tandek yang mahu diwakili oleh bangsa Kimaragang yang secara kebetulan sebagai bangsa majoriti Tandek tidak di dengar oleh pemimpin atasan PBS dan akhirnya Dr.Max memilih orang kanan beliau iaitu puan Anita Baranting.Dipihak pembangkang pula telah meletakkan calon anak watan tempatan berbangsa kimaragang tetapi silapnya..orang yang dipilih belum mengenali dunia politik dan belum mengetahui selok belok kawasan Tandek.Sia inda payah mengulas pasal calon bebas.Oleh kerana calon pembangkang ini tidak menepati citarasa pengundi2 N.5 maka akhirnya mereka TERPAKSA memberi undi kepada calon BN.

Keputusan pilihanraya tahun 2008

N5 TANDEK
Jumlah Pengundi: 16,538
Peratusan Kaum: B/I: 36.37% B/B/I: 59.06% C: 4.32% L: 0.25%
1. Lasiah Baranting@Anita (BN) (5,598)
2. Andy Villison (Bebas) (1,678)
3. Isang Rawai (Bebas) (112)
4. Masingkan@Shingkan Masampun (Bersekutu) (202)
5. Jurin K K Gunsalam @ Saidina Ali (PKR) (3,361)
Majoriti: 2,237
Jumlah undi: 11,315
Peratus mengundi: 68.42%
Undi rosak: 364
Penyandang: Datuk Dr. Maximus Ongkili (BN)
(Majoriti: 2,713 undi)

Keputusan di atas jelas menunjukan rakyat Tandek memberi sokongan penuh kepada BN dan tidak perlu dipertikaikan lagi kesetiaan kepada parti pemerintah.Rakyat Tandek menyimpan harapan baru kepada YB baru agar memberi tumpuan kepada pembangunan kawasan Tandek..mengharapkan agar YB akan membawa suara2 rakyat Tandek ke persidangan DUN.

Hari ini harapan kita melihat sendiri harapan rakyat Tandek hanya tinggal harapan..YB N.5 seolah olah telah melupakan orang2 Tandek.Jauh sekali mendengar rintihan2 rakyat Tandek.Apabila ada suara protes maka dengan secepat kilat YB akan melebelkan orang itu sebagai penyokong pembangkang.Tidak apa,mungkin YB masih percaya pada pilihanraya akan datang kalu beliau masih dicalonkan masih meraih majoriti 2,713.

Wahai YB N.5 Tandek..sukacita saya memaklumkan..rakyat Tandek sekarang tidak sebodoh seperti yang disangkakan.Kita kana sama2 tunggu dan lihat pilihanraya akan datang..meskipun kami sangup korbankan cinta pada BN tetapi rakyat Tandek terpaksa melakukannya daripada bertuankan seorang YB yang TUNGGUL KAYU!!..biar pihak BN buka mata sedikit..4 tahun di luar BN,rakyat Tandek tidak akan mati kelaparan kerana sebelum ini pun tidak ada bezanya berada dalam BN atau luar BN..semuanya sama.

YB masih ada 3 tahun lagi untuk melanyak rakyat Tandek,sudah tentu dalam masa 3 tahun juga YB masih ada peluang untuk mengaut untung besar..berpuas hati lah ko YB..ko injak2 lah kapala rakyat Tandek..ko kasi budu2 lah rakyat Tandek..kami tidak akan meminta apa2 simpati lagi..kami tidak akan meminta apa2 projek pembangunan..kerana suda jelas kelihatan,ada projek pun YB tidak ikhlas dan akhirnya telah terbukti dengan robohnya projek mega pembinaan bangunan astaka pekan Tandek yang fungsinya tidak diketahui.Untuk apa membina bangunan astaka sedangkan dewan serbaguna Tandek pun tidak ada fungsi..pekan Tandek seperti dilanggar garuda.Teruskan..kamu pajaklah projek2 kerajaan negeri..kamu boleh buat sesuka hati.Apabila tiba masanya..jangan menangis depan rakyat Tandek untuk meminta simpati sokongan dan undi..dan jangan khabarkan kepada pemimpin2 tinggi BN yang rakyat Tandek telah menolak BN..semua yang berlaku ini bukan salah rakyat Tandek..tetapi salah YB sendiri!!!

