"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 30 September 2009

Kurup dakwa pemimpin akar umbi PBRS dipinggir oleh anggota parti BN


KJ walaupun d pulau oleh kawan2 sendiri dia tatap senyum ini macam lah KJ ... biarkan diurang buat apa saja, yang panting ko tarus karja.

Gambar; http://minaq-jinggo.fotopages.com/


ULASAN MR. AKI- apa yang d cakap oleh joseph kurup ini butul2 terjadi... kami urang UMNO juga inda d ambil perhatian oleh kawan2 dalam BN. diurang lihat lain2 .... macam diurang saja yang kasi manang YB diurang, macam diurang saja yang anak amas...yang lain macam kami macam anak perak...palui butul punya pahaman pulitik, jadi jangan kamu mangamuk kalau ada kawan2 dalam BN bagi undi pambangkang....ini kasalahan kamu. kasi bagus ini pakara, jangan sampai yang kasi tumbang YB urang BN sendiri....paham kan apa maksud mr. aki


29th September, 2009-sabah times

KOTA KINABALU: Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mendakwa terdapat pemimpin akar umbi parti itu tidak menerima layanan baik seperti yang sepatutnya diterima oleh anggota parti Barisan Nasional (BN) yang lain.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, ini terbukti di mana ada pemimpin parti itu yang terpilih sebagai pengerusi Jawa- tankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) tapi tidak diiktiraf ke- menangannya.

“Kita juga dimaklumkan bahawa ada di kalangan pemimpin PBRS yang di- pinggirkan dalam pelantikan anggota majlis daerah.

“Sepatutnya semua anggota parti komponen Barisan Nasional mengamal- kan konsep 1BN melalui layanan sama rata termasuk pelantikan jawatan peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberikan taklimat dan ceramah pada Seminar Pengurusan dan Pentadbiran Pejabat dan Parti anjuran Biro Pengurusan dan Pentadbiran PBRS, di Palace Hotel, di sini, kelmarin.

Turut hadir Timbalan Presiden PBRS yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Ellron Angin, Ahli Majlis Tertinggi parti, Exco Wanita dan Pemuda serta ketua-ketua bahagian PBRS.

Seminar sehari itu, antara lain bertujuan memberi pendedahan mengenai perlembagaan baru dan pendedahan mengenai konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sehubungan itu, Kurup berharap ang- gota parti komponen BN benar-benar mempraktikkan prinsip perkongsian kua- sa dan sedia berkompromi demi memelihara keutuhan parti dan perpaduan.

“Sebab itu, kita mahu memberi kese- daran kepada ahli kita di mana kita seharusnya bertoleransi berkaitan dengan keperluan parti ini dan persefahaman dengan ahli parti dalam BN.

“Ia sangat diperlukan kerana kalau tidak persefahaman…mungkin berlaku perselisihan. Oleh kerana ada perasaan tidak bagus, kita tidak dapat elakkan ter- dapat kemungkinan besar berlaku sabotaj dalam pilihan raya,” katanya.

Kurup berkata sikap tolak ansur dan hormati menghormati antara satu sama lain amat penting bagi mengukuhkan kekuatan BN terutama dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Berkenaan seminar itu, beliau ber- harap ia dapat memberi kefahaman kepada ahli-ahli parti khususnya ketua-ketua bahagian untuk menggerakkan aktiviti di kawasan masing-masing.

“Kita akan perkenalkan kaedah Pe- tunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diper- kenalkan oleh Perdana Menteri dalam pengurusan parti.

“Antara tumpuan kita ialah menilai kemampuan mereka (ketua-ketua bahagian) menambah keahlian parti di kawa- san masing-masing supaya kita dapat main peranan yang lebih relevan dan berkesan dalam BN,” katanya.

Kurup berkata: “Kita mahu perbesarkan keahlian PBRS dan sekaligus dapat membantu memperkukuhkan BN pada pilihan raya akan datang”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM