"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Sabtu, 20 Jun 2009

MR.Aki MENGAMUK .... !!!

Mr. Aki mangamuk pasal untuk rakyat... !!!
Mr. Aki mangamuk pasal menantang kezaliman !!!
Mr. Aki mangamuk pasal membela Karajaan !!!


"FAKTOR ALAM, MANUSIA ATAU KEJURUTERAAN?..."

SUMBER; http://marudubloggers.blogspot.com/


Tandek, Kota Marudu, Jumaat : Kelmarin petang saya dan staf SAM yang lain menerima maklumat bahawa ada jambatan gantung yang sedang dalam pembinaan runtuh di Timbang Batu. Saya telah menceritakan perkara ini kepada Tuan DO, dan sebagaimana biasanya, beliau proaktif. Malangnya, tidak ada jambatan gantung baru yang runtuh di Kg. Timbang Batu, demikian kata Tuan DO yang menelefon saya dari lokasi.

Kerana tidak berpuas hati (seolah-olah pihak SAM memberi maklumat palsu kepada pihak berkenaan) maka wartawan SAM (Ming & Isteri, Nong, Tompinai dan saya) telah mencari jambatan yang dimaksudkan pada malam itu juga. Kami terpaksa membelah kegelapan malam di sekitar Kg. Gorontung dan Timbang Batu untuk mencari jambatan gantung yang dimaksudkan. Setelah sesat beberapa kali dan setelah mendapat petunjuk jalan daripada penduduk kampung yang kami temui akhirnya....kami berjaya menjejaki jambatan gantung yang dimaksudkan, itupun dengan bantuan Pengerusi AJKKK Kg. Gorontung, En. Majinau Mijin dan tukang/pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan.

Menurut pengerusi AJKKK, pihak mereka mahu projek jambatan gantung itu diteruskan kerana bukan masalah "keporosan tanah" yang menyebabkan jambatan gantung itu runtuh. Kenyataan beliau ini disokong oleh tukang yang terlibat secara langsung dalam projek ini. Menurut tukang, kelemahan projek ini ialah dari segi "aspek design/ kejuruteraan" yang berkemungkinan gagal menampung bebanan yang berat. Ini kerana jambatan gantung ini berskala besar/panjang iaitu lebih kurang 70 kaki. Beban yang berat inilah yang menyebabkan "anchor" pada pangkal jambatan tercabut, dan bukannya "faktor tanah". Demikian maklumat yang diberikan oleh pihak tukang yang ditemui.

Menurut pengerusi AJKKK lagi, pihak mereka yang mengajukan permohonan ini dan berharap pihak yang berkenaan tidak membenarkan pihak kontraktor menghentikan kerja pembinaan begitu sahaja kerana ini akan merugikan pihak rakyat (penduduk kampung) dan juga pihak kerajaan.

Tindakan SAM seterusnya ialah mengajukan "penemuan" edisi siasat ini kepada Tuan Pegawai Daerah pada malam itu juga. Tuan DO berjanji akan melawat lokasi atau menghantar juruteknik untuk memeriksa. Inilah yang sepatutnya kerana pihak SAM hanya "perakam peristiwa/ sejarah. Pihak yang berkenaanlah yang empunya tugas untuk menyiasat dan menilai yang sebenarnya.". Harapan SAM agar semua menjadi baik, betul dan LURUS semula...



Dari kiri : nong, Pengerusi AJKKK, Tekong & Ming

kabel lebih besar daripada "anchor"

keadaan "anchor" yang dimaksudkan.

Tekong dengan AJKKK Kg. Goruntung.


(Nota: Gambar-gambar yang berkaitan akan dimasukkan oleh wartawan SAM yang ada mengambil gambar. Harap maklum).




MR. AKI - Dan inilah suara2 kota marudu dan tandik... minta pihak menteri yang berkaitan buat tindakan SEGERA !!! juga minta KETUA MENTERI SABAH datang d kota marudu, datang jangan tertutup.... pangil semua pembuluk-pembuluk ( kota marudu, tandik )
kami akan sambut datuk !!!

ILLIE said...

kes jambatan gantung ini suda diketahui oleh YB Datuk Max seawal pagi tadi.Saya telah memberi info kepada DJ Othoe di radio suria dan beliau memberi jaminan akan memberi tahu pada YB Datuk Max. dibawah ini adalah komen Dj Othoe di ruangan Facebook sia:

Othoe Suriafm at 09:32 on 19 June
Sia rasa Datuk Max dapat suda tau suda tu hal ni pagi..sia baru antar sama org yg buli kasi sampai sama dia tadi...tunggu ja la ah..tingu mcm mana..kalu perlu SPRM ctau sia juga ah..ada kita punya org sana tu...

June 19, 2009 8:49 AM

Blogger NONG said...

Memang pihak kontraktor harus bertanggungjawab sepenuhnya untuk membina balik jambatan tersebut dan bukan menghentikan pembinaan atau memindahkan projek tersebut ke tempat lain dengan alasan masalah tanah yang tidak sesuai dan juga atas arahan Pengarah JPNS untuk menghentikan pembinaan tersebut.
Bayangkan saja sudah terlabur duit yang banyak untuk membuat projek itu dan senang2 saja tinggalkan dan bina lagi di tempat lain kalau ada. Betapa membazirnya jika keadaan ini berlaku?
Sepatutnya Pn.Julitah Dalinsi mengutarakan sesuatu yang lebih bernas kepada Pengarah JPNS supaya projek tersebut perlu disiapkan walaupun terpaksa menelan bujet yang banyak.Jangan fikir mau untung ba.Pentingkan hak rakyat sedangkan jambatan itu merupakan laluan utama penduduk kampung dari seberang.Memudahkan kanak2 menyeberangi sungai untuk ke sekolah.
banyak kemungkinan yang dijangkakan iaitu pihak kontraktor hanya mau pok insurans atas projek tersebut.
Sebagai orang kanak YB, Julitah harus lebih telus dan mementingkan rakyat dengan meneruskan projek ini. Jangan lepas tangan dan bantu rakyat untuk mendapatkan peluang itu.
dan satu lagi yang betul2 diabaikan oleh kontraktor ialah tidak memasang signboard untuk projek tersebut..
Menurut sumber dari rakan2 kontraktor, biasanya peruntukan untuk membina jambatan gantung tidak kurang dari RM100 ribu dan biasanya boleh mencecah sehingga RM200 ribu.
Jambatan gantung apa yang tidak siap dengan jayanya dengan peruntukan besar sedemikian melainkan mau unntung banyak.

June 19, 2009 8:50 AM

Anonymous e'aman said...

isai gia ta kotutun dilo tondu lo.
untung no tiumon.amu milo monulung dahai rayat tosusah.

June 19, 2009 8:55 AM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

kalau balik2 cakap ' ok ' kami antar pagawai ini...tingok purijik alalala tuan DO kamik suda lalai bah, kami suda muntahhh dengar jawaban macam itu...indada ka parkataan salain itu...ini zaman abad 21 bah, bukan zaman 60an..

masyarakat karabau, sapi, kambing dan babi bulilah kasi dengar jawaban dan jaminan macam ini tuan DO ...inda apa kalau baru 1 purijik yg bermasallah ini suda 3 buah...mata kamik suda BUTA bah...

ini baru purijik d tana rata..kalau d bukit2 jangan2 lapuran saja siap padahal itu purijik inda d buat.... duit suda d talan, duit suda sapu makan..

dulu masa purijik2 d bawa persekutuan, inda macam ini...suda d bawa negeri/pjbt daerah, hancur luncai pulak...

YB MAX dan YB anita kanapa DIAMMMM !!! kamu mau kamik penduduk tandik/kota marudu tunjuk parasaan baru kamu jawab ...

Cdngan mr. aki;

mana2 kampung terlibat minta pengurusi JKKK buat lapuran pada pihak polis,sprm dengan segera...kalau kamu inda tahu hubungi MR. AKI dengan kadar segara..kamu tinggalkan saja no hp kamu di sini....nanti mr.aki hubungi kamu !!!

June 19, 2009 9:02 AM

Delete
Anonymous Anonymous said...

YB sepatutnya turun tengok itu tempat ba..jangan goyang kaki saja.

June 19, 2009 9:02 AM

Blogger Aldusuni said...

sya benci dengan kezaliman ...

June 19, 2009 9:25 AM

Blogger Aldusuni said...

kalau sya di tindas tdk apa kerana say tdk bijak...tapi kalau msykt manusia di tindas, maka sya akan bangun berkata benar... mungkin SUKARNO ada di belakang para pejuang SAM ... ? tunggu dan lihat !!!

June 19, 2009 9:30 AM

Anonymous Anonymous said...

Kalau barisan kepimpinan P168 dan N5 Tandek serta kuncu2nya dikekalkan atau diketengahkan memang satu kerja buduh. Buduh jugalah yang mengundi

June 19, 2009 9:31 AM

Blogger Aldusuni said...

sya sokong 300% anonyomus...

June 19, 2009 9:35 AM

Blogger Little Mike (LM) said...

kalau muka-muka yg sama juga angkat projek... bagus kasi REHAT sepenuh masa la diorg... kalau tiada tindakan... jangan salahkan KM kalau ada 'malapetaka' semasa PRU13... baik jaga betul2 kawasan KM/Tandek

June 19, 2009 9:37 AM

Anonymous TulunKMidSodo said...

tahniah SAM. Nama yang semakin mendapat perhatian ramai. Terima kasih kerana membantu memaparkan masalah2 kami rakyat kota marudu. Terima kasih juga atas ketelusan berita yang dipaparkan. Kami tahu SAM berada atas dana sendiri, guna kos sendiri. Kami warga kota marudu tidak dapat membalas keaktifan, kejituan dan usaha kamu. Oleh itu, kepada warga Kota Marudu berilah sokongan kepada SAM akhbar/warta maya khusus utk pembangunan daerah kita. syabas SAM

June 19, 2009 9:41 AM

Blogger JMimie said...

tabik SAM...bekerja dan berjuang demi kebaikan bersama tidak kira siang mahupun malam. Komitment yg seperti ini patut sudah cukup menjadi tempelekan kpd pihak2 yg berwajib bahawa 1)org2 kampung dan warga marudu khasnya sudah tidak boleh diperbodoh-bodohkan lagi. 2)tindakan segera harus diambil kerana rakyat skrg tidak akan duduk diam kalau hak mereka dipandang remeh

ROMBAKAN KEPIMPINAN HINGGA KE AKAR UMBI MUNGKIN PATUT SEGERA DILAKSANAKAN?

June 19, 2009 9:44 AM

Blogger Aldusuni said...

kita minta warga kota marudu/tandek segera membuat lapuran pada SAM mana2 berita yg tertutup selama ini..kta buka untuk di kasi bersih...

June 19, 2009 9:47 AM

Anonymous SONSOGON said...

projek yang kecil2 pun kana songlap kah..butul2 tiada hati parut punya korang kanan YB.cukup2 lah baitu kamu makan duit projek.

nasip baik lah sya suda inda pandai memopol kalau inda lamaaaaa suda sya popol keparat2 ini.

June 19, 2009 9:48 AM

Blogger Aldusuni said...

sonsogon heheh buat saja bah...kasi pugai atau kasi tunduk..

June 19, 2009 9:51 AM

Blogger Aldusuni said...

sonsogon heheh buat saja bah...kasi pugai atau kasi tunduk..

June 19, 2009 9:51 AM

Anonymous Inan Sokid said...

Jgn po main popol2 ba songsogon, mangan po ingtangai om tandaan nogi om singudon po om sougion nogi nonoh..okon ko memopol nopo hehehe...mingkakat no di o tulun kota marudu. Kanou meiso tokou do menalamat kota marudu.

June 19, 2009 9:56 AM

Anonymous Anonymous said...

kamu semua cakap tembirang saja. time begini saja kamu bercakap macam pejuang tetapi kalau time pilihanraya macam TAHI saja. Semua diam. Tiada yang berani keluar menentang orang yang kamu benci-benci ini. Siap bodek lagi kalau pilihanraya, ikut-ikut Calon BN berkempen. tapi kalau sudah menang dikritik, dituduh makan duit rakyatlah dan tidak turun padanglah dan macam-macam lagi. nah siapa yang buduh itu?...rakyat P 168 Km dan N5 Tandek lah...hahaha

June 19, 2009 9:58 AM

Blogger TOMPINAI said...

Mr. Anony,
Siapa yang kamu cakap ni...kami tidak cakap temberang, lihat saja apa yang berlaku, kami tidak cari kesalahan kami cuma memaparkan saja. Tuduhan yang kamu cakap hanya dinyatakan dalam komen oleh org2 tertentu. Paparan kami ini sepatutnya dipandang serius utk kebaikan bersama. Salahkah kami menceritakan perkara yang betul yang melibat banyak orang? Mungkin Mr Anony sendiri yang kena ini. Siapa makan lada, diala rasa pedasnya.

Salam SAM

June 19, 2009 10:08 AM

Anonymous Pemusnah said...

kalaulah YB kita ni macam Cikgu Androd & DO kan bagus.

Anon..ko pun buduh juga ba.

June 19, 2009 10:10 AM

Blogger Aldusuni said...

tanpa nama - anda org tandek/km ?
kalau anda org tandek/km maka anda termasuk yg org yg bodoh,mcm tahi kerana anda tdk bercakap benar...!!!

June 19, 2009 10:12 AM

Anonymous Anonymous said...

minta puji saja ini orang-orang SAM ni..dengki dengan kami.

June 19, 2009 10:17 AM

Blogger Aldusuni said...

kalau anda bukan org km/tandek anda tdk layak berkata demikian...

June 19, 2009 10:21 AM

Blogger Little Mike (LM) said...

Saya minta anon bagitau siapa yang ko rasa bodek dan ikut2 kempen YB masa pilihanraya?

June 19, 2009 10:22 AM

Blogger SANGURU said...

MINTA MAAF ANON, SEINGAT-INGAT SAYA, WPN SAYA ORANG KERAJAAN TETAPI TIDAK PERNAH SAYA MEMBUNTUT MANA2 CALON APA LAGI MEMBODEK ATAU BERKEMPEN. 1ST. SAYA KAKITANGAN KERAJAAN (DIV.1)X BLH IKUT2 KEMPEN. 2ND. SAYA BUKAN KAKI POLITIK. 3RD. SAYA BUKAN KAKI BODEK.

KESELURUHAN AHLI SAM PUN RASANYA DEMIKIAN JUGA....SO, TIDAK TEPATLAH KLU SDR/I GUNA ISTILAH "KAMU..."

Its ok....

June 19, 2009 10:27 AM

Blogger Little Mike (LM) said...

anon..
anda rasa kami 'dengki' atau kerja anda yang tiada kualiti?

June 19, 2009 10:27 AM

Anonymous ANTI SONGLAP said...

sdr.anon,
sama siapa ko cakap ni?jgn membuduhkan diri mu sendiri..baca butul2 apa yang SAM paparkan.sya yang dari bukit2 pun faham isi kandungan blog ini..silap2 ko laini yang pigi songlap tu duit2 projek kerajaan..ptuiiii!! paluiii butul.

June 19, 2009 10:29 AM

Blogger Aldusuni said...

tanpa nama - dengki dengan kami ...? kami tdk dengki siapapun. D ulang lagi, kalau anda bukan org km/tandek anda tdk layak menjadi pmbela pd kezaliman mereka ...kecuali anda orgnya... maka terimalah rasa kebencian kami..akibat perbuatan anda !!!

June 19, 2009 10:34 AM

Blogger SANGURU said...

3 PIHAK PATUT TK PD SAM:
1. Rakyat biasa - kerana SAM sukarela bela nasib rakyat
2. Kerajaan BN - kerana SAM sukarela bantu kerajaan. Menegur dan memberi idea bukankah satu bantuan?
3. Pembangkang/Pakatan Pembangkang - kerana tindakan SAM mengetengahkan "kelemahan" pelaksanaan projek kerajaan dan kritikan bernas kepada pemimpin/YB/MP kerajaan (bukan setakat di KM saja) secara langsung dan tidak langsung memberi "merit" dan "point" kepada kalian. Apa sebenarnya Pakatan Pembangkang buat untuk bela rakyat dan mmenegur kerajaan? Siapa sebenarnya berani? SAM atau Pakatan Pembangkang? hehehe...

INILAH SAM. RAHMAT KEPADA SEMUA JIKA SDR/I MENYEDARI DAN MEMIKIRKANNYA.

June 19, 2009 10:34 AM

Anonymous TanakGouton said...

anon ni sebenarnya dengki dengan orang2 SAM yang menjadi perhatian di KM ni.
Kalau saya la, saya sangat bersyukur ada orang kita sukarela buat kerja begini.Jangan menyembunyikan masalah di tempat sendiri.

June 19, 2009 10:36 AM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

tanpa nama - Bangsat butul ko ini, derhaka dengan bumi tandik dan kota marudu...( kalau ko urang tandik/km ) kalau bukan...tulung keluar dari dunia butamu, sabulum kou cakap pasal km/tandik kou kaji dulu ...butul2 kapahaman kou pasal tandik/km supaya mulut kou inda hancur oleh doa2 manusia yg barcakap benar ini...

June 19, 2009 10:43 AM

Delete
Blogger NONG said...

Melampau sudah ini Anon ni.
Kami minta maaf kalau kebenaran yang kami bongkar ini melumpuhkan niat anda yang HAMBA DUIT..
Yang pasti, kebenaran harus ditegakkan walau siapa pun ko anon!

June 19, 2009 10:48 AM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

tanpa nama - kou kasakitan talinga dan kasakitan ati gara2 kanyataan SAM bukan ? kalau inda, kou inda cakap itu macam bah..pd mr. aki kou dakat dengan kes jahat buat purujik ini...kalau inda apa untungnya kou cakap inda katantuan pada warga SAM ..tahan saja talinga ko, tahan saja jantung ko...atau kou mati duduk karana naik daraaaa kalau kou malawan inda katantuan...paluiiii butul

June 19, 2009 10:49 AM

Delete
Blogger ILLIE said...

tingu sija dari gambar suda terbukti bah macam mana mutu kerja diurang...ini bukan soal ikut buntut time pilihanraya.tapi ini soal kebajikan rakyat yang harus dibela dan diambil perhatian oleh pihak berwajib.

SAM tidak perlu melayan komen2 yang tidak berguna ini.

June 19, 2009 10:49 AM

Blogger SANGURU said...

Untuk makluman semua: ahli-ahli SAM berbagai ideologi/politik. Ada PBS, UMNO, Penyokong PAS/Pro-pembangkang pun ada tetapi DEMI KEBAIKAN AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, kami bersatu, bersepakat. Hasilnya? - untuk benda baik, kami boleh bersama berusaha. Untuk urusan peribadi, kami bergerak sndiri. Saya misalnya, wpn dilantik tekong, tidak pernah saya mempengaruhi rakan2 SAM mendukung/menyertai "gerakan" saya. Tidak pernah saya berkempen ikut sayap-sayap yang saya ikut. Inilah yang dipanggil - "GENTLEMAN" .

Nah, dalam hal ini, UMNO dan PAS harus belajar PERPADUAN DAN PERSEPAKATAN daripada SAM. Ini fakta. TK.
(Nota: komen ini mungkin melencong sedikit tapi masih relevan dan berkaitan).

June 19, 2009 10:50 AM

Blogger SANGURU said...

SYOR SAYA/SAM:

1.Rakyat : jika mahu kerajaan/pemimpin yang baik - pilih yang benar dan berani cakap benar Berani juga mengaku salah dan berani juga meminta maaf.
2. Kerajaan: Jika mahu disayangi rakyat dan kekal, beranilah "merehatkan" pemimpin yang rosak.Berani buat perubahan walaupun terpaksa menyakitkan pemimpin tertentu.
3. Pemimpin - jika anda mau terpuji dan terbilang. Perhatikanlah teman-temanmu...bimbing, pantau, betulkan.
4. Pembangkang - jika ingin menjadi kerajaan. Tawanlah hati rakyat dengan kebaikan. Bukan setakat menunggu "kematian" kerajaan yang sedang "nazak"...Jika sekadar begitu, anda akan menjadi kerajaan yang lebih BOBROK dari kerajaan yang "mati" itu...

TUHAN, SEMOGA NEGARA INI MENJADI LEBIH BAIK. WAHAI KERAJAAN/PEMBANGKANG - BAIKILAH DIRI/KEADAAN. KAMI RAKYAT SEKADAR MAHU DIPAYUNGI KEBAIKAN...

June 19, 2009 10:59 AM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

HIDUP SAM 7 X ..
HIDUP KM 7 X
HIDUP TANDIK 7 X

MATI C DERHAKA 7 X
MAMPUS C PENYAMUN 7 X
TANDANG C PANDATANG 7 X

HIDUP PEJUANG KABANARAN 7X
HIDUP DUSUN 7 X
HIDUP BAJAU 7 X
HIDUP SUNGOI 7 X
HIDUP RUNGUS 7 X
HIDUP CINA 7 X
HIDUP SEMUA WARGA KM/TANDIK 7 X

YG durhaka inda idup apapun bangsa dia, agama dia.

June 19, 2009 10:59 AM

Delete
Blogger ming2elly said...

sudah lah tu ANON... kami bukan mau kasi mati siapa2 pun, atau kasi susah orang punya periuk nasi, SAM cuma MEMBANTU bah ni, sebab kita semua mahu kan infrastruktur yang baik dan kita semua rasanya amat bersyukur sebab kerajaan bagi infrastruktur ini...

untung pun untung juga bah, siapa juga tidak mahu buat projek kalau tidak untung kan... cuma jangan lah terlampau sampai habis diabaikan TUJUAN sebenar projek itu dilaksanakan... itu semua untuk rakyat juga, untuk kita juga...

SAM tidak minta puji atau apa2 pun, SAM cuma membantu untuk memperbaiki apa yang kurang... bantuan kami IKHLAS dan tidak minta apa2 balasan pun...

malah lebih bagus jika lagi banyak projek yang masuk utk kota marudu ni, supaya rakyat dan kita semua dapat menikmati kemudahan yang diberikan...

June 19, 2009 11:03 AM

Anonymous Anonymous said...

suka hati kamilah apa mau buat. kami punya projek apa kamu sibuk!

June 19, 2009 11:09 AM

Blogger TULUN KIMARAGANG said...

nakarasang ko beno boh mr.aki.
ilo noh dogon boroson..ong asambat ku nopo at "anon" dilo andang ko posisingan ku om lopison ku nogi at kabang..mad ko rogon monsimong.ilo no boh retan kumutuk babanar om amu nosukup tajaran mantad id tama om tidi doo.

intatangan ku andang ko waro ot kopontingan id bahagian parti at anon dilo sagai ko irad dilo pomoros dialo.otutunan ku at gaya2 dialo pomoros.

waro boh tamparon ku ad pajabat dot YB dilo ong kasagayan no babanar.amu i mari lowong yomogun diti ko anon.

ponila no babanar busul tongo YB on obuli akano kiawi at tongo tote'e om inumo at tongo sobu do YB..ikau no babanar aso guna.ngaran i dot pemimpin ko dot parti BN nga ikau2 ikau ot mangaraag tongo tulun.

mogorotan babanar..awasi dot matai ko nogi ko miyaw ko oi anon..miyaw ko nga okon ko kelo ko poh pajalan dino koidupan nu.tomod ko retan dot tulun nga ginawo nu mad ko rogon..gam nogi at tasu laping ku mimiyo boroson.

June 19, 2009 11:12 AM

Anonymous SONSOGON said...

SYA CABAR SAMA PENULIS YANG BERGELAR ANONYMOUS,KALAU BERANI PETANG INI TURUN PEKAN DEKAT PARKING TANDEK.KITA KASI SELESAI MASALAH YANG KAU INDA SUKA SAMA ORANG2 SAM.SYA JADI WAKIL DIURANG LAH SABAP SYA BUKAN SAM..KAU MAU BAWA URANG BAWA LAH..INDA TAKUT MATI NI..BODOHHHHH PUKIMAKKKK LAH KAU SANA ANON..CAKAP URANG INDADA SIKULAH LAH..MINTA PUJI LAH..CAKAP DAPAN SYA LAH KALAU BERANI DAN ANAK JANTAN.SIALLLANN KAKI PENGAMPU..SIALANNN KAMU URANG2 PEMIMPIN2 PBS!!

June 19, 2009 11:23 AM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

SONSONON - kou inda keseorangan alang2 mandi kalau inda basaaa... suda cukup urang2 bukit salama ini d tipu, d buyuk2 ...

HIDUP SONSOGON 9 X

June 19, 2009 11:32 AM

Delete
Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

tanpa nama - mata kami inda nampak ko tapi, mata si aki buragon nampak sama tatod kou ... perusak pada nagara dan negeri sabah

June 19, 2009 11:36 AM

Delete
Anonymous Anonymous said...

Saudara Sangguru, tompinai, Mr.aki dan kaum kerabat yang lain. Saya minta maaf kalau menyinggung perasan kamu tadi..Ya, saya hargai perjuangan kamu. memang BAGUS. bagus untuk orang Tandek dan KM tapi berdirilah bah di atas landasan yang betul.

Buat sangguru dan tompinai, pepatah melayu mengatakan Cakap siang pandang-pandang, Cakap malam dengar-dengar. Minta maaf ya, saya bukannya kutuk ahli-ahli SAM tapi kamu itu sebenarnya siapa bah?....ingat-ingatlah bah bahawa kamu itu orang kerajaan. kamu tertakluk dibawah Kerajaan yang memberi kamu gaji setiap masa. kalau iapun berjuang untuk rakyat, janganlah bah sampai menjatuhkan maruah Wakil rakyat kerajaan yang kamu pilih. kalau wakil Rakyat yang kamu bongkar kelemahan dia itu adalah pembangkang, ok juga. ini wakil rakyat kerajaan jg.

ya. saya faham juga bukan keseluruhan kamu yang kutuk YB. tapi kalau kamu kutuk orang kanan dia seperti dalam artikel kamu, ini bermakna kamu kutuk YB dan jentera pentadbirannya juga. Dalam hal ini siapa yang malu, YB kamu juga.

di sini ada saranan yang saya cadangkanlah, itupun kalau kamu terima. Begini, kalau kamu betul-betul Ikhlas pada Kerajaan yang ada ini, tolong jangan paparkan dalam blog ini tetapi berjumpalah secara profesional dengan YB. Ajukkanlah segala masalah yang ada. saya rasa, YB kita yang ada sekarang ni bukanlah jenis orang yang susah sangat untuk ditemui. Datang saja di Ofis dia di Majlis daerah dan berbincanglah cara baik. Ataupun buatlah pertemuan face to face dengan YB Max. takkanlah sehingga Next Election nipun tiada kesempatan jumpa YB Menteri Kita itu. Kan ahli SAM semuanya golongan Prof. Ada guru, ada Dr, ada Aktivis, pendek kata semuanya permata bangsa. takan atur perjumpaan dgn YB Max punnnn susah sangat.

Kalau semua yang saya cadangkan ini tidak berhasil maka barulah kamu kutuk berhabis itu YB-YB dan Hancurkan dia waktu pilihanraya supaya dengan cara ini mana-mana orang kanan Keparat dia itu pun Hancur sama. TAPI INGAT, mana-mana orang kerajaan harus berbakti kepada Kerajaan. Kalau mau juga berjuang dengan cara sekarang ni, saya rasa tidak berbaloilah kerajaan bayar gaji kamu. Kamu harus fahami pekerjaan yang kerajaan sudah bagi kamu itu. Sbg cthnya seorang guru harus mengajar murid dan bukannya membuat satu provokasi untuk hentam kerajaan. kalau menyimpang dari kerja khusus ini maka LEBIH BAIKLAH berhenti dari kerja itu dan jadilah orang pembangkang supaya kamu bebas lakukan apa saja yang kamu mahu. masa itu, kalau kamu hentam kerajaan pun HENTAMMMMMLAHHH, sebagai contohnya lagi, Dr Nelson (SAM members)yang ada sekarang ni kan bukan lagi kerja dengan kerajaan, jadi terpulanglah dengan dia nak sokong kerajaan kah atau nak hentamkah ha itu terpulang dengan dia... Be rational la genggg

alalalalhh...ayaoayoo..fikir2lah ha kawan-kawan. satu lagi bukan semua orang tandek dan km yang termasuk dalam komen saya tadi tu haaa. maksudnya, mana-mana orang yang sokong YB-YB time pilihanraya tu maknanya samalah pemikirannya dengan YB. Jadi janganlah cakap YB bodoh sebab kalau kamu cakap begitu bererti orang yang sokong dia juga bodoh. jadi Takanlah dia menang kalau bukan orang KM dan Tandek yang sokong....ayoayoayoooo.


minta maaflahhhh ha. kalau bukan silap saya. belum ada lagi artikel kamu yang memaparkan kerja baik YB di sini. jadi nampaknya SAM ni ada gerakan anti kerajaan sikitlahhh. Jadi kalau kamu tidak mahu di COp begitu maka kasi seimbanglah sikit ha tuan Tekong......Wasalammm

June 19, 2009 11:55 AM

Anonymous Anonymous said...

Buat semua pembaca blog SAM. komen saya ialah yang ke 18 dan 44 saja. lain-lain Anon tu saya tidak tahu.

Buat Anon yang buat projek itu. jangan lah buat kerja bodoh juga. Berterimakasihlah kerana dapat rezeki dengan projek itu tapi kenalah buat dengan betul. jangan asyik buat benda yang bikin malu YB saja. Tingu apa sudah jadi.. Kau yang buat projek itu cincaiiiii...yang jadi mangsa YB juga. Bodohhhhh...kacang lupakan kulit. kalau YB tu kalah next election kau pun mati kutuk jugakan...nahhhhhhh buat kerja mesti ikut piawaaian kamu oiiii orang Kontraktor...bukan ikut suka hati mama babakkk kamu saja untuk ambil duit Rakyatttttt yang kasi menang YB di N5Tandek dan P168 Km.

June 19, 2009 12:13 PM

Anonymous SAYA said...

Saya rasa ko silap membuat penilaian anon..tiada pun Sanguru dan Tompinai selaku GURU mengutuk YB2 kita?
sebelum ko buka mulut, ko baca semua entry dalam SAM ni sejak mula SAM ditubuhkan. Saya bukan ahli SAM atau ada kaitan dengan ahli2 SAM tetapi yang benar tetap benar.
Saya pun kakitangan kerajaan juga dan mengundi BN(PBS) election yang lalu tapi apa yang KM dapat?
Saya terus terang, kami banyak membantu YB Max,YB Anita & YB Sarapin masa election yang lalu tapi ada dorang pandang kami?
Saya adalah orang kerajaan dan penyokong kerajaan dari dulu sampai sekarang dan untuk selamanya tapi "JANGAN SEMBUNYIKAN FAKTA & KEBENARAN" semata2 mau jaga hati.
Saya tahu juga siapa ko ni Anon..

kalau ini SAM tidak adil dalam membuat liputan, lama sudah HANCUR ba YB2 kita ni.
Jadi jangan ko tuduh SAM ini pembangkang. Ada juga entry untuk Datuk Max yang baik di sini.. Ko bacalah dari mula awal tahun punya entry.

1MALAYSIA..

June 19, 2009 12:16 PM

Anonymous pembaca setia SAM said...

Saya rasa,bagus juga paparan2 dalam blog SAM ini.Sekurang-kurangnya kita semua tahu kelemahan2 yang ada pada pemimpin di Kota Marudu.Adalah tidak adil kalau kita menuduh blog SAM ini pro-pembangkang.Semua tulisan2 dalam blog ini adalah betul dan tepat bersama dengan gambar.YB harus mengambil peluang ini untuk memperbaiki kelemahan kepimpinan organisasinya.

Amat rugilah kalau blog ini disuruh tutup.Saya juga menyokong cadangan anon supaya SAM memberi liputan berita mengenai aktiviti2 YB.Sebagai contoh kalau ada majlis yang mengaitkan YB,SAM perlu menulis disini.Kalau mahukan blog SAM terus dikunjungi ahli2 SAM harus berani mengubah cara penulisan.

Soal paparan mengenai projek2,saya rasa ini perlu ditulis dalam SAM kerana rakyat akan tahu cerita sebenarnya.

Saya harap penulis2 SAM tidak ambil hati dengan komen2 pembaca kerana komen2 seperti inilah yang akan memberi kelebihan kepada SAM ertinya blog kamurang perlu diberi perhatian oleh masyarakat.

Teruskan menulis..


Pembaca setia SAM,
Kota Marudu

June 19, 2009 12:25 PM

Blogger NONG said...

Salam Pembaca SetiaSAM,
Terima kasih atas cadangan ini.
Sebolehnya kami SAM mahu menghadiri apa saja program yang dilaksanakan oleh YB2 kita untuk membuat liputan dan memasukkan dalam blog ini.

Harap2 tapi masalah yang selalu kami hadapi ialah tidak ada kerjasama dari pihak berkaitan.Mau minta maklumat program pun kami kana suruh jumpa si anu dan si anu. Apa salahnya kongsi sedikit maklumat supaya ada cerita yang kami dapat paparkan di sini.
Kami kena layan macam TIADA..kesian kan?

apa pun mudah-mudahan SAM berkesempatan untuk menghadiri apa saja program yang melibatkan YB kita kelak dan SAM merayu supaya orang2 yang berkenaan dapat menyalurkan maklumat pada kami.

Salam Perpaduan

June 19, 2009 12:39 PM

Blogger RumbiaMasolog said...

Tahniah!!! beginilah paparan atau berita yg kita inginkan. Berinformatik dan tepat. Harap2 usaha ini dapat diteruskan dan orang2 berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Cuma satu saja biar SAM fokus pada objektif dan perjuangan, jangan dilayan perkara2 atau komen2 yg berbaur hasat dengki dan tomahan. Biar kan saja, sebab itu lebih baik. Biarlah apa yg dipaparkan menjadi bukti keikhlasan sebenar SAM.

Kepada semua pembaca SAM sya rasa dalam hal ini kita tidak boleh menuding jari sepenuhnya kepada pemimpin kita.Membuat andaian membuta tuli tanpa sebarang bukti yg sahih dan benar. Setahu saya projek2 di KM telah diagihkan kepada kontraktor2 secara undian di mana sesiapa yang layak boleh memohon untuk mengikuti undian tersebut. Oleh itu pada pendapat sya ini sudah adail dan lebih adil dari 'dahulu'. Namun begitu mmg ada projek2 yg tidak dilaksanakan dgn betul dan mengikuti spek yg sepatutnya. Ini la yg merugikan kita. Dan hanya kerana 2,3 projek yg gagal 20 or 30 projek yg dilaksanakan dgn baik turut menjadi tempias. Kenapa kita tidak bg kredit kepada pemimpin terhadap projek yg berjaya dilaksanakan?...semacam tidak adil kan?...

Oleh itu tidak kira siapa yang memimpin di tmpt kita pasti perkara ini berlaku. Dan sya percaya SAM akan terus memperjuangkan agenda SAM walaupun KM di kuasai oleh pemimpin dari parti lain. Selagi ada ketidak adilan berlaku selagi itu SAM akan bersuara. Ingatlah SAM bukan anti kerajaan atau pemimpin sedia ada tetapi anti kepada ketidak adilan dan penindasan terhadap hak rakyat KM.

Tahniah Sekali lagi buat SAM....

June 19, 2009 12:46 PM

Blogger Little Mike (LM) said...

SAM sebenarnya ada membuat liputan mengenai aktiviti/program melibatkan Datuk YB kita. Antaranya projek wireless, aktiviti kaamatan di kandawayon, program e-dagang, liputan banjir ketika YB Datuk melawat tempat kejadian...

mengenai projek2 yang gagal dilaksanakan dengan baik, SAM perlu menjalankan fungsi sosialnya. Sementara itu SAM sentiasa mengambil alternatif untuk berhubung dengan TN Pegawai Daerah. PAparan masalah sebagaimana SAM siarkan bertujuan untuk menyedarkan ada penyimpangan dalam etika kerja. Anda perhatikan wadah pembangkang dan cara mereka bereaksi kepada pihak kerajaan dan bandingkan cara SAM mengetengahkan isu.

Undi kami tetap undi kami. Apabila kami mengundi, tidak bermakna selepas itu kami perlu diam dan angguk kepala sahaja. Kami perlu menjadi rakyat yang proaktif melalui penulisan yang sederhana dan bukan ekstrem. Kalau inipun disifatkan sebagai telah memalukan barisan organisasi datuk... rasanya kegagalan projek itu anda patut lebih malu. bukan baru 10 tahun PBS memerintah. dan kami sebagai rakyat bukan baru 20 tahun diperintah BN.. sudah lama. Sejarah dipimpin menjadikan cukup-cukup la keadaan kawasan KM/Tandek lambat maju. Tiba masanya, kami MEMBANTU melalui penulisan. Bukan bantahan melalui demonstrasi sebagaimana berlaku di semananjung.

Kalau yang sokong tu sama pemikirannya dengan YB, pastilah projek gagal pun kami diam saja. tidak mau ambil tahu. Jaga hati saja kerja. soal rakyat 'bising' ni bukan baru setahun dua. Sudah lama. Ambil iktibar.

Cadangan pembaca setia SAM mengenai aktiviti YB perlu juga diwar-warkan di SAM sangat baik. Kami akan sentiasa usahakan.

June 19, 2009 1:01 PM

Blogger NONG said...

Salam perpaduan RumbiaMasolog,
Terima kasih atas sokongan dan pandangan untuk memantapkan SAM.
Inilah namanya cabaran dan jangan sesekali menjadikan cabaran ini sebagai halangan untuk berpecah belah.

Ayuh rakan2 SAM..kita pandang DEPAN dan meneruskan MISI dan VISI kita.

June 19, 2009 1:02 PM

Blogger SANGURU said...

anon, lucu. Saya anti kerajaan? Hahaha...cuba tengok gambar saya dgn pak lah. Cuba tanya dtk sri najib peranan saya dlm membantu kerajaan. Saya pengerusi gabungan ngo sabah yg secara senyap bantu rakyat d kerajaan. Saya x pernah kutuk siapa2 secara jelas. Saya tahu etika menulis. SAM sahabat rakyat, sahabat kerajaan. Sahabat semua yg sayang rakyat. SAM d wujudkan sebagai sahabat. Yang terasa, no komen... semua

June 19, 2009 4:13 PM

Blogger SANGURU said...

SAM akan tunduk kpd cadangan2 yg bernas dan membangun rakyat tp x akan tunduk kepada tekanan atau permintaan yg hanya mementingkan peribadi/parti/dll. SAM ibarat akhbar rakyat. SAM akan menulis apa yg baik utk rakyat. Utk negarabangsa.
Tk kpd semua termasuk anony2.
Pujian dan kutukan sama saja bagi SAM. SAM x lupa diri dek pujian, x mati dek kutukan.

June 19, 2009 4:22 PM

Blogger SANGURU said...

SAM akan tunduk kpd cadangan2 yg bernas dan membangun rakyat tp x akan tunduk kepada tekanan atau permintaan yg hanya mementingkan peribadi/parti/dll. SAM ibarat akhbar rakyat. SAM akan menulis apa yg baik utk rakyat. Utk negarabangsa.
Tk kpd semua termasuk anony2.
Pujian dan kutukan sama saja bagi SAM. SAM x lupa diri dek pujian, x mati dek kutukan.

June 19, 2009 4:23 PM

Blogger ison said...

Fuh! Baru beberapa hari saya 'bercuti' sudah lebih hangat daripada biasa SAM ni. Hehe...

Ada lagi. semasa ketiadaan saya di sini, nama saya naik juga. patutlah asyik terbatuk2 saja.

Terima kasih semua komen para pembaca dan kawan2 sekalian yang sampai membuatkan saya penat membaca. rekod ni. artikel paling banyak komen setakat sekarang.

akhir sekali, SAM sahabat semua pihak, tetapi terpulanglah kepada penilaian masing2. untuk paparan yang banyak mengetengahkan perkara2 negatif tentang YB dan kerajaan;

bagi saya, itu hanya menunjukkan bahawa banyak kelemahan yang kerajaan sekarang atau sebenarnya yang lebih khusus ialah YB2 di Kota Marudu ni perlu perbaiki jika mahu terus memenangi hati rakyat.

tentang samada saya penyokong kerajaan atau pembangkang, apa saja yang kamu fikir, itulah yang betul. no big deal n no heart feeling.

hanya pesan saya, bekerjalah untuk rakyat.

June 19, 2009 4:39 PM

Anonymous tulunbunou said...

Buang yang keruh ambil yang jernih.. berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Bagi saya SAM bukan pembelot dan bukan pengkhianat bangsa. SAM merupakan satu ruang perbincangan di alam maya untuk memperbaiki segala kekusutan rakyat Kota Marudu. Apa salahnya kita memberi lilin sebagai penerang kepada mereka yang memerlukan.

June 19, 2009 5:00 PM

Blogger TOMPINAI said...

Terima kasih kepada tanpa nama yang mengingatkan saya tentang kedudukan saya. Cakaplah apa yg kamu mahu cakap, luahkanlah apa yang kamu ingin luahkan dan nyatakanlah apa yang ingin kamu nyatakan.

Saya cuma seorang manusia yang masih jahil dengan dunia pemikiran politik atau dunia politikus dan saya dengan berminat untuk mencampurinya. Malah saya ingin menjauhinya. Mengkritik tidak bermaksud saya menantang tapi ia lebih bersifat memperbaiki.

Pandangan atau ulasan saya adalah dari sudut pandangan orang yang tidak tahu menahu dengan dunia politikus. Itu adalah sudut pandangan yang orang biasa. Jadi mungkin saja pandangan saya itu boleh disalahertikan.

Saya mengkritik ( kalau ada ) kerana saya sayang dengan YB Datuk Dr Max. Sayang dengan kepimpinannya, Sayang dengan karismanya.Terus terang saya katakan saya sudah lama kenal dengan Dr Max. Saya adalah antara anak didiknya yg sentiasa dijaganya semasa di Likas dulu. Sebelum Dr jadi YB, tempat dialah kami, kumpulan pelajar berkumpul dan mendengar kata nasihatnya.
( Itupun kalau Dr masih ingat lagi)

Saya diam, tidak bersuara kerana menilai setiap kutukan dan hinaan yg dilemparkan kepada SAM dan khususnya saya. Saya terima itu dengan hati yang terbuka kerana ia akan menjadikan saya lebih matang lagi.

Kepada pembaca SAM,
Terima kasih atas sokongan anda semua. Siapa SAM kalau tiada Anda dan Siapa Tompinai kalau tiada SAM.

Kepada Warga SAM ( LM, JM,MINGLEY )
Thanks kerana menyokong saya dan membantu saya menjawap segala tuduhan.

Songsogon dan Mr Aki juga RumbiaMosolog
Saya berbangga dengan keberanian kamu dalam menyampaikan hujah pertahanan kamu.

Mr.Illie,
Terima kasih kerana nasihat kamu.

Sanguru,
Big Thanks kerana mempercayai dan memberi kepercayaan kepada saya.

Untuk Nong,
terima kasih kerana bersama dengan saya. Menasihati saya, menenangkan saya bila menghadapi kutukan, hinaan dan tuduhan itu.

SAM adalah untuk semua.

SALAM SAM

June 19, 2009 8:51 PM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

JUMPA LAGI !!!
mr. aki akan pertahankan KABANARAN walaupun dia pambangkan apa lagi karajaan.

mr. aki inda parlu mintaa maap pada yb. max atau anita .. apa lagi c tanpa nama, pasal mr. aki inda berutang pada mereka...mala mereka lebi banyak berutang pada RAKYATTT ..

mr. aki mangantam sikap yb..bukan main antam kusung 'tin kusun' mr. aki mangantam tin yg ada isi ..

mr. aki mangantap pasal mr. aki tau mana satu hitam dan putih...maka dengan itu mr,aki inda parna membuntut,cium pantat..anguk2 kapala pd siapa saja yg kecuali dia bwa kabanaran...

tanpa nama...salagi kou tagakkan banang yg basa salagi itulah kita inda ngam dan suda pasti jalan tarbaik adalah PERANG Minda...walau siapapun kou...

kawan2 d SAM jangan takut pada ugutan2 pulitik jalanan...kalau tarpakasa membuka TUPING MR. AKI ,maka mr. aki sedia tunjukkan muka ORI mr. aki d dunia wujud ...


Berdapan dengan mereka....
musu km dan tandik

June 19, 2009 9:57 PM

Delete
Blogger Umar al-Longobi said...

kada kow sumajuk kabo! relax... rasanya diorg main psiko dgn kita ni. kalau mahu kritik, jgn baling batu sembunyi tangan. kita mesti ada rasa tgjwb atas setiap huruf yg kita coretkan. tunjukkan siapa diri sdr/i yg sebenar. apa kata kita berkerjasama membangunkan rakyat KM? salam hormat...

June 19, 2009 10:15 PM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

heheh ong intalang ku wuros ku alamat ogumu madan....

palan2 dalam perjuangan masti ada akal...amu gustan it al-longobi heheheh

June 19, 2009 10:20 PM

Delete
Blogger Umar al-Longobi said...

oppps sori...

komen sy tadi adl utk sdr/i anon.

Mr. Aki, barangkali kau itu si `A` dlm Teori Maximus, hehe. syabas atas keberanian!

June 19, 2009 10:35 PM

Blogger Mr. Aki Abad 21 said...

anak murid dalam teori maximus ..masi BATARAK d tampat sukarno batarak d satu gua yg inda kalihatan (gaib) ... inda lama lagi kaluar heheh

June 19, 2009 10:41 PM

Delete
Blogger ILLIE said...

wowww..lebih 60 komen pada artikel ini..kira rekod suda..hehehe..bah oleh sabap sia tingu macam sumua suda sajuk..bagus sia tutup kes lah..kesimpulannya banyak yang kita pelajari dari komen2 ini.

sekali lagi sia ingin memberi tahu SAM bukan suka2 mendedahkan segala masalah yang berlaku ini..sebaliknya SAM juga bertujuan supaya pihak berwajib sedar sedikit dari kealfaan.Ini saja cara kami.Semoga perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi apabila ada projek2 yang dijalankan dalam daerah KM.

Apabila kita melakukan kerja dengan ikhlas,orang tidak akan marah malah orang akan puji kerana kecekapan dan keikhlasan yang dilakukan.Tapi kalu kerja cincai dan menyusahkan..sudah tentu orang akan marah dan mungkin akan maki hamun.

Jam suda menunjukkan 1.33 am..memang penat sia rasa sabap dari pagi tadi jam 8.30am kerja sampailah jam 11.00 pm.Mungkin ada diantara pembaca akan fikir betapa susahnya kerja di tempat orang.Tetapi semua ini adalah lumrah bagi negara Jepun kerana disini KERJA adalah paling utama.Biarpuan kadang2 waktu kerja adalah panjang tetapi sia tidak pernah tingu orang2 jipun merungut dan sia inda parnah tingu kerja mereka cincai.DiJepun juga banyak kerja2 pembaikan jalan,jambatan,bangunan2 dan semua ini adalah projek dari kerajaan tetapi saya tengok semua terlaksana dengan lancar dan teratur dan siap mengikut jadual yang ditetapkan.Mengapa perkara ini boleh berlaku? kerana pekerja2 mereka semuanya berdispilin,mengikuti arahan,menepati masa dan suda tentu mereka buat kerja dengan betul dan bukan cincai.

Mungkin ada yang akan komen,jangan membandingkan mutu kerja Jepun dengan Malaysia..memang betul tetapi kita adalah dari manusia yang sama..Tuhan bagi otak dan fikiran yang sama rata.Kalaupun orang2 kita tidak dapat menandingi atau setaraf..kalau boleh sia mau tingu orang2 kita mencontohi cara orang2 jipun buat kerja.Sebap itulah mantan perdana menteri kita Tun Dr.Mahathir pernah membuat dasar pada awal 80-an iaitu "dasar pandang ke timur"

Mungkin ada para pengomen yang akan marah dengan sia..awal2 sia kasi tau,sia ni inda tingi sikul jadi tiada guna juga kamu cakap2 apa kelayakan akademik sia.sabap ada antara pengulas SAM yang selalu memandang rendah tahap akademik seseorang.

Akhir sekali kalau ada kesempatan,sia akan membuat entri mengenai perbandingan kerja di Jepun dan di Malaysia sebagai pengetahuan tambahan.

June 20, 2009 12:56 AM

Blogger Aldusuni said...

Kalau sijil melangit sekalipun kalau tdk boleh memberi kebaikan pada diri sendiri, keluarga, masyarakat kg, daerah, negeri dan negara .... tdk guna sijil melangit.

ringkasnya; berbuat baiklah pada DUNIA !!!

June 20, 2009 7:35 AM

Blogger Aldusuni said...

PENUTUP DARI SAYA;

Saya di ajar oleh GURU saya berkata benar, katanya lagi. jangan jadi pak turut, jangan jadi susumpah (rudai)pandai tukar2 warna.

June 20, 2009 7:40 AM



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM