
Demikianlah juga hal-hal perjuangan Islam. Ayuh kita buka ikatan pelbagai kekangan disebabkan kenegerian, kesukuan, bahasa dan kedudukan yang selama ini masih menebal di kalangan kita umat Islam. Perkara ini amatlah jelas dan selalu tertampil melalui sikap dan ucapan tanpa kita sedari. Akhirnya penampilan seperti ini bakal mewujudkan blok-blok perjuangan dan merugikan Islam.
Hijrah tahun ini wajar kita saji dengan sejarah silam keagungan Islam untuk sama-sama kita ikuti dan persembahkan dalam lingkungan kita. Semoga kita menjadi penyumbang dan pencetus dunia baru Islam abad ini. Percaya dan yakinlah, gandingan kepakaran fikiran , tenaga dan wang ringgit yang kita korbankan ini punya nilai di sisi Allah dan sahamnya bakal kita tuai di akhirat.
CFM sekali lagi menampilkan wajah baru sebagai mana anda lihat semata-mata menyahut cabaran untuk hijrah ke hadapan sekali gus membawa Islam dalam genre hiburan & infomarsi. Penerokaan demi penerokaan yang CFM lakukan sememangnya terlalu kecil berbanding medium maya lain, namun, daripada tiada lebih baiklah ada. Terima kasih kepada semua rakan fan CFM yang terus mempromosi CFM dari semasa ke semasa.
Alhamdulillah, penghujung tahun Hijriah kali ini menyaksikan CFM memeteri kerjasama dengan dua jaringan; Kolej Islam Muhammadiyah dan Murabbi.net. Moga selepas ini, lebih ramai lagi yang akan berkerjasama dalam penyatuan sekali gus pembangunan Islam dalam dunia maya seiring dan sesuai dengan era global yang semuanya berada di hujung jari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...