"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Selasa, 4 Oktober 2011

Barapa ko punya gaji, aku punya ... !


Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan

Ulasan aki; ini aki sukung .. kalau balik2 dakwah di lihat hanya di surau dan masjid saja ini inda butul .. patutnya dakwah, buat di mana2 saja inda mangira tampat, masa dan bilangan barapa urang yg di kasi dakwah.


Kamudian parangai diurang lagi yang paling burukk dalam masyuarat, bukan berpikir barabis bagai mana mau kasi sampai islam, barabis pulak memikir pasal kanaikan gaji .. bukan itu saja bagaduuuu sampai inda batagur bermingu-minggu pun ada, inda kita hairan kalau C jahil ini bagalar ustazzz sangsarrra. Cubalah kamu baranti dari jawatan kamu tu dan bagi urang yg butul2 buat karaja ... nama saja pangara sebuah pertubuhan yg ternama ( pangara dakwah ) tapi indada utak terbaru pasal kasi jalan dakwah ... kalau kamu dapat bayangan pertubuhan ini sukurrrrr ( nama paling gaga satu masa dulu... diurang ini inda lama lagi barsidang !!!!


NGO Islam disaran berubah ikut peredaran masa - Sabah Times


TAWAU: Pertubuhan bukan kerajaan yang bercorak Islam perlu mengubah pendekatan dakwah mereka, kata Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata pendekatan dakwah mereka perlu sentiasa praktikal dan relevan bagi memastikan mesej dakwah yang ingin disampaikan mudah difahami, berkesan dan dapat diterima golongan sasar terutama golongan muda.

“NGO Islam perlu lari dari cara berdakwah konvensional yang hanya menjadikan masjid, surau atau forum untuk berdakwah dan perlu berani meneroka pendekatan atau kaedah baru,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) bahagian Tawau di sini kelmarin.

Tawfiq yang juga Ahli Majlis Tertinggi Usia turut meminta Usia bahagian itu menjadi wadah perpaduan dan kesatuan tanpa mengira fahaman ideologi politik bagi mengekal keharmonian kaum.

Beliau juga mencadangkan agar Usia membuka kelas Taman Didikan Kanak-Kanak di setiap cawangannya terutama di kawasan terpencil untuk memberi peluang kepada kanak-kanak mendapat pendidikan agama seawal mungkin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM