"وَمَا هُوَ بِقَوْلِ شَاعِرٍۢ ۚ قَلِيلًۭا مَّا تُؤْمِنُونَ
dan Al quran itu bukanlah perkataan seorang penyair. Sedikit sekali kamu beriman kepadanya." (QS. AL HAAQQAH:41)

SINI KAMU URANG

Rabu, 17 Jun 2009

Lukisan ... ?


inilah hasilnya


Kulit buli buat kurupuk...



Manusia sangup buat apa saja untuk puas..supaya kanampakan CANTIK walaupun tarpakasa kulitnya d kikis ....


ULASAN MR. AKI-perniagaan kuburan pun urang buli kaya raya, lubang2 kubur hanya urang2 kaya yang sanang mati ... ? bagai mana urang2 papa kadana agaknya ...? alamat mayatnya kasi makan anjing sajalah...inilah harga dunia dan nikmatny. mr. aki inda cemburu dengan harga kubur ratusan ribu, yang mr. aki cemburu adalah seorang wali mati bersama Tuhan-Nya


Harga tanah kubur di Rom melambung



ROM 16 Jun - 'Harga' kematian di bandar raya ini terus meningkat, berikutan harga lelong lot-lot tanah perkuburan utama di Rom terus melambung.

Sebagai contoh, Verano yang merupakan tanah perkuburan termahal di bandar raya ini, harga lot kubur ditawarkan pada harga lelong sebnyak 312,629 euro (RM1,523,679) seunit iaitu bersamaan harga sebelum cukai bagi sebuah pangsapuri sederhana.

Seperti tinggal di kawasan kediaman sebenar, plot tanah perkuburan di sini bersifat seperti 'gaya klasik, dengan binaan daripada batu bata dan berbumbung serta dihiasi elemen-elemen (putih) daripada batu travertin dan marmar Cararre dengan 10 kapasiti," menurut risalah yang dikeluarkan oleh pengusaha tanah perkuburan.

Setiap kubur mampu memuatkan 28 keranda dan mereka yang ingin melihat boleh mengakses Google Earth dengan gambar-gambar disiarkan melalui laman web www.amaroma.it

Pada masa depan, penduduk di bandar ini akan menjadi jiran kepada bintang terkemuka seperti pelakon Marcello Mastroianni, penulis Alberto Moravia atau tokoh-tokoh filem ternama, seperti Roberto Rossellini dan Luchino Visconti.

Datuk Bandar Rom, Gianni Alamanno berharap dapat mengaut pendapatan kira-kira 2.5 juta euro (RM12,184,396) daripada penjualan tanah-tanah kubur yang sebahagian tidak diketahui siapa pemiliknya, atau telah dikosongkan atau diancam keruntuhan, dengan tawaran pajakan selama 75 tahun.

Lelongan lot-lot kubur berkenaan dijangka berakhir pada 24 Julai ini. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kamu buli cakap apa saja kamu suka tapi tangung sendiri aaaaa mr. aki inda bartangungjawab...

Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM