"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Ahad, 19 Julai 2009

sikula inda kasi janji kamanangan ...


Akhirnya c jual ikan kini bergalar YB ... siapa sangka bukan ? jadi apa kata bermula ari ini kita urang jangan pandang 1 mata lagi siapa2 d dapan mata kita .... silap2 dia lebi bagus dari kita, silap2 dia lebi kuat IMAN dia dari kita .... mr.aki cukup2 banyak dapat ilmu pertandingan ini ...!!! mana tahu masa akan datang d tandik DR VS PAK TANI

Bersilaturahim sesama ISLAM itu antara ajaran ISLAM...inda kira warna kulit, pangkat dan darjat ...yang kasi tantu adalah IMAN




ULASAN MR. AKI- tindakan jui men ikut PKR suda d jangka kata hisamuddin ... inilah bahasa yang salalu mr. aki dengar bila menteri2 mengulas satu2 isu yang mengamparkan ... indada ka bahasa lain salain bahasa lapuk ini ... ? bagi urang yang beralal jawapan ini inda bikin puas ...macam mr.aki pun bagitu...perkara2 ini patut d jawab dengan jujur. kanapa dia keluar, apa sabap seorang itu ikut PKR dan banyak lagi perseolan ....!!! apapun mr. aki inda berminat kasi ulasan2 tindakan JUI MENG IKUT PKR ...mr.aki cuma tertarik kata seorang kawan mr.aki baru2 ini d kadai kota marudu ... bilang urang itu; ' apa guna mau pigi ranau jumpa PAK LAH pen dia suda TUMPUL kata kawan saya ' . Abila saya bagi tahu yang PAK LAH datang d RANAU pada 25 julai 2009 bertampat d kg. lohan atas undangan badan gabungan NBO sabah ' JASAMU DIKANANG ' sambung kawan mr. aki lagi ... kalau mau NAJIPlah pasal pen dia TAJAM...BUDU butul kawan mr.aki ini....indada utak, indada sikap terima kasih ....pada pemimpin2 yang berjasa pada rakyat .... yang dia mau bubut PURIJIK mengunakan pen TAJAM...!!!


Chua Jui Meng umum sertai PKR

KUALA LUMPUR 18 Julai - Bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng (gambar) hari ini mengumumkan secara rasmi menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di hadapan 800 hadirin dan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jui Meng turut mengisytiharkan keluar daripada parti MCA.

"Hari ini saya membuat keputusan penting dalam hidup saya, meninggalkan MCA dan menyertai PKR serta melepaskan jawatan saya sebagai Ketua MCA Bahagian Bakri selama 23 tahun," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum anjuran PKR di Bandar Sunway di sini hari ini.

Turut mengikuti langkah Jui Meng ialah bekas Ahli Parlimen Lumut pada penggal 1995-1999, Datuk Dr. Yap Yit Thong dan bekas Ahli Dewan Negara, Datuk David Yeoh.

Menurut Jui Meng, antara alasan utama beliau menyertai PKR ialah kerana agenda perjuangan parti itu mempunyai persamaan dengan wawasan yang didokong oleh beliau.

"Banyak perkara yang setuju dengan apa dibawa oleh PKR, iaitu memperjuangkan hak segala kaum di dalam satu landasan tanpa ada sebarang diskriminasi.

"Jika ada idea serta dasar perjuangan PKR yang bercanggah dengan saya, saya tidak akan masuk PKR malah kemasukan saya dalam PKR adalah tanpa sebarang syarat.

"Sewaktu saya bertanding pada pemilihan jawatan Presiden MCA pada 2005 dan 2008, kebanyakan perkara yang disentuh dalam manifesto saya tidak banyak beza dengan apa yang ingin diperjuangkan oleh PKR," katanya.

Jui Meng mengakui terpaksa mengambil keputusan yang agak lama untuk menyertai PKR kerana ingin membuat reformasi terhadap parti MCA terlebih dahulu.

Ditanya mengapa sebelum ini beliau menafikan mahu menyertai PKR, beliau berkata, media sebenarnya membuat salah tafsiran.

"Saya sebenarnya tidak memberi jawapan menafikan, cuma saya hanya berkata akan memberitahu pada masa yang sesuai," ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM