"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 4 Jun 2009

D Balakang Jadi Apa ...

' KEPIMPINAN MELALUI TAULDAN, BERSIH CEKAP DAN AMANAH, JAUHI DADAH ' ini antara slogan kerajaan.. dan banyak lagi. yang semua kasi ingat pada rakyat supaya jangan buat dan buat ..( IMAN TAK DAPAT D WARISI, OLEH SEORANG AYAH YANG BERTAKWA - Nazrey Raihan )- Mr. Aki

Jadi tingok2lah anak kita, jadi apa d balakan kita... jadi alim ka, jadi penyamun ka atau jadi2an..!!!


Dadah: Anak ahli politik didakwa


Irfan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu

semalam atas tuduhan memiliki pil kuda dan Eramin 5.


KOTA BHARU - Seorang anak pasangan ahli politik di negeri ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan memiliki pil kuda dan pil Eramin 5.

Irfan Ismail, 27, dituduh melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Wakaf Bata di Machang kira-kira pukul 1.30 pagi pada 23 Mei lalu.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris.

Mengikut kertas pertuduhan, Irfan dikatakan memiliki 1,050 biji pil kuda anggaran berat 105.6 gram dan pil eramin 5 dengan berat kira-kira 12 gram yang disyaki mengandungi dadah jenis Metaphetamine.

Pil tersebut dijumpai di dalam kereta milik tertuduh di hadapan sebuah rumah di Taman Setia Kasih, Machang.

Dia dituduh mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta tidak kurang 10 sebatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM