( gambar sabulum jadi YB )
mr. aki dapat ini gambar dari kawan sanaaa bukit ' tulun kimaragan ' itupun mr. aki curi2 saja d buluk dia heheheh...jangan ko santit mr. aki aaaaa
Macam mr. aki jugalah urang kampung ... kadang2 lawa kanampakan, kadang2 macam hantu...pasal urang kampung hal2 pakaian inda manjadi keutamaan ( MOGULANJI ), yang panting ada baju dan saluar ... kecuali pigi sana karamaian atau pigi masuk bandar, apa lagi pigi KL baru pakai lawa2 sikitttt .....jangan kamu main2 aaaaaaa mr. aki kalau barpakaian barabis suda, aikkk nahh kamu, ...kala juga gambar atas bah, ada putungan YB N.5 TANDIK
KINABATANGAN: Orang ramai perlu memanfaatkan laman blog wakil rakyat yang berperanan sebagai media alternatif bagi menyuarakan permasalahan mereka bagi memudahkan kerajaan mencari jalan membantu mereka, kata Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Jainab Ahmad Ayid.
“Dengan wujudnya laman blog seperti ini maka ia akan dapat mendekatkan pemimpin dengan rakyat serta akan meningkatkan jumlah masyarakat luar bandar yang celik komputer” katanya ketika merasmikan Pelancaran Blog Anggota Dewan Undangan negeri (Adun) kawasan Sukau di Dataran Kampung Paris, dekat sini.
Sementara itu, Adun Sukau, Saddi Abdul Rahman mahu rakyat di kawasannya memanfaatkan peluang untuk berkomunikasi dan menyatakan permasalahan yang dihadapi mereka terus kepadanya dengan hanya mengakses laman blog yang telah dilancarkan itu.
“Saya mahu semua penduduk menghubungi saya dengan menyampaikan kepada saya permasalahan yang dihadapi walaupun anda jauh berada di dalam kampung dan saya mahu semua penduduk memanfaatkannya”, katanya.
Melalui laman blog, ia menjadi media komunikasi berkesan yang dapat menjimatkan masa seseorang wakil rakyat untuk mengetahui sendiri permasalahan yang dihadapi, katanya.
“Hanya dengan membuka laman blog ini, kita sudah boleh mengetahui masalah dan boleh mengatasinya dengan lebih cepat,” katanya.
Justeru itu, katanya, setiap pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang meliputi lapan mukim akan dibekalkan komputer riba dan modem jalur lebar untuk memudahkan mereka mengakses internet dan melayari laman blog itu.
“Untuk memastikan keberkesanan laman blog ini, kelas komputer dan Komunikasi Teknologi Maklumat (ICT) akan diadakan agar semua wakil kampung ini dapat memanfaatkan kemudahan yang disediakan khususnya dalam bidang teknologi agar kita tidak ketinggalan walaupun tinggal di pedalaman,” kata Saddi.
Saddi turut menyatakan harapan agar golongan muda mengambil kesempatan itu untuk mendekati pemimpin kerana beliau tahu golongan muda kini sinonim dengan kemajuan ICT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...