Selasa, 2 Jun 2009

joseph kurup lupa ?


Balik2 pansiangan saja kou tingok .. jawatan menteri kou itu untuk malaysia, termasuk tampat mr. aki d kota marudu.. paham !!! waktu pak lah d balasa kou punya mulut macam d jahit..


kanyataan joseph kurup ini merupakan ingatan yang bagus..bagi pembuluk yang inda bertangungjawab atas tulisan mereka, namun bagi mereka yang benar2 bercakap BENAR jangan padulikan apa c joseph kurup cakap ini.. teruskan buat lapuran terkini d kawasaan anda..joseph kurup cakap lagi, ada d antara pembuluk ini kakitangan kerajaan, berpendidikan, parna mandapat bantuan karajaan..inda kanang jasa pada karajaan...jasa2 tatap jasa bah joseph kurup inda paya kou cakap macam itu..sikarang saja ini kou cakap macam ini, dulu Tun Dr. M hantam pak lah mulut kou d mana kou simpan aaaaaa ? kalau pasal jasa dan kemudahan karajaan bagi, Tun Dr. M kou kira dia dapat satu ringgit kaaa ...lain x kalau kou mangulas kemunculan buluk tingok kiri kanan dulu, jangan sampai kanyataan pukul diri...mr.aki ini urang bukit tinggal d pandalaman...kalau inda d tulis buat karaja, jangan d kawasaan kou sendiri kou balik2 lawat menteri kou itu untuk malaysia...bukan untuk pansiangan saja, d ingatkan juga pada menteri2 kumpulan pembuluk ini kamu kana jadikan mereka kawan.. jangan d jadikan musuh, jangan d jadikan lawan...!!! kalau barani sangat lagi cuba kou tegur Tun Dr. M sikit ... mr. aki mau tingok ? mr. aki ulang lagi. mana2 YB menteri dan siapa saja kalau inda mau d tulis...Buat karajaaa mr. aki sayang ini nagara, sayang ini sabah, sayang ini pemimpin...


Kurup bidas penulis blog burukkan kerajaan

KENINGAU 1 Jun - Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup membidas penulis blog yang masih menggunakan blog mereka sebagai medan untuk menanam bibit-bibit kebencian terhadap kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah berkata apa yang menyedihkan ialah ada di kalangan penulis dan pengendali blog yang berpelajaran dan pernah menikmati bantuan kerajaan termasuk biasiswa.

"Misalnya, terdapat blog di pedalaman yang menuduh kerajaan tidak memberi pembangunan kepada rakyat, tetapi pada masa yang sama bloger tersebut menggunakan kemudahan serta infrastuktur yang disediakan oleh kerajaan.

"Malahan ada kalangan mereka yang berkhidmat dengan kerajaan. Golongan ini adalah golongan yang tidak tahu mengenang budi. Niat mereka hanyalah menanam sifat permusuhan dan kebencian terhadap kerajaan," katanya di sini hari ini.

Kurup berrkata blog seharusnya digunakan untuk melahirkan bangsa yang lebih berkualiti melalui penulisan yang membina.

"Penulis blog perlu bertanggungjawab dalam penulisan mereka dan bukan sekadar menghentam kerajaan yang berjasa kepada mereka atau bertindak berat sebelah.

"Sebenarnya kerajaan negeri dan persekutuan telah banyak membawa pembangunan di kawasan pedalaman termasuk di Keningau. Kenapa pula penulis blog tidak boleh menonjolkan berita yang positif kepada pembaca," katanya.

Oleh itu, Kurup yang juga Anggota Parlimen Pensiangan meminta para bloger supaya menggunakan kemahiran mereka untuk tujuan yang baik termasuk menganjak paradigma di kalangan pembaca mereka.

Beliau berharap rakyat di kawasan luar bandar tidak mudah terpedaya dengan penulisan dan kenyataan di dalam blog yang sering memutarbelitkan hakikat yang sebenarnya. — Bernama

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM