"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 5 Januari 2012

SABAH MAMPUS BAYAR UTANG


Aduiiiiiii MATAI bayar utangggg ....



Kerajaan negeri hutang Pusat RM82.530 bilion sejak 2006

15/12/2011 4:42pm

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Persidangan Dewan Negara hari ini diberitahu jumlah hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan yang tertunggak sejak 2006 hingga tahun lepas ialah sebanyak RM82.530 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, hutang itu adalah pinjaman yang disalur kepada kerajaan negeri bagi membiayai projek pembangunan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Antara projek terbabit ialah projek bekalan air, perumahan awam kos rendah, projek pembetungan dan penyediaan tapak infrastruktur industri, katanya menjawab soalan Senator Dr. S. Ramakrishnan, di sini.

Awang Adek berkata, antara langkah yang diambil kerajaan Pusat untuk mengutip semula hutang itu ialah dengan mengeluarkan notis bayaran balik kepada kerajaan negeri sebanyak dua kali, iaitu dalam tempoh enam bulan sebelum tarikh matang pembayaran dan seterusnya notis kedua bagi tempoh dua bulan sebelum tarikh matang. – BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM