"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 25 Januari 2012

DATUK George Sangkin MASUK PKR

Ulasan AKI; nampak gayanya jahanam lagi Tandek PRU 13



DATUK GEORGE SANGKIN, Naib Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang dilantik telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Borang keahlian beliau diserahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dalam satu majlis semasa Tour DSAI ke Sabah di Kinarut.

Beliau merupakan Mantan Ahli Parlimen P168 Bandau.

Berikutan kejatuhan kerajaan PBS , George telah menyertai Parti Demoktarik Sabah (PDS) dan kemudiannya meninggalkan PDS dengan menyertai parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR) pada tahun 1994. Bekas pemimpin kuat AKAR dengan jawatan terakhirnya sebagai Timbalan Presiden akhirnya meninggalkan parti itu dengan menyertai Upko ( nama lama bagi PDS) berikutan parti (AKAR) bakal dibubarkan pada tahun 2001. Sebelum menjelang pilihanraya negeri Sabah George telah meninggalkan Upko kerana mendapati nama beliau tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya negeri, berikutan kuota bagi Tandek diberi kepada PBS yang telah kembali ke pangkuan BN.

Beliau telah turun gelanggang menyertai pilihanraya negeri Sabah pada tahun 2004 sebagai calon Bebas di DUN Tandek dalam pertandingan yang melibatkan 5 penjuru. Dalam pilihanraya itu George memperoleh 2356 undi sementara Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Dr.Maximus Ongkili mendapat 5069 undi. PBS memenangi kerusi DUN Tandek.

Setelah lama menyepi dari membuat sebarang hala tuju arah perjuangan politiknya, akhirnya beliau telah memilih PBRS sebagai penyambung kepada perjuangannya sebelum menjelangnya pilihanraya pada tahun 2008. Satu majlis penyerahan borang secara besar-besaran telah diadakan di kediamannya di Kota Marudu dengan kehadiran pemimpin PBRS termasuk Presiden, Tan Sri Joseph Kurup bagi mengalu-alukan George dalam PBRS-BN.

Namun beliau tidak mempunyai kedudukan di dalam mana-mana bahagian PBRS di Kota Marudu. George dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (AMT) kemudiannya pada tahun 2011 dilantik sebagai Naib Presiden PBRS.
Penyertaan George ke PKR Kota Marudu dianggap memberi kekuatan kepada parti itu yang diterajui oleh Ketua Cabangnya, Anthony Mandiau yang kini giat aktif turun padang ke seluruh pelusuk kawasan itu untuk meraih sokongan.

11 ulasan:

  1. ini namanya berpolitik untuk cari makan ..

    bukan berpolitik untuk memperjuangkan bangsa dan keturunan ....

    jangan di pilih orang orang macam ni ...

    buat rosak bangsa ...

    BalasPadam
  2. beginilah jadinya apabila ahli politik yang tiada prinsip perjuangan dan hala tuju, kepentingan peribadi, jawatan dan kuasa lebih diutamakan. lihat saja parti2 yang disertainya, semuanya tidak lama. elok sangatlah parasit ni keluar dari bn. entah2 dengan pkr pun tak lama. orang macam ini tiada maruah, padan sangatlah dia sertai parti dan pemimpinnya yang tiada maruah dan tidak bermoral tu.

    BalasPadam
  3. Baguslah letak calon mewakili PKR. Biar BN menang mudah.

    BalasPadam
  4. Orang yg sudah tak laku di Kota Marudu masuk PKR...muahaaaa dapatlah jadi calon PKR yg tetap kalah dalam p.raya akan datang....

    BalasPadam
  5. orang mau cari makan maaa..iniolang manayk sial maaa..semua olang dia ade janji mau tolong tetapi dia makan gaji buta maa..mau jadi ahli parlimen maa..ini olang sulah manyak kali masuk tukar parti maaa...olang macam ini jangan kasi undi maaa.olang macam ini sulah masuk itu anwar punya team maa..waa macam mau muntah maaaa.apa itu olang cakap lalam mahkamah SUKA SAMA SUKA MAA????/

    BalasPadam
  6. nah.... politik lompat-lompat, erti perjuangan pun tak faham, ngamlah sama si anwar! sama-sama mo gila naik nama jak bah!

    BalasPadam
  7. tau juga kamik siapa beliau ini ...bapak katakkk

    BalasPadam
  8. Dia orgnya baik tetapi menjadi mangsa politik sj bh dia ni, peluang dia di rebut oleh org luar kota marudu iaitu dr. maximus ongkili....dia x seteruk sprti kamu perkatakn.

    BalasPadam
  9. Anak datuk george....suzianna george merebut suami orang...lelaki yang kamu nampak bersama dengan suzianna adalah suami orang, bapa kepada 2 orang anak.....isteri lelaki tu orang kota marudu juga.

    BalasPadam
  10. Lelaki itu berbangsa cina. Suzianna kasi tau semua org yg boyfriend dia tu (laki orang) masih bujang. Lelaki itu masih suami orang, kahwin di church st.theresa kota marudu pada 24.09.2009. Isteri dia cantik, seksi dan berpelajaran.
    Ramai orang kenal pasangan suami isteri ini sebab pasangan suami isteri ini generis di wong kwok. Mereka adalah pasangan suami isteri yang bahagia. Aku kenal sangat isteri tu lelaki tu.

    BalasPadam
  11. Dahulu pasangan suami isteri ini berkerja di wong kwok group. Sekarang isteri dia berkerja di maybank.

    BalasPadam

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM