"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 17 Disember 2010

Orang KAYA - KAYA

Putera Jefri Bolkiah - antara manusia d dunia ini yang paling banyak kes barkaitan perbuatan dia ... kalau kaya indada iman, inda bikin hairan apa saja d pikirkan pasti main petik saja jari untuk mendapatkannya. Macam dunia ini inda hilang dan umur macam inda abis/mati. Kalau kakayaan dia ini dia buat kebajikan bantu perjuangan silam, buat masjid, buat rumah2 anak yatim dan perbagai suda tatap nama d julang oleh umat silam... mati inda putus2 doa urang2 silam kasi baca.

Pindik ceritaaaaaaa ... apa yg kita buat di dunia ini yg d lihat oleh kapala mata urang itulah sabanarnya kita buat...batapuklah macam mana.

menurut sumber yg tersibar d internit, majalah, akhbar harga patung ini mampu bikin sebuah masjid bertarappp kampung2

apa juga kita buat d dunia ini malaikat tulis... ini blm d hadapan pangadilan akhirat suda talanjang d dapan2 manusia.


Juri arah Putera Jefri bayar RM66.14 juta

THOMAS dan Faith Zaman.

NEW YORK - Adik Sultan Brunei, Putera Jefri Bolkiah kalah kepada satu pasangan peguam suami isteri, Thomas dan Faith Zaman di sebuah mahkamah di sini kelmarin.

Ekoran kekalahan itu, juri memutuskan Jefri perlu membayar AS$21.10 juta (RM66.14 juta) kepada pasangan tersebut.

Bayaran itu meliputi AS$10.1 juta (RM31.66 juta) kepada Thomas dan AS$11 juta (RM34.5 juta) untuk Faith.

Pasangan itu mendakwa Putera Jefri berhutang dengan mereka berjuta-juta dolar dalam bentuk yuran perkhidmatan.

Juri mendapati pasangan itu tidak melakukan sebarang kesalahan dan Putera Jefri berhutang sebanyak AS$10.1 juta kepada mereka dalam bentuk yuran perkhidmatan.

Peguam Faith, Mark Cymrot berkata, pihak juri memberikan award sebagai ganti rugi kepada pelanggannya, AS$11 juta selepas mendapati satu perjanjian pekerjaan dengan putera berkenaan adalah ikhlas dan perlu dihormati.

Putera Jefri sebelum ini mendakwa dalam perbicaraan itu bahawa pasangan peguam tersebut mencuri lebih AS$7 juta (RM21.9 juta) daripadanya menerusi pelbagai bentuk penipuan.

Namun, Thomas dan Faith menyatakan mereka menerima gaji yang rendah selain diberi kebebasan untuk melakukan apa yang perlu dilaksanakan.

Perbicaraan kes tersebut kemudiannya menjadi hangat ekoran pendedahan beberapa patung erotik bekas tunang Putera Jefri, Micha Raine.

Putera Jefri sebelum ini melantik pasangan tersebut untuk membantunya mengelak daripada menyerahkan sebahagian daripada asetnya sebagaimana yang diarahkan oleh kerajaan Brunei yang diperintah oleh abangnya, Sultan Hassanal Bolkiah.

Keputusan juri itu menggembirakan pasangan tersebut.

"Bagi kami, ini adalah justifikasi yang besar buat orang biasa. Kami bukan individu seperti Putera Jefri," kata Faith. Namun, para pegawai di Hotel New York Palace milik Putera Jefri nyata kecewa dengan keputusan itu.

"Kami tetap yakin bahawa berdasarkan kepada bukti yang dikemukakan, hotel ini menjadi mangsa kepada skim penipuan," jelas pihak pengurusan hotel terbabit dalam satu kenyataan.

Pasukan peguam Putera Jefri akan mengemukakan rayuan. Putera Jefri tidak hadir ketika keputusan itu diumumkan. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM