"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 17 Jun 2009

Sampai Koyak .. ?


Hati2 lah kamu wahai wanitaaaaa
dengan buaya DARAT yg kala2 HANTU...mereka ini suka makan daging mentah...mereka ini inda kanal ALLAH suda ...



ULASAN MR. AKI- ini butul2 JAHANAM punya kes ...12 ari d kurung dalam rumah, inda d kasi karaja...semua d tangung, makan atas bawa oleh kumpulan lelaki HANTU .. sampai barang perampaun KUYAK gara2 d antam ramai2 salama 12 ari...mr. aki lihat ini kes banyak penyumbang bah...lalaki mau kawin tapi... kalau mahal talampau permintaan juga ini juga penyumbangnya. inda tutup aurat dengan sempurnaa, agama inda d pagang butul2 ...banyak lagi lahhhh !!!

Gadis dirogol, dikurung 12 hari

KUANTAN: Seorang gadis menempuh detik menakutkan selepas dikurung selama 12 hari sejak 5 Jun lalu dan dipercayai menjadi mangsa rogol oleh tujuh lelaki di sebuah rumah di taman perumahan Indera Sempurna, di sini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 19 tahun berasal dari Pekan, keluar bersama beberapa rakan wanitanya untuk menonton wayang di sebuah pusat beli belah di sini sebelum memaklumkan rakan dia mahu pulang sendiri ke rumah kakaknya di taman perumahan itu kira-kira jam 11 malam.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata sebaik rakan mangsa beredar daripada pusat beli belah itu, mangsa dihampiri seorang daripada suspek yang mahu berkenalan dengannya. Beliau berkata, suspek kemudiannya menawarkan diri untuk menghantar mangsa ke rumah kakaknya dengan alasan juga mahu ke taman perumahan sama

Katanya, mangsa yang termakan pujukan suspek kemudian menurutinya dan suspek turut memaklumkan mahu pergi ke rumah abangnya terlebih dulu sebelum menghantar mangsa pulang ke rumah kakaknya.

"Mangsa kemudian dipelawa masuk ke rumah sewa terbabit yang mulanya disangka rumah abang suspek, namun suspek tiba-tiba bertindak mengunci pintu serta mengugut mangsa supaya menuruti segala kemahuannya jika tidak mahu dicederakan.

"Bimbang dengan ugutan berkenaan, mangsa mendakwa dirogol suspek dan juga enam lagi rakannya secara bergilir-gilir. Suspek juga mengulangi perbuatan terkutuk terhadap mangsa yang dikurung sepanjang tempoh berkenaan," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam.

Kamaruzzaman berkata, mangsa yang tidak tahu untuk meminta bantuan sesiapa akhirnya berjaya melarikan diri melalui pintu utama rumah sewa itu yang kebetulan tidak berkunci ketika suspek sedang tidur, kira-kira jam 7 pagi kelmarin,

Beliau berkata, mangsa kemudian menaiki bas untuk pulang ke rumahnya di Pekan sebelum memaklumkan kejadian kepada ibunya yang menyangka mangsa berada di rumah seorang lagi anaknya di Indera Sempurna.

"Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis di IPD Kuantan berhubung kejadian, petang kelmarin. Susulan laporan polis menyerbu rumah sewa terbabit sebelum menahan empat suspek berusia 19 hingga 36 tahun yang bekerja sendiri dan berasal sekitar daerah ini," katanya.

Kamaruzzaman berkata, polis juga sedang menjejaki tiga lagi suspek dipercayai berada sekitar daerah ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, mangsa dibawa ibunya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini untuk membuat pemeriksaan pagi semalam dan doktor turut mengesahkan ada kesan koyak dikemaluannya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM