"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Khamis, 30 Julai 2009

MR. AKI mau CAKAP

ULASAN MR. AKI-mr. aki ada membuat ulasan d buluk SAM ini... ulasan mr. aki ini macam;

kasi bangun ini utara sanang saja;
1. semua manusia d utara barsatu, inda kira agama, bangsa dan pahaman pulitik. bangun dari tidur, bangun dari angan2, bangun dari KALAU... ini untuk manusia saja. munyit, ular,katak,karabau, kuda,ayam, kambing inda tarmasuk......paham kan ?

2.kapandaian semua manusia utara kasi gabung, jangan kasi tampias2 sana siniiiiii.....maksudnya kasi bulat sampai jadi bula..satu kali tandang gunung kinabalu mangagar...paham kan ?

3. jangan banyak buat tiori, banyaknan kasi pulas itu tanaga, kasi pulas itu pikiran, kasi pulas itu garakan untuk kasi laksana apa yg mau d buat.... paham kan ?

akhir sakali, kalau barjilid-jilid buku tiori...kalau inda d buat indada guna. paham ba kan maksud mr. aki ....

biar cakap sikit tapi ada bukti ....mr. aki suda tua dan banyak x dangar carita kusung....

( ulasan mr. aki bukan seoal UJUB atau DANDAM pada siapa2, cuma manjawap suara2 sumbang mambang d kalangan manusia2 yg tingal d utara yg satu masa dulu mangantam SAM dalam tulisan2 marika... UJUB haya TUHAN yg tau...!!! ketika kita d TIKAM kewajipan kita adalah melawan atau LARI pun TUHAN inda suka kecuali bersabap ... DAYUS kiranya kita diam d masa MUSUH kita mau TIKAM sanadngkan kita punya keupayaan...)

sumber; http://marudubloggers.blogspot.com/

Selamat malam!

Permata Bangsa Sabah utara ke arah permuafakatan. Demikianlah perkembangan terkini yang berlaku dan ternyata ia telah menarik perhatian banyak pihak. Samada luar atau dalam Sabah. Sebelum itu, mana yang betul "Utara Sabah" atau "Sabah utara"? Ahhh... tidak kisahlah. Perkara kecil saja. Yang penting maksud kita sama. Tapi, saya lebih selesa menggunakan "Sabah utara" berdasarkan undang-undang nahunya. Baik, tiga daerah yang utama di zon ini iaitu, Kota Marudu, Pitas dan Kudat.

Daerah ini adalah daerah berjiran. Adat berjiran... apabila jiran susah, rumah sebelah akan terkena tempiasnya. Sekurang-kurangnya rasa kesedihan. Apabila jiran senang... rumah sebelah juga akan terasa percikannya, sekurang-kurangnya rasa kegembiraan. Lebih kuranglah situasinya daerah-daerah yang terdapat di Sabah utara. Susah dan senang yang ditanggung oleh salah satu daerah ini, pasti akan memberikan impak besar kepada daerah lain.

Atas sebab itu, permuafakatan khususnya di antara ketiga-tiga daerah itu harus diperkasakan bagi bersama-sama membangunkan zon ini samada dari aspek ekonomi, sosial, politik dan seumpama dengannya. Tahniah kepada Permata Bangsa Kota Marudu dan Pitas. Jalan kesatuan itu telah mula kita lihat. Diharapkan ia akan mencapai matlamat yang digariskan dan berakhir dengan kejayaan. Tinggal lagi, Kudat. Saya percaya atas komitmen yang ditunjukkan, sedikit masa lagi Permata Bangsa dari tiga daerah ini akan dapat disatukan.



BERSATU MENENTANG KEMISKINAN DAN KESUSAHAN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM