"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 13 Julai 2009

siapa d ati rakyat ?


Tulung dan melihat rakyat bukan masa pilihan raya saja ... tulung rakyat masti berturusan, tanpa kira masa dan tampat ...!!!


Inda kira suku bangsa dan darjat keturunan bila mana seseorang itu suda ISLAM, maka imanlah jadi ukuran d sisi ALLAH ... pangkat, harta dan anak bini inda buli bagi jaminan kesalamatan ketika timbangan amal ALLAH perhitungkan ... !!!


pemimpin/kahlifah tugas dia membawa manusia kepada ALLAH .. bukan membawa pada diri, agar pengikut setia membuta tuli ... !!!


SUMBER GAMBAR; http://minaq-jinggo.fotopages.com/

ARKIB : 12/07/2009 -utusan malaysia

11 ‘hadiah rakyat’


NAJIB Tun Razak diiringi Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai pada majlis 100 Hari Perdana Menteri Bersama Rakyat manakala gambar kanan Perdana Menteri semasa berucap pada majlis itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, semalam.


"HARI ini, saya dedikasikan khusus tentang kesejahteraan dan kebajikan tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian"

"Saya akan terus berusaha sedaya mungkin dan menyingsing kudrat untuk mencari penyelesaian-penyelesaian seraya membuat keputusan-keputusan demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan Dalam sebarang keputusan, kepentingan rakyat didahulukan dan saya tidak membuat sesuatu secara berwenang-wenang jauh sekali secara semberono"

"Langkah-langkah yang saya umumkan dalam tempoh 100 hari ini hanyalah langkah-langkah pemula perjalanan kita ke arah masa depan yang lebih baik, makmur dan terjamin"

"Saya turun padang melihat rintihan rakyat... juga merasai gundah gulana mereka dan meresapi denyutan nadi rakyat yang dipimpin"

"Saya ingin mengajak tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak muda sekalian untuk bersama-sama saya melakar masa depan Malaysia yang menjanjikan peluang yang lebih baik dan adil untuk semua dengan satu harapan"

- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM