"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)
SINI KAMU URANG
Jumaat, 21 Oktober 2011
MATI SUDA
Bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya sewaktu ditangkap berhampiran bandar kelahirannya di Sirte, kata seorang pegawai kanan tentera Majlis Peralihan Nasional (NTC).
pegawai NTC, Abdel Majid sebelum ini dilaporkan berkata Gaddafi telah ditangkap dan kedua-dua belah kakinya cedera ketika cuba lari dalam satu konvoi yang diserangkan jet pejuang Nato.
"Dia juga terkena tembakan di kepalanya," kata para pegawai. "Banyak tembakan dilepaskan ke atas kumpulannya dan dia mati."
Pegawai kanan tentera NTC juga berkata menteri pertahanan Gaddafi, Abu Bakar Younus Jabr terbunuh sewaktu penangkapan bekas pemimpin Libya itu.
http://www.malaysiakini.com/news/179235
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ghadafi tertangkap apabila dikepung dalam satu terowong oleh para pemberontak dari sebelah Barat , apabila pemberontak dari Timur tiba mereka menuntut Ghadafi lalu membawa pergi , terjadi perselisihan sesama pemberontak untuk membawa Ghadafi .
BalasPadampemberontak dari Timur menelanjangkan Ghadafi , mereka sepak terajang dan memukul Ghadafi yg tidak bermaya , mereka memalukan Ghadafi secukupnya , malah ada yg mengambil kayu [objek ] dan memasukan kedalam jubur Ghadafi , ketika itu Ghadafi masih hidup ..
seorang pemberontak bernama Alsadek , berumur 22 tahun telah menembak dengan pistol dibawah dagu dan dikepala Ghadafi , ini yg membawa kematian ghadafi ! setelah mati mayat Ghadafi dimalukan , dihina , diaibkan secukupnya ..
mereka mengaku islam , mereka faham islam , tapi nampaknya orang Arab Libya ini perangai mereka lebih teruk dari Yahudi , mereka seolah dirasuk syaitan , tidak berperikemanusiaan dan kejam zalim , mereka bukan lagi manusia tapi lebih hina dari binatang !!