"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Jumaat, 10 Julai 2009

Rakyat dan bukan saya perlu nilai kepimpinan Najib, kata Rosmah


Masa pak lah jadi PM banyak urang cakap dia kaki ZZZZZZZZZZZZZZZ yang ini pulak kaki apa ? lain x urang2 PAS jangan cakap bah... dulu mr. aki inda percaya, sikarang ...!!!



Ana bukan zzzzzz tapi sadang pikir2 pigi sana MAKAH bah

Lambat butul dapat mimpi ni, kamanangan suda ampai2 pun inda yakin lagi ....... !!!

gambar; http://minaq-jinggo.fotopages.com/



ULASAN MR. AKI- kalau mr.aki d tanya kemajuan atau kejutan selama 100 ari pak najib jadi ketua nagara, maka mr.aki jawab; bulum ada kanampakan apa yang najib buat untuk nagara...yg ada dia hanya sakadar kasi langkap kursi .... berbanding pak lah dulu. lawatan luar nagara pun baru thailand dan cina... kanapa ini macam ...!!! ini bini najib lagi satu mantang2lah dia bini najib... buli d katakan ari2 muka dia dalam akhbar, ari2 muka dia dalam tv , kain2 rentang bukan alang2 gambar dia BESAR... ingat pak najib sikap bini kalau ketarlaluan juga bikin RUSAK NAGARA ... ulamak harus bagi nasihat bini najib ini .....!!! ( bisukan kamu kalau mr.aki cabar.. apa pasal takut aaaaaaaaaaa !!!



9th July, 2009-sabah times

KUALA LUMPUR: “Rakyatlah yang sepatutnya menilai khidmat Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan saya,” kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya sebagai seorang isteri, sudah tentu beliau menyokong perkhidmatan Najib sebagai Perdana Menteri kepada rakyat dan negara.

“Tapi apa yang mustahak, rakyatlah yang patut memberi pendapat mereka dan bukannya saya, nanti berat sebelah,” kata Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) pada sidang akhbar sempena pertandingan badminton anjuran Bakti di Bukit Kiara International Equestrian and Country Club di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya oleh pemberita mengenai perasaannya tentang genap 100 hari Najib menjadi Perdana Menteri Sabtu ini.

Rosmah berharap rakyat dapat menilai dan menerima dengan baik cara Najib menguruskan negara dan juga masalah-masalah yang dihadapi sekarang.

Pertandingan badminton itu disertai 100 pemain termasuk Rosmah. Mereka mewakili empat pasukan iaitu Bakti, Persatuan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat dan Pegawai Kanan Kera-jaan Negeri Sembilan (Pekerti), Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Melaka (Bistari) dan Badan Amal Isteri-Isteri Anggota Dewan Undangan Negeri Perak (Bai-duri).

“Ramai muka baru yang menyertai aktiviti ini yang mampu mengeratkan hubungan persaudaraan. Juga terdapat pelbagai bangsa yang menyertai pertandingan ini selaras dengan konsep 1Malaysia,” kata Rosmah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM