"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 27 Disember 2009

inda puas ati ...


Cakap mr. aki ini macam saja; Bila suara rakyat inda d paduli atau inda d dengar maka rakyat akan bangun malawan...walaupun sebilangan saja yg demikian tapi kasannya amat basar, bila luka ati rakyat maka jangan hairan tangan mereka akan bertindak...semoga tahun 2010 membari sinar bnaru pada anda semua ...siapa tahu anda jadi YB kahhhh

Gambar dan barita; http://minaq-jinggo.fotopages.com/

MEMORANDUM

KAMI BADAN BERTINDAK GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS SELANGOR (GKPPNS)

DENGAN INI MENDESAK, KEPIMPINAN PAS SELANGOR SUPAYA MENGKAJI SEMULA KERJASAMA DAN PERSEPEKATAN DALAM KERAJAANNEGERI SELANGOR DI BAWAH PAKATAN RAKYAT BERLANDASKAN FAKTOR DAN PRINSIP DI BAWAH:-

1. PAS wajar menghentikan pakatan dengan DAP dan PKR yang jelas menolak Negara Islam.

2. PAS jangan merelakan diri menjadi bineka kepada DAP dan PKR.

3. PAS jangan sesekali menggadaikan maruah perjuangan demi agama dan bangsa hanya semata-mata untuk berkuasa.

4. PAS kekal sebagai Parti Islam dan tidak perlu bersekutu dengan kafir.

5. PAS sama sekali tidak relevan untuk berpakat dengan DAP.

6. PAS tidak perlu bergantung kepada parti lain utnuk berjuang dan perlu membina keyakunan rakyat terhadap PAS.

7. PAS bukan alat kepada parti lain.

8. Pas jangan membiarkan diri mereka diajar oleh rakyat sebagaimana yang berlaku kepada BN.

9. PAS perlu kembali ke pangkal jalan.

10. PAS perlu melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu dan Islam.

11. PAS mempunyai maruah sendiri.

12. PAS perlu realistik dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak orang Melayu Islam dan bukannya mengikut kehendak Pakatan Rakyat yang
jelas didominasi oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim.

13. Menyedari PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam seharusnya mengambil iktibar dalam senario politik Perak dan jangan nanti dihukum oleh penyokong dan pengundi PAS Selangor.

GERAKAN KESEDARAN PENYOKONG DAN PENGUNDI PAS NEGERI SELANGOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM