"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Isnin, 13 Julai 2009

Apa kata YB pulak aaaaa

ULASAN MR. AKI- Kalau PM kata inda cukup 24jam untuk berkhidmat pada rakyat dan nagara... bagai mana pulak YB2 ? kita mau dengar juga cakap YB2 ini ... jangan2 ada yang cakap, inda cukup tidur ba, inda cukup rehat ba dan macam2 lagi .....atau inda cukup cari purijik...!!! patang tadi mr. aki jumpa urang kuat UMNO kota marudu...bukan alang2 dia mangamuk dengan ketua bahagian UMNO kota marudu, pasal dia inda d kasi purijik... banding AJK lain yang d bagi purijik... jadi inda mustahil ada YB yang inda kecukupan masa kajar purijik...takut2 pilihan raya akan datang kana tandang, inda dapat calun ....BUDU BUTUL PUNYA PARANGAI !!!

24 jam sehari tidak cukup


Najib Tun Razak diwawancara oleh Sayed Munawar Sayed Mustar pada rancangan Khas - 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung oleh TV1 RTM, malam tadi. - UTUSAN/Halim Khalid


KUALA LUMPUR 12 Julai - Kesibukan Datuk Seri Najib Tun Razak berkhidmat untuk rakyat menyebabkan beliau merasakan tempoh 24 jam sehari tidak mencukupi untuknya.

Perdana Menteri berkata, beliau sangat sibuk kerana sepanjang 100 hari mentadbir negara ini, terdapat pelbagai ujian yang perlu dihadapinya khususnya bagi meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

''Jadi Perdana Menteri ini lain, kerana saya rasakan 24 jam itu tidak cukup. Saya beritahu isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) masa siang kini adalah lebih panjang dan masa malam juga makin singkat.

''Masa untuk tidur juga sudah kurang kerana banyak program dan ini tidak pernah saya alami sebelum jadi Perdana Menteri," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sesi wawancara eksklusif sempena 100 Hari Pentadbiran Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung melalui saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini malam ini.

Menurut Najib, masa terluang ketika di rumah juga digunakan untuk berfikir mengenai langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah rakyat.

''Ramai yang tidak faham kerana ingat apabila Perdana Menteri berada di rumah dia free. Duduk rumah bukan bererti bersantai kerana kalau tidak berfikir saya akan baca buku atau (sediakan) ucapan esok. Tengok fail atau tandatangan sijil yang saya tidak dapat lakukan di pejabat," jelasnya.

Menyentuh tentang gagasan 1Malaysia, beliau menjelaskan, tumpuannya kini adalah untuk mendapat sokongan daripada kumpulan yang faham dan menerima pendekatan itu serta kumpulan yang tidak berapa faham tetapi yakin kepada kerajaan.

Sebelum mengakhiri temu bual itu, Najib juga sempat berpesan kepada semua rakyat supaya menganggap apa yang telah dilakukannya dalam tempoh 100 hari hanya sebagai satu titik permulaan.

''Saya telah bina asas permulaan dan saya memohon supaya rakyat akan bersama-sama kerajaan dalam perjalanan selanjutnya ke arah negara Malaysia yang semakin berjaya, hubungan kaum semakin mantap dan imej kerajaan semakin positif.

''Ini adalah bagi membolehkan saya memperkenalkan pembaharuan dan meneruskan kesinambungan pemimpin sebelum ini,'' ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM